Don't ask me why...even it's over 2 decades ago!
Wednesday, September 07, 2011
Raya 2011
Tahun ni ibu balik beraya kat kampung tercinta di Besut setelah 20 2 tahun tak balik beraya:(
Kami bertolak jam 7.45 pagi dari Klang. Perjalanan sangat lancar..30 minit dah sampai Gombak. Ingatkan nak pecah rekod sendiri, kononnya boleh sampai ke rumah kol 3,4 petang. Kol 11am jumpa Cik Yah kat exit Maran sebab dia nak kirimkan biskut raya.
Masuk je negeri Terengganu yang terchenta, hampess jer..boleh pulak jamm kat Terengganu. Apa kess. Biasanya kalau long journey ni hubby akan huargghhh3x sepanjang jalan, tapi kali ni dia gagah jer, ibu pun tak yah gilir2 drive. At last, sampai gak kami jam 6 petang.
Sesampai jer kat rumah, lepas solat dan sebagainya, ibu terkam ke dapur tengok apa juadah berbuka. Wow! Ada daging goreng! Satu kuali! Wow!! Ada sup tulang. Sket lagi nak ngap masuk ke mulut. Nasib baik ibu cepat2 sedar diri yang ibu tengah berpuasa..huhuhu..gelojoh betol. Daging goreng yang Ma buat memang takde challenge la kat dunia nih..terbaeekkk!!
Itu citer bukak puasa hari pertama kat kampung.
Hari kedua, adik ipar terbaru ku bawak balik tulang kaki lembu. First time berkenalan nih selepas diorang kawen since last year. Mmmm..not bad la, ngan I okey jer.
So, kalau dah namanya kaki lembu (dari paras paha ke paras betis, nak buat apo laieee..sup gear box ler jawabnya). Satu periuk besar gedabak tuh. Memang kenduri daging betul la. Wan pulak request mintak ibu buat ayam golek, tapi sayang tak tergolek sebab 2 batang besi cucuk hilang tanpa dapat dikesan. Jadi la ayam kangkung kangkang, sekor sempat ibu ikat kakinya, so sopan la sikit. Sekor lagi dah tak nyempat nak dressing sopan sebab dah nak masuk waktu berbuka. Lagi pulak kerja orang lelaki, diaorang bukan kira ayam tu posing macammana. Tak se Memey memeh betol!
Hari raya pulak, ibu masak rendang daging. Planning nak buat daging masak dendeng/masak kicap, tapi last minute ada request mintak buatkan rendang. Rendang pun rendang lah, lebih kurang jer masaknya.
Tengah riuh dok bergotong royong kat dapur, ntah idea siapa nak makan sate. Wan macam biasa, big sponsor, ngikut jer anak2 dia nak apa..huhu. Sudahnya akak jugak yg tukang perap. Bukannya akak keja jual sate, pengalaman buat sate 4,5 tahun sekali je pun, itupun tukang potong ngan tukang cucuk. Ni serah tugas kat hamba, hamba pun main taram2 ajer lah sesedap rasa. Nasib baik la menjadi jugak sket. Ada gak la dengar suara2 sumbang memuji yang sate yang ibu buat tu boleh challenge satae kajang. Macam la sate kajang tu sedap sangat. Tak tahu la itu pujian ikhlas atau ape..huhu. Kalau bernasib baik, dalam 1 cucuk tu ada la yang lembut (batang pinang), yang nasib tak berapa baik dapat daging keras. Nasib baik adik2 ada membantu time nak mencucuk. Kalau tak tolong, ada yang kena cocok telinga ngan lidi sate kanggg!
Selain daripada nasi himpit, ada special request dari anak ibu nak makan 'ketupat atuk'. Ketupat atuk tu sebenarnya ketupat anyam. Nasib baik la ibu ada belajar masa kat MRSM dulu. Belajar ngan member masa tengah2 dok study bawah pokok kelapa..huhu. Masa dulu2 otak ligat sket, cepat pick up. Kalau belajar time umur macam ni tak tahu la boleh pandai ke tidak. Ada gak la orang berminat nak belajar ngan ibu, pandai la time depan tok guru. Try test tahun depan, agak2 ingat lagi tak??
