Tuesday, July 06, 2010

You're the first!

Morning Wan! Wahh...you're the first today? Beberapa officemate menegur ibu.

Hahahaha...nampak sangat selama nih ibu selalu datang lambat ke office. Actually takde la lambat sangat, kol 8am jugak. Tapi diorang yang lagi awal datang daripada ibu. Tu yang nampak macam ibu datang lambat. Cecece...cover2.

Risau gak kot terlewat nak hantar Luqman ke sekolah. Malam tadi ibu masuk tidur awal menidurkan Wafa. Dalam kol 10pm ibu terjaga bila terdengar bunyi bising kat luar. Rupanya Luthfil tengah main. Ingatkan main dengan Luqman atau tengok kartun, rupanya main sensorang. TV terpasang, TV1 siaran wawancara. Eh, takkan budak ni excited tgk wawancara kot. Genius anak ibu! Nampak dia masih segar bugar belum mahu tidur, ibu pesan kalau nak tidur nanti off kan TV. Sebelum ibu masuk ke bilik semula, dia mintak nak makan roti cokelat pulak.

Kebiasaannya hubby yang menghantar Luqman ke sekolah sementara ibu setelkan Luthfil dan Wafa. Kali ni hubby takde, so ibu la yang kena mengangkut semua sekali. Nasib baik Wafa belum bangun time ibu bersiap. Agak susah nak buat kerja kalau Wafa bangun sebab Wafa dan pandai merayap.

Selepas menghantar Luqman, ibu bergegas menghantar Luthfil dan Wafa ke rumah pengasuh. Luthfil akan ke tadika dengan kawannya.

Tiba di office, ibu mesej hubby. Kol 6.30am tadi dia dah sarapan. Mak aii...awalnya...Hubby cakap, berjanggut nak tunggu kol 8am nak masuk lab dan jumpa pensyarah, Dr. Osu bagi memulakan eksperimennya. Ye lah, kol 6.30am tu dah terang benderang. Best jugak ek stay sana..pepagi takde la kelam kabut macam kat sini. Boleh lenggang kangkung pegi opis. Kalau rajin, boleh buat nasik goreng lagi untuk sarapan!

Tapi untuk nak berhijrah menetap di sana..hurmmm..let me think first...kureng sket kottttt...kenapa??? old storyy...




Monday, July 05, 2010

Mee Wantan @ Aini's Cafe with frenz..

Hubby dah selamat berada dalam kapal sekarang. Tadi ibu mengajak ofismate dan ex student untuk temankan ibu menghantar hubby ke airport. Hubby tak bagi ibu temankan masuk ke dalam sebab susah nak parking kereta. So, selepas bersalaman dan berpesan2an, ibu terus balik. On the way tu, ibu siap lukis peta lagi jalan nak ke airport. Next week boleh redah semasa jemput dia balik dari Bintulu.

Dalam perjalanan, member yg drive tu nak makan. So, kami singgah di sebuah restauren bernama Aini's Cafe. Eksklusif jugak tempatnya walaupun tersorok. Tak sangka ada tempat cantik begitu di Salak Tinggi beberapa meter sebelum masuk ke Nilai.

Maaf lah, ibu takde pulak snap gambar. Pengunjung agak ramai walaupun pada waktu kami berhenti makan tu jam sudah melewati waktu rehat tengahari, lebih kurang 2pm. Ibu order mee wantan..Rasanya, hmmmm...not bad. So-so lah. The price is quite expensive maybe because of decoration and nice view. So, kiranya makanan tu mahal sebab pemandangan dan nampak ekslusif. Sesuai la kalau orang sukakan privacy and want to hide from public.

Maybe next time, ibu akan ajak hubby ke Aini's Cafe pulak..tengok apa pendapatnya tentang makanan di situ.

bon voyage..

Petang ini hubby akan berangkat ke UPM Bintulu, Sarawak. Hubby akan berada di sana selama seminggu sehingga Isnin.

Semenjak 2,3 hari lepas, kami dok berbincang tentang bagaimana dia nak ke airport. Time nak pergi takde masalah sebab hubby ada. Time nak balik, ibu sorang2 bukannya tahu jalan. Huhu..macammana nih.

Malam tadi ibu call pengasuh. Husband pengasuh bawak limo LCTT. Tapi memandangkan ibu bagitau lambat dan dia terpaksa ke sekolah anaknya di Port Dickson, so terpaksalah ibu cari alternatif lain.

Called sorang akak nih, ofismate. Dia pulak ada kelas jam 2pm-5pm. Nak temankan ibu boleh, tapi kena keluar awal dalam 12.30pm. Risaunya hubby yang tak dapat tepati masa. Kena melangut lama kat airport la gamaknya. Flight kol 4.30pm kalau tak silap.

