Tuesday, June 08, 2010

Dilema

Sesungguhnya ibu kini dalam dilema...sukarnya membuat keputusan.

Is it possible to maintain or I just surrender and let go..

What will happen next?

Semoga hari esok menjanjikan yang lebih baik.

Insyaallah..



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah..berikan aku pentunjukMu...

Monday, June 07, 2010

@ office

Assalamualaikum wbt..

Hari ini ibu kembali ke office setelah hampir 6 minggu lebih bercuti. Dan ini juga bermakna ibu kembali meneruskan rutin harian menghantar anak2 ke rumah mama. Si comel Wafa masih lena ketika ibu mendukungnya masuk ke kereta. Luqman dan Luthfil tak banyak karenah, macam tahu2 jer ibu yang drive hari ni. Semua happy..

Sesampai di office, ramai lak kengkawan yang menegur.."lama tak nampak", "dah sihat ke", ..dan yang paling ibu suka.."Wan nampak kurus la..."hehehe..alhamdulillah (padahal kat rumah asyik makan, makan dan makan!)

Mingu ni mingu terakhir kuliah. Next week dah start final exam. So far, ibu terselamat lagi dari handle mana2 kelas. Lecturer yang take over subject ibu tu just continue jer sampai habis silibus. Esok lusa tak tahu lagi macammana schedulenya. Pagi tadi bos dah datang jenguk ke office ibu bertanya keadaan ibu..hehehe..adehhh...ni mest ada apa2 nih (?).

Rindunya kat my little princess!


Friday, June 04, 2010

Luthfil



Muhammad Luthfil Hadi, dilahirkan pada 30 Disember 2005, kelahiran 2 minggu awal daripada jangkaan. Usianya kini baru 4 tahun 6 bulan 5 hari, tetapi ibu sudah menghantarnya ke sekolah. Karaktornya agak berbeza dengan Luqman. Dia seorang anak yang petah, ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja namun agak kuat melawan sehinggakan memerlukan strategi yang khusus untuk memujuknya. Jika Luqman, semasa usia 5 dan 6 tahun, kami menghantarnya ke Taska Cahaya Nurani (TCN) aliran biasa, namun untuk Luthfil, ibu memutuskan untuk menghantarnya ke sekolah aliran agama, pastinya PASTI. Kenapa PASTI...sebabnya ibu nak dia lebih ke arah keagamaan dan harap mampu ditarbiahkan sikit. Sekarang ni pandai jer dia bercakap pasal Allah, syaitan dan Surga dan api neraka.


Luthfil ni agak 'headwind' sikit berbanding Luqman. Liat sungguh nak bangun dan mandi. Ada2 je excusenya..sejuk la, mengantuk la, sakit perut la..hmmm. Kalau Luqman sekali disuruh, terus berganjak.

Pagi ni juga tidak terkecuali. Oleh kerana tidurnya agak lambat, jadi bila nak bangkit pagi agak liat la jugak. Kadang-kadang dia bangun, bukan ke bilik air tapi ke ruang tamu pulak menyambung tidurnya.

Hari ini merupakan hari terakhir Luthfil menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Jadual exam menunjukkan paper Bahasa Arab dan Hafalan. Entah macammana agaknya dia menjawab exam. Bila ditanya ibu, 'senang jer' jawabnya. Huhuhu..

Sebelum berangkat ke sekolah, ibu check beg sekolahnya dulu. Jika sebelum ni, kadang2 terjumpa donut atau muffin yang tak habis dimakan. Tapi pagi tadi, ibu tak jumpa kuih dalam begnya, yang ibu jumpa adalah patung Mr. Bean seekor, patung Otromen 2 ekor, Kuda Putih seekor, Jet Pejuang dan Kereta Lumba! Agaknya dia menggunakan khidmat benda alah tu semua untuk menjawab exam dia. Aduhaiiii...patut la beg sekolahnya berat semacam jer...




Wednesday, June 02, 2010

Wafa


Minggu ini merupakan minggu terakhir ibu menghabiskan cuti. Wafa semakin lincah dan dah pandai demand. Bila ditinggalkan sekejap pun dia boleh melalak sakan..panjang citer pulak tu dengan muka yang sedih. Lebih 6 minggu Wafa asyik berkepit dengan ibu, tak tahulah macammana nanti di rumah pengasuhnya.

Wafa dah mula pandai merayap dan mula angkat punggung untuk merangkak. Pantang kalau ada barang2 mainan atau buku2 yang diletak di atas lantai..memang dia akan test sedap ke tidak. Kadang2 bila ibu leka jer, habis tisu ditarik keluar dan menjadi santapan dia.

Semalam ibu test drive ke Pinggiran Bayu menziarahi kawan yang baru keluar hospital. Bukan main suka lagi Wafa bila diletakkan di dalam car seat. Ibu singgah sebentar ke kedai membeli buah tangan, tinggalkan dia sekejap di dalam kereta. Bila ibu balik semula ke kereta, ibu tengok mata Wafa berkaca2..dengan muka yang sedih sebab ditinggalkan keseorangan. Aduhai anak ibu ni..dah tahu kena tinggal.


Tuesday, June 01, 2010

exam

Last week Luqman menduduki ujian pertengahan tahun. Ibu perhatikan, dia bukanlah kaki study sangat..ye lahh..budak2 apa dia tahu exam ke aper. Kadang2 hubby bising jugak bila Luqman banyak melangut depan TV jer. Paling2 pun dia akan baca buku cerita. Dan kalau buat latihan, dia suka buat latihan matematik yang advance.

Semalam dia balik tunjukkan kertas examnya. English 1 & 2 dapat 100%, Agama 98%, Bahasa Melayu 98%, Sains 80%, PJ 94%. Paper lain belum diterima.

Hubby ucap tahniah di atas kejayaan Luqman mendapat markah yang baik. Respons ibu??..."nape ni Bahasa Melayu tak dapat fullmark? Sains dapat sikit jer...?? Kalau Aman rajin baca buku, selalu buat latihan tentu dapat 100 semua". Hahaha..terukkan ibu... ye lahh..ibu mana yang tak nak yang terbaik untuk anaknya. I'm perfectionist aper..hehehe.

This week giliran Luthfil pulak yang exam. Malam tadi, bila ditanya macammana periksa..boleh jawab tak..senang tak? Dengan selamba dia jawab.."senang jer"..Yo yo ajer.

Dia ni rajin jugak budaknya (walaupun kadangkala pepagi susah nak bangun mandi). Mulut tak henti2 menghafal doa2 harian. Sampaikan masuk toilet pun baca doa. Doa sihat badan la, doa ibu bapa la, doa anak soleh la..doa makan la, macam2 lagi doa yang dia belajar. Kalau ibu dengar dia baca doa dalam toilet, ibu jerit jugak melarang.

Luthfil jugak rajin mengaji. Al-fatihah pun dah lancar bacaannya. Kadang2 Abang Long yang jadi tok guru membetulkan bacaannya.

Bila ibu kat dapur, Luthfil selalu meneman. Tapi bukan untuk menolong, tapi untuk bertanya itu ini. "Ibu, eja sayur, eja bakul, eja dapur, eja cawan (dia biasanya sebut cawern)..macam2 yang terlintas dipandangan dia. Hasilnya, dia dah banyak hafal perkataan dan boleh mengeja.

Perbezaan Luqman dan Luthfil yang paling ketara adalah...sorang jenis yang susah nak bercakap (sampai kadang kena marah sebab bila ditanya, diam jer) sorang lagi kalau ditanya sepatah, sepuluh yang dijawab!