Friday, February 06, 2009

Pantun 4 kerat

Lompat si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Ramai yang dah naik meluat,
Dengan tingkah laku YB!

Thursday, February 05, 2009

Buta, pekak dan cengeng!

Kata orang, tanda kita sayang;

Kita akan pertahankan bermati-matian orang yang kita sayang,

Tanpa membiarkan dia diperkotak-katikkan atau dilukakan.

Pendek kata, sekecil2 usaha adalah perjuangan anak kecil yang membaling batu kepada kereta kebal tentera penceroboh di tanah air mereka.

Itu tandanya sayang!

Bukannya pekakkan telinga, butakan mata..

Paling sedih, buta dan pekak mata hati.

Cengeng!

Get you!



Ndak seribu daya!

Yang mana satu? Itu kah dia?
I

Waduhh..kalau tiap minggu macam ni gayanya, boleh mati gue..penat!

Time pergi KL hubby yang hantar, time balik aku kena balik sendiri (hubby ada meeting). Bila kereta nak siap repair ni..sengsaranya hidup takde keta.

Bercakap tentang pengangkutan awam di Malaysia memang menyakitkan hati. Sejak dari dulu dok macam tu ajer..masih di takuk lama.Asyik2 delay..rosak..accident..bla..bla..bla..


II

Masih lagi bertungkus lumus menyiapkan puzzle...dah semakin terbina istana sakura tu.

Ada supporter kecik 2 orang..tapi asyik pressure aku.."bila nak siap ni ibu..cepat la siap ibu.."..huhu..tension2..

Semalam tak larat berjaga lama sangat. Jam 11pm aku dah mula menguap2..ngantuk!


III
Eh! Bila nak pergi UPM ni..bayar duit konvo. Nak naik pentas amik scroll kosong pun kena bayar rm200..hmmmm..

Tuesday, February 03, 2009

1. Demam..dah 2 hari. Semalam MC. Dizzy..

2. Semenjak dua menjak ni dok mengadap puzzle..sampai aku addicted! Makin susah, makin buat aku geram. Tercabar!. Nak tidur pun boleh termimpi2 lagi.

3. Confirm. Aku akan ke Kuching bulan Mei nanti. Tiket pun dah booking. Tengah mengumpul maklumat tentang Sarawak. Apa yang best ek?