Macammana boleh lekat 'ketupat atuk'? Sebabnya kalau beraya kat Klang, atuk je yang tukang anyam ketupat ni. Cik abang pun tak reti nak buat. Daun kelapa muda tak de dijual di Besut ya tuan2. Ibu siap2 beli kat Port Klang lagi you, nasib baik tak kering dalam bonet kereta. Daripada 50 keping daun, cuma dapat 36 biji je sebab si penjual daun tu penipu p letakkan daun yang dah hijau kedaung kat bahagian tengah! Mula2 ibu tanya berapa ringgit seikat (boleh dapat 50 biji katanya), dia cakap RM5. Bila tanya masa nak balik, naik singgit lagi menjadi RM6..terukkan!
Gambar google
Hari raya kedua, adik ibu, Fazli buat akikah untuk anak perempuan dia. Tetiba terjongol kat dapur bawak kaki lembu dari paras paha ke paras tapak kaki. Dah2x..perut dah penat memproses daging, ayam, daging, ayam. Untuk menyelamatkan perut2 semua yang kepenatan, ibu potong tulang2 tu, sumbat simpan dalam peti. Hari raya keempat baru masak. Sup lagi!
Gambar sup gear box google.
Sekarang ni ibu dalam fasa mendiet. Dah 2 hari tak jamah nasi. Pagi nescafe+oat, malam dinner makan sayur je. 2 hari tak jamah nasik, ku rasakan 2 bulan yuk. Harap2 mental ku kuat...huhu.
Tuesday, September 06, 2011
ETOK~
Kudapan faveretku~
BERSIAP SEDIA dengan kertas yang digulung berbentuk kon di tangannya, kanak-kanak dari Tumpat, Kelantan itu kelihatan tidak sabar-sabar menanti etok yang telah dimasak untuk dimasukkan ke dalam kon itu.
“Saya buka kulit etok dengan gigi. Dua atau tiga kali seminggu saya mesti makan etok. Etok yang manis lebih sedap daripada yang masin, kak,” ujar Nakib Asri, 12, bersungguh-sungguh dengan wajah kegirangan kepada penulis.
Dia bersama abangnya terus menikmati etok penuh berselera.
Sememangnya menjamah etok sebagai makanan ringan cukup sebati bagi penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang tanpa mengira peringkat usia. Sama ada sambil menonton televisyen, berkelah mahupun bersantai bersama rakan dan keluarga, kudapan itu umpama kuaci masyarakat tempatan.
Etok merupakan sejenis hidupan bercangkerang yang bersaiz wang syiling lima sen hingga 50 sen hidup dalam sungai. Isinya berwarna putih jernih enak dimakan apabila disalai dengan rempah. Ramuan istimewa itu biasanya menjadi rahsia pengusaha etok.
ETOK disental dengan tangan bagi memastikan selut tanah dan pasir hilang.
Meskipun cara membuka kulit etok bagi meratah isinya boleh membawa risiko gigi menjadi sumbing jika tidak dilakukan secara berhati-hati, ia bukan penghalang kepada peminat kudapan itu untuk menikmatinya.
Seorang suri rumah dari Kuala Krai, Kelantan, Sakila Mohd. Yusof, 29, mengakui membuka cengkerang etok agak mencabar bagi mereka yang belum biasa.
Harga mahal
“Bagi yang tidak biasa, membuka cangkerangnya memang sedikit mencabar tetapi hasilnya berbaloi. Saya makan etok sebab rasanya sangat sedap dan ia berkhasiat,” ujarnya.
Tanpa disedari, timbunan etok di hadapan mata boleh dihabiskan dalam masa sekelip mata lebih-lebih lagi jika isinya pejal dan manis dengan aroma serai serta halia yang menusuk ke hidung.
