Thursday, January 12, 2012

Tidur

Ini tidur style Wafa Aleesya yang suka buat stunt. Sebelum dia tidur, dia akan merayap2 di kepala katil, masukkan kaki kat kepala katil..pastu melalak kalau tersepit. dan dah ikut jejak abang2nya tidur sampai jatuh katil dan 2,3 kali.

Al mengantuk sangat la ni..

Wednesday, January 11, 2012

Kasih ibu...

Touching tak tengok gambar ni...? Actually gambar ni ibu ambil sejak tahun lepas lagi..terperok dalam kamera tak upload.

Kejadian ini berlaku pada 11.11.11 semasa ibu dan hubby berhenti di gerai buah tepi jalan area Mantin sebelum simpang nak masuk ke kawasan perumahan kami. Ibu dan hubby asyik memerhatikan gelagat ibu lembu tu seolah2 sangat sedih dan tak dapat nak berpisah dengan anaknya yang masih kecil.

Lihat..haiwan pun tahu sayangkan anak. Ada manusia pada hari ini yang sanggup membuang anak yang masih bernyawa, malah ada yang sanggup mencabut nyawa anak sendiri.

Satu kejadian untuk direnungkan bersama..

Kasih sayang tiada sempadan.

Seekor ibu lembu yang kehilangan anaknya...

Anak yang dikasihi telah kaku tidak bernyawa...

Pilu rasa hatinya..

Anak tersayang telah tiada..

kejamnya manusia yang melanggar..

Sedih tidak terkira..

Seakan tidak mahu meninggalkan jasad anaknya..

Yang telah pergi tak kembali..

Monday, January 09, 2012

Muhammad Luthfil Hadi

Nama saya Muhammad Luthfil Hadi bin Mohd Zahir, umur saya baru 6 tahun 5 hari (4 Januari 2012)

Walaupun umur saya baru masuk 6 tahun, tapi saya dah kena pergi sekolah. Best ke sekolah Abang Long ni??

Saya tak suka bangun pagi-pagi, mandi, sebab saya selalu bersin dan hidung berdarah. Tapi ibu saya suka kejut saya suruh cepat2 bangun mandi dan bersiap.


Emmm..nampaknya takde chance la nak tengok karton pagi-pagi lepas ni.
Opppsss..hari pertama saya dah tertinggal botol air 'Rubbermaid'  kat kantin. Abis la saya kena marah ngan ibu:(


Roti sosej

Semalam alkisahnya ibu terlebih rajin la pulak nak mencuba buat roti sendiri. Maka ibu pun ber sms lah dengan tok guru pakar roti ni iaitu kakak ibu Kak Yah. Dia mulanya dah warning kat ibu, katanya tak berbaloi buat kalau takde bread maker, kena uli nanti penat, sakit pinggang, sakit bahu. Tapi ibu menyahut cabaran 'kekurangan' tak bermakna tak boleh buat. cecece..yo yo ajer..hehehe.

Start kol 11am. Sambil buat sambil main2. Sekejap masak nasik, sekejap basuh kain, sekejap masak sayur, sekejap panaskan lauk..sambil2 mengadun doh roti. Si kecik dah mula mintak nasik. Stop jap untuk lunch.

Bila dah dua kali doh kembang, uli, kembang, uli..maka ibu pun start la mencanai.

jeng!jeng!jeng! maaf..saya budak baru belajar...rupa yang tak semenggah mana hasil imiginasi dan tunjuk ajar cikgu jarak jauh.

Sebelum dibakar, kena sapu dengan putih telur dulu supaya nampak kuning dan garing permukaannya.


Letak sos cili, cheese dan cili sos sekali lagi (kalau suka pedas)
First trying...layak untuk dimakan sendiri sahaja dulu..:p

Need more improvement. Maybe kalau ada bread maker lagi sedap kot..thehehe...


Monday, January 02, 2012

Rezeki

Alhamdulillah...sebelum berlabuhnya tirai 2011, ibu mendapat email dari HR supaya datang mengambil offer letter. Itu bermakna ada berita baik.

Berdegup kencang jugak tak sabar nak mengetahui apa isi surat terbaru. Sebelum turun tu, ibu sempat call Kak Sue tanya tentang confirmation dia yang dah berakhir pada 31 Disember 2011. Dia masuk awal sebulan dari ibu, so probation ibu adalah pada 31 January 2012. Kiranya surat tawaran ni agak awal jugak ibu dapat.

Setelah membaca dan faham segala isi kontrak, ibu terus menurunkan tandatangan. Alhamdulillah, ibu dapat sambung ke jawatan tetap...dan juga ada sedikit increment. Bila dapat masuk ke jawatan tetap banyak lah lagi benefit yang ibu akan dapat. Rezeki anak-anak dari Allah.

Semoga ibu success di tempat baru ini dan terus menjadi pekerja yang cemerlang.