Saturday, November 08, 2008

Ingat2 kenangan lama

Aku berpandangan bahawa setiap dari kita, manusia normal..mempunyai kenangan silam..yang mungkin juga agar sukar untuk dilupakan. Bohong la kalau cakap takde kenangan..kecuali kalau hilang ingatan yg mana storage memory yg lama2 tu dah blackout atau tercabut. Waima, kalau kata dah takde apa yang nak dikenangkan, sesekali ia menjengah jugak di fikiran kan?..samada nak atau tak nak je melayan kenangan itu.

Kenangan pulak ada macam2. ada kenangan manis, mungkin juga kenangan pahit. Kenangan manis akan buat kita tersenyum, kenangan pahit buat kita terkulat2..tapi mungkin juga kepedihan sudah tak berapa nak terasa. Terpulang la apa yang nak dikenangkan samada orang, peristiwa atau perkara.

Aku sebagai manusia juga ada kenangan. Kenangan pada seseorang. Tak tau la manis ke pahit..tengah2 kot..huhu..manis bagi aku, pahit bagi dia...hahahaha..

Kenapa aku terkenangkannya? Entah lah..mungkin sebab dia orang pertama yang hadir mengajar aku erti dewasa, kehidupan dan kasih sayang. Sepanjang perkenalan, kami tak pernah bergaduh, dia tak pernah marah pada aku, sentiasa memaafkan aku, sentiasa melayan rajukku, sentiasa mengikut kehendakku. Siapa yang tak sayang perhubungan 8 tahun? Dia lah 'penjaga' aku..dia la borderline aku zaman sekolah dulu..sampai takde chance orang lain nak dekat.huhuhu..Walau kami dipisahkan oleh beberapa benua, tapi dia masih mengambil berat, bertanya khabar, berutus surat. Saat paling menggembirakan apabila mendapat surat yang berhelai-helai dan berjela2..maklumlah..bekalan untuk sebulan yang akan datang. Kadang tulis surat tak sempat habis, blh pulak sambung2 esok..hahaha..Kalau sampai kat umah, mak aku yang baca dulu..aku tak risau pun, sebab takde apa yang pelik2 dia tulis.

Mungkin kalau ditanya sekarang, sayang atau tidak lagi..aku berani mengatakan sayang hanya atas dasar kenalan lama yang saling mengambil berat suatu ketika dulu.Cuma ada peristiwa yang membuat aku sangat2 terkilan. Puncanya dari aku juga..itu yang membuatkan aku lagi rasa bersalah..Sebenarnya ia masih boleh bertahan lama kalau tak wujud 'proposal'. Nak buat macammana..kehendak kami tak sama. Aku perlu buat keputusan dan menetapkan pendirian aku sendiri.

Kadang2 teringat jugak, tapi sekadar mengingat dia untuk mengetahui perkembangan semasa dia. Sudah terubatkah kekecewaan dan kepedihan yang aku berikan suatu ketika dulu? huhuhu..masih ingatkah pada diri aku ini..orang kata kalau kita ingatkan seseorang, dia juga ada ingatkan kita..ntah betul atau tidak aku pun tak tahu.

Zaman kemudahan ICT yang ada sekarang ni, aku maanfaatkan sepenuhnya. Bukan aku tidak pernah menggoogle..penah dulu cuba. Tapi tak de hasil. Hari ni aku menggoogle lagi. Jangan salah paham, bukan lah aku beria sangat pun, tapi tak salahkan untuk kita menyambung kembali pertalian persaudaraan yang sudah terputus hampir 12 tahun.

Google punya google, aku terjumpa tempat dia bekerja..dengan berpandukan klu yang samar2, dengan input yang tak seberapa, akhirnya aku dapat jugak tahu di mana dia berada. Nampaknya dia masih berada di seberang sana... Merajuk benar dia sehingga jadi pemastautin kat sana. Mungkin dah jumpa kebahagian yang dia cari. Aku sentiasa mendoakan dari jauh dia berbahagia bersama keluarga tercinta untuk selama-lamanya.

Kerinduan - Sheila Majid

Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jika ku mencinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku

Semua terwujud, saat kau singgah
Panasi cinta, untuk setia merindu

Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu ku rasa
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan, apa yang ku pinta
Kau mengingatku dalam cinta
Temaniku dalam…
Setia (jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan
Cinta lain datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku

Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau suluhkan api cinta diriku

Wednesday, November 05, 2008

Semoga tiang Arash tidak lagi bergegar..

Sejak kebelakangan ini media massa banyak membuat liputan tentang krisis rumahtangga Abby-Norman. Bagi aku yang tengah buat projek paper tentang topik krisis komunikasi, aku clasifiedkan kes Abby-Norman ini juga sebagai krisis. Ini kerana isu ini melibatkan public figure, mendapat liputan media yang meluas,mempunyai nilai berita, menjatuhkan reputasi dan imej artis serta berlaku secara tiba-tiba dan penuh emosi..dan melibatkan pelbagai pihak.