Harganya juga agak mahal iaitu RM12 bagi secupak etok salai dan RM6 bagi satu leng atau setengah cupak. Namun, soal harga tidak menjadi rungutan kepada yang menggemarinya.
Zaman dahulu, etok dijaja dalam bakul yang dibawa oleh peraih wanita di atas kepala sambil mengelilingi kampung. Hari ini, penggemar etok boleh memperoleh kudapan tersebut di gerai-gerai tepi jalan sama ada di gerai-gerai yang menjual goreng pisang atau kuih-muih tempatan yang lain.
Orang lama dalam perusahaan etok salai, Awang Sayed Abdul Rahman, 63, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Su Daud dari Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan berpengalaman menyalai dan menjual etok di sekitar bandar Kota Bharu.
Pak Su Daud yang mengusahakan perniagaan itu bersama isterinya, Maimunah Deraman, 52, pernah mempunyai sehingga 14 buah gerai menjual etok di tepi jalan kerana sambutan yang menggalakkan sekitar tahun 1970-an.
Rempah istimewa
Pak Su Daud yang juga seorang pengamal perubatan tradisional berkata, berbanding hidupan air lain seperti kerang, etok adalah haiwan yang bersih kerana ia hanya makan lumut hijau. Etok juga hidup dalam sungai yang tidak tercemar dan mengalir sederhana.
“Etok adalah haiwan yang bersih dan jika kita amalkan makan isinya boleh merangsang dan menambah darah dalam badan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Pak Su Daud berkata, rempah dan ramuan yang digunakan semasa memerap etok juga baik untuk kesihatan kerana ia merupakan bahan asli dalam masakan Melayu.
Sebelum diperap antara sejam sehingga enam jam bergantung kepada cita rasa penyalai etok, etok yang bersalut tanah sungai akan dibasuh dan dibilas berkali-kali sehingga air bilasan etok jernih.
“Secara umum, bahan perapan utama adalah serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus sebagai bahan untuk memerap etok mentah yang sudah dibasuh bersih.
“Selain itu ada juga bahan-bahan rahsia lain yang kami gunakan sebagai rencah istimewa, saya sendiri memasukkan enam lagi herba tradisional lain yang saya ilhamkan sendiri sejak dahulu,” katanya yang mengunci mulut menyimpan rahsia ramuan istimewanya.
Seorang pengusaha etok di Kampung Tasek Pauh, Pasir Puteh, Samsiah @ Minah Daud, 51, berkata, sungai sekitar kampungnya di Sungai Tasek, Pengkalan Pauh dan Tok Aje mempunyai etok bersaiz besar dan berwarna kuning. Ia merupakan etok berkualiti tinggi.
Samsiah berkata, pengutip etok yang terdiri daripada belia kampung akan turun ke sungai pada waktu pagi dan petang dan membawanya terus ke pintu rumah pelanggan tetap masing-masing.
Katanya, terdapat lebih 30 pengusaha etok yang majoriti terdiri daripada kaum wanita di kampungnya yang menyalai etok di rumah. Mereka menjual etok sama ada secara tetap atau sambilan di pasar tani dan pasar malam serta di merata-rata tempat.
Seorang lagi pengusaha etok, Suriani Zakaria, 29, pula berkata, kegiatan menyalai etok adalah pekerjaan turun temurun di kampung itu. Secara purata dia memperoleh antara RM200 sehingga RM400 setiap kali keluar berniaga di pasar.
Ibu kepada lima orang anak itu bukan sahaja menyalai etok bahkan kadangkala turun sendiri mengharung sungai mengutip etok bersama kaum Adam.
Suriani berkata, masyarakat tempatan hari ini tanpa mengira peringkat umur cukup menggemari etok. Ini terbukti apabila jualan etok yang dibawanya antara lima hingga enam gantang setiap kali berniaga di pasar akan habis dalam masa kurang daripada tiga jam.
“Berniaga etok meskipun nampak meletihkan tapi hasilnya amat memuaskan, purata modal etok mentah adalah antara RM15 hingga RM20, tetapi kita boleh mendapat pulangan sehingga RM50.
Selain di Kampung Semat Jal dan Kampung Tasek Pauh, perusahaan etok di Kelantan juga boleh didapati di Kampung Laut, Tumpat dan kawasan Pasir Mas-Salor.
Walaupun etok kekal menjadi minat masyarakat Kelantan, namun Pak Su Daud sempat menyuarakan kebimbangannya.
“Saya mengharapkan bekalan etok mentah dari luar Kelantan terutama negeri Terengganu kerana hidupan itu sudah tidak banyak di sungai negeri ini akibat aktiviti mengorek pasir yang memusnahkan habitat dan pembiakan etok.
“Jika kegiatan mengorek pasir yang dijalankan di Sungai Kelantan dapat dihentikan buat seketika, hidupan ini akan dapat membiak semula dengan baik. Berilah peluang agar tradisi ini diteruskan,” katanya penuh harapan.
Monday, September 05, 2011
Percutian tanpa dirancang~Pantai Kelulut, Kemaman
Menjamu anak tekak yang kehausan di tepi Pantai Kelulut, Marang
Kasih seorang abang :)
Keterujaan si anak kecil melihat keindahan alam
Tunggu ayah!
Melihat 3 pemuda yang sedang mengutip hasil laut.
Ikan kembung
Terima kasih sebab sudi jual kat kami. Best dapat makan ikan fresh yang murah.
Hasil kutipan abang long yang diambil dari dalam air.
Wafa pun excited tengok banyak fish!
Ikan pisang - isinya sangat lembut dan manis..dan banyak tulang halus!
Jelly fish. Awas, jangan pijak!
Next time kalau balik kampung kita singgah lagi!
FORMULA KELUARGA BAHAGIA
DALAM kehidupan, untuk hidup berkeluarga menjadi matlamat setiap orang. Pasangan suami isteri yang berkahwin berkeinginan mempunyai anak dan seterusnya mempunyai kaum keluarga yang lebih ramai. Membentuk keluarga bahagia mestilah berasaskan ilmu keibubapaan dan kekeluargaan. Justeru, membahagiakan keluarga dulu sebelum membahagiakan orang lain sangat penting dalam kehidupan berkeluarga.
Setiap pasangan yang baru berkahwin pasti mengimpikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga. Kebahagiaan di sini adalah kebahagiaan seperti pasangan lain yang bahagia berkahwin. Matlamat dan falsafah perkahwinan sangat jelas untuk meramaikan umat dan mengeratkan hubungan keluarga yang baru dibentuk.
Permasalahan dan musuh kepada keluarga bahagia adalah berselisih faham hingga membawa kepada perceraian. Setiap pasangan baru berkahwin sudah tentu tidak inginkan perceraian. Apa lagi jika perkahwinan diasaskan atas dasar cinta, tetapi tidak dapat mengelakkan perceraian berlaku apabila masalah melanda rumah tangga.
Mengikut statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh 15 minit. Pada 2009, sebanyak 27,116 kes perceraian dicatatkan daripada sejumlah 135,136 perkahwinan yang didaftarkan pada tahun yang sama. Soal institusi keluarga dijadikan perkara ‘main-main’ dalam kehidupan golongan tertentu.
Jika ditinjau mengikut catatan kes perceraian yang berlaku pada 2002, sekitar 13,937 kes dicatatkan. Sepanjang 2007 dan 2008 sebanyak 75,299 kes perceraian rumah tangga direkodkan. Ini jumlah skala besar yang harus diberi perhatian serius oleh masyarakat untuk ditangani segera.
Banyak perkara dikatakan menjadi pencetus perceraian. Antara alasan sering diberikan pasangan terbabit ialah tidak wujud persefahaman, kurang interaksi, masalah dalaman yang menemui jalan buntu, masalah kewangan dan kehadiran orang ketiga.
Di samping itu, jika ditinjau terdapat juga perkara asas yang menjadikan punca keruntuhan rumah tangga. Antaranya kehidupan mengutamakan harta benda, mengutamakan kerja, keseronokan hawa nafsu dan masih mementingkan hidup bebas dan bersosial walaupun sudah berkahwin. Kesolehan setiap ahli keluarga menjadi penentu bagi menegakkan bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Ini menyumbang kepada kesejahteraan negara. Mendidik ahli keluarga beramal soleh adalah tanggungjawab ibu bapa. Bagi ibu bapa yang ingin mengubah keadaan keluarganya ke arah lebih baik mereka mesti mengubah keadaan dirinya sendiri terlebih dulu ke arah kebaikan.
Sebahagian daripada kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah milik keluarga bahagia. Membentuk keluarga bahagia mesti bermula dengan ilmu, iman dan amal. Kehidupan berkeluarga dan pembangunan keluarga adalah sebahagian aktiviti ibadat kepada Allah.
Ciri-ciri seseorang mencintai keluarganya adalah selalu bersabar dalam mendidik anak dan menjamin keimanan keluarganya. Kesabaran ini sangat penting bagi kesinambungan kepada keluarga bahagia. Kesabaran ini juga mesti ditunjukkan pada saat kesusahan dan ketika menghadapi masalah.
Seseorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah bukti kasih kepada keluarga. Oleh sebab itu, peranan bapa dan ibu yang bekerja sangat penting. Anak harus memikirkan betapa susahnya ibu bapa mendidik dan membesarkan mereka untuk menjadi insan sempurna.
Tingginya darjat suami ditentukan perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya. Begitu juga darjat seorang isteri yang mempunyai akhlak dan kesopanan yang dapat mendidik dan menjadi teladan kepada anak.
Lantaran itu Nabi s.a.w. mengingatkan: “Sesiapa berkahwin (beristeri) maka dia sudah melindungi (menguasai) separuh agamanya, oleh itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi.” (Al Hakim dan Ath Thahawi).
Sesungguhnya, keluarga ialah tempat yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka dalam rumah tangga. Fenomena perpecahan dalam keluarga kini yang membabitkan perceraian semakin membimbangkan. Perpecahan dan perceraian menyumbang kepada perpecahan dalam ahli keluarga.
Kasih sayang yang terjalin di antara anak dan ibu bapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka. Anak yang dididik dengan penuh kasih sayang akan melahirkan anak bertanggungjawab dan mampu membalas jasa ibu bapa di kemudian hari.
Justeru, Nabi mengingatkan: “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan wanita adalah orang mulia dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asaakir).
Sikap baik dan sentiasa berkasih sayang mesti diwujudkan dalam keluarga. Sikap ini mesti dijadikan amalan dalam kehidupan berkeluarga. Sikap baik ini bukan saja melalui perbuatan malah melalui tutur kata. Ibu juga harus menunjukkan teladan dan contoh terbaik sebagai ikutan kepada anak.
Konsep kebahagiaan dalam rumah tangga mesti difahami dan diwujudkan. Rumah tangga hendaklah menjadi tempat yang penuh dengan suasana kedamaian, kasih sayang, ketenangan, keselamatan dan kesejahteraan diri (jasad dan roh) hasil daripada keserasian dan permuafakatan ahli keluarga. Tanggungjawab suami dan isteri mesti ditunaikan dengan sebaik-baiknya.
Pembangunan keluarga mesti membawa dan menjurus kepada keseimbangan kehidupan mulia sama ada dari segi kebendaan dan rohani untuk ahli keluarga. Selain itu, pembangunan keluarga juga turut membabitkan penghayatan budaya ilmu dan keikhlasan.
Apabila semua ahli keluarga dididik dengan ilmu dunia dan akhirat secara seimbang serta setiap mereka mempunyai niat yang baik untuk membahagiakan keluarga, pastinya kebahagiaan hidup dalam keluarga akan dapat dicapai. Sentiasa mewujudkan kebahagiaan dan suasana harmoni juga menjadi penyumbang kepada keluarga bahagia.
Dipetik dari Harian Metro: 5 September 2011

Subscribe to:
Posts (Atom)