Sat tadi ibu tanya sorang ofismate, lelaki. Dia cakap no problem sebab takde kelas petang ni. Tapi ibu tak ikut menghantar la sebab takkan balik nak berdua2an pulak kan...hehe

Kalau tak menjadi jugak 2 alternatif di atas, terpaksa lah ibu gamble redah jer hantar dan balik sendiri. Agak2 tak sampai2 menjemput anak, pengasuh cakap, faham2 sahajalah. Pasukan rescue akan dihantar menjemput ibu.

Bukannya ibu tak pernah ke airport yang hanya mengambil masa 30minit dari rumah tu, tapi ibu tak berapa menghayati jalan2 sepanjang perjalanan pergi balik airport tu oleh kerana selama ni hanya dok sebelah driver jer!

Nak menjemput hubby balik dari Bintulu nanti lagi kalut. Flight arrival kol 8.30pm!

Bon voyage hubby...

Sunday, July 04, 2010

outing..

Sudah lama kami sekeluarga tidak outing bersama. Ye lah...dek kerana kesibukan hubby yang agak melampau semenjak dua menjak nih, ibu tak berani nak kacau dan janji dengan anak2. Kesibukan hubby disebabkan eksperimennya yang sudah bermula. Pagi pukul 8.45am, thari pukul 1.45pm dan lewat petang 6.45pm hubby terpaksa bergegas ke greenhouse untuk mengambil reading researchnya. Setiap hari juga hubby perlu menjenguk 'kolam' nya. So, malam la baru balik. Itu belum kaw2 masuk lab.

Yaaa..memang nampaknya ibu kena ready fizikal dan mental menguruskan anak2 bersendirian. Esok juga hubby akan berangkat ke UPM, Bintulu selama seminggu kerana perlu berguru dengan pakar 'ekstrak'.

Okey..berbalik kepada cerita outing semalam.. Mulanya ibu plan nak ke sekolah Luqman untuk acara sukan, tetapi malamnya Luqman memberitahu ibu dia tak nak pergi pulak. So, kansel pergi.

Hubby pulak, awal2 pagi dah keluar ke UPM, berkejar untuk mengambil reading pagi. Kononnya, lepas selesai, nak rush balik ambil kami. Tunggu punya tunggu hampir kol 12 tak balik2 jugak, rupanya dia kena setel hal kat site. Nak balik jam tu pun alang2 dah dekat pukul 1, ibu sarankan balik lepas ambil reading pukul 1.45pm. Sudahnya jam 3pm baru sampai ke rumah.

Jam 4pm baru dapat kami keluar. Cari port makan dulu kat Serdang sambil menunggu kereta dibasuh. Habis makan jam menunjukkan jam 6pm. Hubby mengajak ke ofisnya dahulu. Setel di ofis, hubby mengajak kami mengikutnya ke green house dan site projek. Ibarat budak2 baru dapat kaki, kanak2 ribena terus aktif berlari, melompat dan berkejaran apabila berpeluang bermain di luar sampaikan si comel kenit pun teruja nak berlari mengikut jejak abang2nya. Luqman sempat dapat 'tanda' di siku apabila terjatuh di atas jalan.

Kami kemudiannya meneruskan program outing kami. Singgah sebentar di petrol station untuk solat maghrib sebelum sampai ke destinasi JJ. Hajatnya nak tengok walker Wafa, tapi takde yang berkenan. Sudahnya lain yang dicari, lain yang dapat. Nampaknya, pakai jer yg sedia ada.

Kami keluar dari JJ Equine Park dah agak lewat. Bergegas pulak ke Alam Megah. Tunggu KakTie di depan balai polis sebelum dia datang jemput untuk makan malam. Late dinner..huhu..Kaktie belanja makan besar kat Gazebo. Boleh tahan jugak sedapnya..cuma yang tak berkenan keadaan 'En. Tan' yang tersangatlah kotorrrrrr. Terbantut niatku nak masuk.

Selesai makan, kami mengikut KakTie ke rumahnya untuk mengambil barang kiriman. Sambil ibu borak2, Hubby dah selamat terbongkang tidur keletihan di ats sofa. Time to go back to Mantin. Terpaksa jugak menggagahkan diri untuk drive balik. Oleh kerana keadaan hubby yang tersangat lah mengantuknya, ibu ganti drive. Nasib baik ibu dah minum kopi panas masa makan tadi.

Akhirnya kami sampai ke rumah jam 1.30am. Lepas solat isya'... .bummmmm........time to sleeppppppp.........ZZZzzzz...

sekian sahaja entry 'outing kami'. Tak tahu lagi bila dapat outing lagi.