Aku tumpang simpati dengan nasib yang menimpa mereka. Apa yang buat aku terkilan ialah kenapa tak diadakan perbincangan tertutup di antara mereka berdua. Norman sepatutnya tak perlu nak menjawab media, tak menyelesaikan masalah pun. Lagi banyak jawab, lagi banyak isu akan keluar. Kalau dia cakap suruh pihak media hormati perasaan dia waktu itu, beri dia ruang dan peluang kepada dia dan Abby untuk berbincang, media tak boleh nak kata apa.Media kena hormati itu. Dia kena ada strategi. Dia artis..ada news value. Dia kena banyak belajar PR lagi tu.

Abby pulak aku takde la nak salahkan jugak, orang tengah kecewa, memang la macam2 datang dalam fikiran. lepas bersalin pulak tu. Silap haribulan dah tension sgt, boleh kena meroyan.Dia dah nekad, hati dia dah kering..saper tak kecewa jika suami mempertahankan perempuan lain. memang tak masuk akal betul Norman tuh. Tidak malukah mereka menjadi bahan berita dan tontonan orang ramai, tidak kesiankan mereka pada anak-anak yang masih kecil? Cuba bayangkan jika ada anak-anak menonton apa yang mereka sedang lakukan, menonton drama yang telah menjadi realiti..'melihat papa dan mama berlakon'..pelakon yang tidak lagi berlakon.mama dan papa bergaduh di tepi jalan, mama mohon dilepaskan, papa sibuk dengan perempuan lain...mesti mereka bertiga meranung-raung kesedihan..kenapa berlaku sedemikian..tidak sayangkah lagi papa dan mama kepada kepada kami?..raung si anak. Lihat si kecil yang tidak berdosa..lihat si comel yang pulus..lihat dan renungkan mata mereka..fikirkan masa depan mereka..segala tindak tanduk ibu bapa hari ini akan menjadi sejarah luka pada anak-anak. Bagaimana nasib mereka di masa hadapan?

Kalau betul la mereka ni sayang anak-anak, cuba bawak ketiga-tiga anak2nya ke tempat kejadian. Biar Abby dan Norman tengok muka anak2. Tergamak tak..ada hati perut tak..bawak pompuan tak malu tu skali..suruh dia tengok muka anak-anak kecil tu..tengok samada dia sebagai bakal ibu ada perasaan atau tidak..tergamak memisahkan anak dengan bapa mereka. Aku cukup kasihan dengan Abby..baru je lepas bersalin, perut pun tak habis sakit lagi, bius pun tak hilang lagi, tapi suami dah buat perangai..donia..donia...

Tidak adakah sekelumit rasa kasih sayang terhadap wanita yang berkongsi susah senang selama ini? Kenapa mesti ada orang ketiga? Dulu janji sehidup semati..kenapa mudah benar melupakan janji-janji yang dimeterai..meruntuhkan apa yang telah dibina sangat mudah..tapi membina apa yang telah runtuh sangat payah.

Yang paling aku musykilkan...di mana kedua-dua ibu bapa Abby dan Norman? Di saat anak-anak sedang berantakan, sepatutnya hulurkanlah bantuan, berbincang...nasihat dan menasihati..fikir-fikirkan..cukup2 la tu Abby dan Norman.

Jauh di sudut hati, aku doakan semoga Allah memberi mereka berdua kekuatan dalam menghadapi ujian. Semoga tiang Arash tidak lagi bergegar untuk kali kedua..

Sleepy...zzzZZzz..

Malam tadi stay up sampai jam 4 pagi. Sebelum tidur kemas baju anak2 dulu. Mana tahu kot2 terbabas tak sedar nak bangun.

Pukul 6.30am aku terjaga. Tapi susahnya nak bukak mata..sambung tido lagi. Sib baik aku on leave.

Hari ini pulak jadual pack sangat.Kelas bermula jam 9-11am, then sambung 11-1pm, then 2-4pm..kering tekak hari ni. Malam ni ada kelas ganti lagi untuk last week.

Sebelum ke kelas, aku sempat siapkan soalan kuiz untuk subjek management Jumaat petang ni..tapi nampak gayanya kena postponed ke minggu depan sebab nak kena jumpa supervisor pada Jumaat petang..takut tak sempat nak rush balik sebelum 4pm.

Soalan Final exam dan supplementary exam belum submit lagi walaupun dah siap..date line pun dah lepas. Kali ni kami kena siapkan sekaligus soalan2 untuk supplementary..keja tak effective..buang masa..buang kertas sahaja. Aku terpaksa siapkan 8 set soalan yang berlainan untuk program yang berlainan...tambah supplementary exam..lagi 8. So 16 copy soklan + skema.

Giloosss..Dioarng ni actually takut lecturer resign takde orang ganti yang boleh buat soalan supplement..tu yang sampai menyusahkan semua orang. Padahal kalau semua student lulus, soalan supplement tak perlu nak prepare pun. Efective but not efficient!

Arghhh..aku tengah sedih..kawan yang sama join ngan aku masuk Legenda 16 Jun 2001 dah nak resign..waaaaaa...tinggal la aku sensorg. Takpalah..dah rezeki dia sampai..esok lusa mana tahu Allah murahkan rezki aku pulak. Amiiinnnn...

Ok laaa..nak sambung buat keja...walaupun tengah ngantuk giler nih...

Aku Wanita

Best pulak memalam melayan lagu-lagu yang diputarkan di corong radio kecilku.. menemaniku ketika bersengkang mata menyiapkan project paper.

Layaaaannnn...


Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Chorus:
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Satu yang ku mahu
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami