Tuesday, March 06, 2012

Kisah Nabi Luth dan Misteri Laut Mati

Posting hari ini ibu lencongkan sedikit kepada isu lain memandangkan posting2 sebelum ini mendera perasaan pembaca2 sekelian dengan juadah masakan yang tidak boleh diratah sebaliknya hanya boleh ditatap. Hehehe..ampunnn.

Sudah agak lama tidak membuka email. Hari ini tergerak hati untuk melihat apa dan siapa yang selalu mengutus email buat ibu. Mak aiiiii..fengsan nak mendeletenya..ada lebih kurang 7000 lebih email yang masih belum dibuka. Kebanyakkannya forward email daripada orang yang tak dikenali.

Daripada banyak2 email itu, ibu tertarik dengan satu forward email yang boleh dikongsi bersama iaitu tentang Kisah Nabi Luth dan Misteri Laut Mati. Selama ini pernah jugak dengar cerita tentang Laut Mati, tetapi tidak arif sangat detailnya. Jom sama2 menambah ilmu tentang kisah2 dahulu yang sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada pembaca semua.

Laut Mati

Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.


Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Pemandangan Laut Mati yang diambil pada tahun 1989 dari Columbia Space Shuttle (STS-28). Bahagian selatan terpisah daripada separuh bahagian utara akibat kemerosotan paras air laut.
Pemandangan Laut Mati hampir 12 tahun kemudian (STS-102). Bahagian utara dan bahagian kecil tenggara telah bertambah dan kolam poligon besar terbahagi ke beberapa bahagian.


Pemandangan Laut Mati di waktu senja



Tiang yang terbentuk daripada garam karang dipanggil ‘isteri Luth’ di Gunung Sodom, Israel

Terapung di Laut Mati





Kaitan kisah Nabi Luth dan Laut Mati

LUTH bin Haran bin Tarah (Azar) adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Luth adalah antara orang beriman yang mengikut Nabi Ibrahim berpindah dari Babylon ke Palestin dan Mesir. Kemudian Nabi Luth mendiami kota Sadum (Sodom) di wilayah Jordan.

Namun, penduduk kota itu berakhlak keji, malah mereka derhaka dan kufur dengan nikmat Tuhan. Kegiatan merompak barangan yang dibawa kafilah dan mengunjungi pusat maksiat menjadi darah daging mereka. Lebih menjijikkan mereka mengamalkan liwat (homoseks).

Nabi Luth menasihati kaumnya supaya meninggalkan perkara maksiat, Sebaliknya beriman kepada Allah, Selain mengingati mereka mengenai azab yang bakal diturunkan jika terus bergelumang dengan perbuatan keji itu. Kaumnya tidak pedulikan nasihat itu, Malah berani memberi amaran kepada Nabi Luth: “Jika kamu tidak berhenti memperlekehkan kami, kami akan mengusirmu dari negeri ini.” Luth berkata: “Sesungguh aku mengingkari dan benci perbuatan yang kamu lakukan.”

Seterusnya mereka mencabar Nabi Luth dengan berkata: “Jika benar dengan azab yang kamu ancam ke atas kami, segerakanlah dan datangkan ia kepada kami.”

Mendengar perkataan mereka, Nabi Luth berdoa kepada Allah. Dalam al-Quran dijelaskan, maksudnya: “Luth berdoa, wahai Tuhanku, tolonglah aku dengan menimpakan azab ke atas kaum yang melakukan kebinasaan itu.” Doa Nabi Luth diterima Allah, lalu diutuskan-Nya beberapa malaikat untuk menurunkan azab ke atas kaumnya.

Sebelum itu, malaikat berkenaan mengunjungi Nabi Ibrahim dan memberitahu tujuan kedatangan mereka. Nabi Ibrahim berkata: “Ya Allah, di dalam negeri itu ada Luth dan
bagaimana dengan beliau jika negeri itu dimusnahkan.”

Perkara ini dapat diperhatikan melalui al-Quran, maksudnya: “Berkata Ibrahim; sesungguhnya di kota itu ada Luth. Malaikat berkata: “Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami akan menyelamatkan dia dan pengikutnya, melainkan isterinya, dia termasuk orang yang tertinggal, dibinasakan.”

Setelah mengunjungi Nabi Ibrahim, tidak berapa lama selepas itu malaikat dengan menyamar sebagai lelaki yang tampan pergi ke Sadum. Sampai di Sadum, mereka berjumpa dengan anak perempuan Luth.

“Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.

Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.

“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali.

“Oh tidak. Tapi... bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth. Nabi Luth yang pada mulanya tidak mengetahui tetamu itu adalah malaikat berasa cemas kerana bimbang mereka yang berwajah lelaki begitu tampan itu menjadi mangsa kaumnya yang bernafsu gila, iaitu homoseks.

Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.

Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya. Berita kedatangan tetamu (malaikat) itu diketahui kaumnya, lalu ramai kalangan mereka pergi ke rumah Nabi Luth, semata-mata untuk melakukan perbuatan terkutuk itu dengan tetamu Nabi Luth.

Apabila kaumnya berkumpul di pekarangan rumahnya, Nabi Luth cuba menghalang mereka daripada melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menawarkan anak perempuannya untuk diperisterikan, supaya tetamunya itu tidak diusik. Kaum Luth langsung tidak mengendahkan larangannya, malah berkata: “Sesungguhnya kamu tahu kami tidak mempunyai selera sedikit pun terhadap anak perempuan kamu. Sesungguhnya tidak ragu-ragu lagi, kamu tahu apa yang kami inginkan.”

Seketika keadaan di pekarangan rumah Nabi Luth kacau-bilau. Nabi Luth gagal mententeramkan kaumnya yang dahagakan hubungan sejenis daripada tetamunya itu. Tanpa berlengah malaikat yang menyamar sebagai tetamu itu terus membutakan mata mereka. Perkara ini diceritakan al-Quran: “Dan sesungguhnya mereka telah memujuknya (agar menyerahkan) tetamunya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-Ku.”

Selepas itu tetamu berkenaan memperkenalkan diri kepada Nabi Luth mereka sebenarnya malaikat. Kedatangan mereka semata-mata untuk menghancurkan kaum Luth. Ketika itu juga Luth diminta membawa bersama ahli keluarganya keluar dari negeri berkenaan pada waktu malam.

Al-Quran memperjelaskan: “Utusan malaikat berkata; wahai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan Tuhanmu. Sekali-kali mereka tidak dapat mengganggu kamu. Oleh itu, pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu pada lewat malam. Dan janganlah ada seorang pun antara kamu yang tertinggal, melainkan isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab kerana saat jatuhnya azab ke atas mereka adalah pada waktu Subuh. Bukankah Subuh itu sudah dekat?”
Kaum Luth ditelan bumi

Kemudian azab yang ditunggu kaum Luth menimpa mereka. Kehancuran mereka pada waktu Subuh dalam keadaan sungguh dahsyat kerana bumi negeri itu diterbalikkan. Mereka turut ditimpa batu daripada tanah keras dan terbakar. Al-Quran menyebut azab yang menimpa mereka: “Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”



Ustaz Azhar Idrus bercakap tentang Laut Mati

Dalam ilmu fardhu ain fiqih tentang masalah hukum air, disebutkan senarai air makruh yang terbagi kepada tiga iaitu air yang sangat hangat, air yang sangat sejuk dan air yang terjemur pada suatu wilayah yang sangat panas.

Air yang sangat hangat dan sejuk itu jadi makruh digunakan disebabkan ia boleh menimbulkan merasa sakit pada badan ketika menggunakan air itu, dan pendapat para ahli kesihatan menggunakan air yang sangat hangat akibat terjemur itu dapat menyebabkan penyakit kulit, dan tidak makruh memakai air yang sedang hangatnya atau sejuknya.

Air yang sangat hangat itu makruh digunakannya dengan empat syarat iaitu :
❀ air yang terjemur pada negeri atau wilayah yang bercuaca sangat panas seperti di kota mekah.
❀ air yang terjemur yang menggunakan tempat atau wajan yang terkena tukul, seperti gayung dan sebagainya yang terbuat dari besi, tembaga dan sebagainya. Selain dari emas, perak, tanah, batu dan kayu.
❀ air bekas terpakai pada badan manusia sekalipun bekas memandikan mayit, bekas mandi kuda atau hewan sejenisnya selain babi dan anjing, serta bekas orang yang berpenyakit kulit.
❀ 
Dan makruh memakai air dan tanahnya yang dimurkai, dibenci kaumnya atau penduduknya seperti air pada kaum negeri Samud, air kaum Luth, air telaga Barhud, air kaum negeri Babil dan air telaga Dzarra.

Tempat-tempat yang kena laknat oleh Allah Taala bukanlah tempat untuk kita berseronok seperti bermandi-manda dan bermain lumpur. Pada zaman sahabat dulu, para sahabat dilarang untuk pergi ke Laut Mati kerana ianya telah dilaknat Allah. Jika terpaksa melalui kawasan Laut Mati pun, mereka akan menundukkan kepala supaya mereka tidak melihat ke kawasan yang berair itu. Jadikanlah tempat yang tiada hidupan di dalamnya itu sebagai iktibar dan lambang kebesaran Allah Taala, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

Monday, March 05, 2012

Recycle Day~

Project recycle day keluarga adalah hasil idea hubby dan sudah lama dipraktikkan kepada anak-anak untuk mendidik mereka tentang cintai alam sekitar serta belajar untuk menabung. Almaklumlah, ayahnya orang alam sekitar.

Budak yang paling teruja dengan project ni tentulah Abang Long. Dia lah yang rajin mengumpul botol2 plastik especially bekas susu, bekas sabun ibu dan juga menyusun surat khabar lama. Pantang dengar ada lori apek lalu untuk beli surat khabar lama atau barang2 lama, dia pun mulalah sibuk nak menjual, walhal barang yang dikumpul tak seberapa. Hubby jugak tolong diorang untuk kumpul dan satukan di dalam plastik beg.

So, semalam kebetulan ada lori apek lalu semasa ibu kat luar rumah tengah sidai baju. Barang2 yang terkumpul pun dah agak banyak kat belakang rumah, mata pun dah menyemak tengok longgokan barang2 tu. So, budak2 bertiga tu pun bekerjasama lah mengangkut ke depan untuk menjualnya. Si Wafa tukang sibuk je ke hulu ke hilir mengekor abang2nya mengangkat surat kharar dan botol2 plastik.





Tokey surat khabar tengah menimbang botol. Tak sempat nak snap gambar surat khabar, dah kena angkut dengan pembantunya.

Hoyyeeehhh...saat yang ditunggu. Mari kita lihat berapa yang dapat.

"Ini je tokey yang saya dapat? Banyak botol dan surat khabar yang saya jual tadi.."
"Ayyyaa adik, lu jual surat khabar lama, botol plastik ajaaa...kumpul manyak2 lagi ya, nanti jual kat uncle lagi!"

(Huhuhu..dialog rekaan ibu sahaja. Dapat la RM2.10. Hubby suruh bahagi 3 untuk masuk dalam tabung, so dapat lah Abang Long singgit, abang ngah singgit dan adik 10 sen sebab dia menyibuk ajer..hehehehe)


The weekend project~Ketupat Sotong

Alhamdulillah...untuk projek minggu ini ibu berjaya jugak buat ketupat sotong. Kebetulan kakak ibu dari Saujana Putra datang bertandang, dia lah yang jadi tok gurunya.

Ketupat sotong ni sangat mavelousssssss...sudah lamaaaaaaaaaaaaaa tak makan. Tak ingat bilakah kali terakhir ibu makan, padahal kalau membuatnya bukan lah rumit sangat. Sonang ajor.

Ada satu kisah lucu semasa kami tetengah buat ketupat sotong ni. Kakak ibu bercerita, anak buah husbandnya yang tinggal di KL teringin nak makan ketupat sotong. Anak buahnya tu lelaki. Masa tu bulan puasa. Dia pun pergilah ke pasar Ramadhan. Kebetulan terjumpalah anak buahnnya tu dengan sorang makcik yang menjual ketupat sotong..punyalah dia excited nak beli..tapi..cup2..tanya harga dulu.

Anak buah: Makcik, berapa harga seketul ketupat sotong nih?
Makcik penjual: 6 hinggit satu.
Anak buah: Ha?????? takpelah makcik, makcik makan lah sendirik!!

Ibu yang dengar jawapan anak buah tu terus ketawa geli hati tak tahan dengan jawapan dia yang sinis. Mungkin malam tu makcik penjual tu tak lena tidur dok teringat kata2 anak buah yang sinis tuh. Ye lah makcik tu pun, agak2 la...


Sotong fresh yang lengkap anggota badannya:-)

Beras pulut yang direndam di dalam santan & secubit garam

Sotong yang sudah dimasukkan beras pulut (1/3 sukatan), then cucuk dengan lidi, masukkan dalam periuk, letak santan, daun pandan dan manisan/gula merah. Masak sehingga kuah pekat dan hampir kering

Inilah hasilnya. Sotong yang besar td sudah bertukar saiz 3x ganda mengecil..hehe

Saturday, March 03, 2012

Ayam Masak Kicap

Dalam banyak2 masakan, ibu paling tak pandai nak masak ayam masak kicap. Oleh kerana dah ketandusan idea nak masak apa hari ini, maka termasak lah jugak ayam masak kicap. Nasib baik anak2 dan hubby pun suka.

BAHAN-BAHAN:

10 ketul ayam
1 labu bawang merah besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dititik
1 inci halia dimayang
1 batang kulit kayu manis
1 batang lobak merah
1 biji tomato (saiz besar)
1 tangkai cili merah
1 tangkai daun sup
3 sudu sos tiram
5 sudu kicap manis (cap kipas udang)
Garam secukup rasa

CARA BUAT:
Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan halia sehingga naik bau.
Masukkan sos tiram, kicap dan garam
Masukkan sedikit air supaya berkuah.
Masukkan ayam, kacau dan biarkan sehingga ayam masak
Masukkan lobak, tomato dan daun sup
Biarkan seketika sehingga lobak merah empuk, then angkat

Sangat mudah bukan??

Selamat mencuba!

Campak semua bahan dalam kuali

Done!

Solok Peria VS Solok Lada

Explorasi ibu terhadap dunia masakan semakin menjadi-jadi sejak akhir2 ini..ceewahh..macam la dasyat sangat..wakakaka. 

Sekadar ingin memenuhi keinginan untuk mencuba sendiri memasaknya. Kepuasan menyediakan sendiri dan makan sendiri:)

Resepi kali ini adalah Solok Peria dan Solok Lada. Sebenarnya ibu main taramnya buat solok peria ni sebab ada lebihan inti untuk buat solok lada. Maka jadilah solok peria. Kerabu peria pun ada jugak ibu buat.

Kalau solok lada, kena masak dalam periuk yang mengandungi santan, tapi solok peria ni ibu cuma stim sahaja untuk mengekalkan rasa rangup dan mengelakkan dr menggunakan banyak santan.

RESEPI INTI

3 ekor selayang mentah 
2 genggam kelapa parut (putih)
1 labu bawang besar merah
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa

CARA BUAT:

Asingkan isi ikan mentah daripada tulang
Tumbuk bersama bawang, halia dan kelapa
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Sumbat ke dalam peria (celur 1/2 masak bersama air garam)/ lada yang dipotong dan dibuang bijinya (then rendam dengan air sekejap)
Then peria di stim kan sehingga inti masak.
Lada pulak, masukkan dalam periuk, then masukkan santan separa dengan lada, guna api perlahan sehingga masak.
Solok lada sangat sedap dimakan bersama dengan nasi kerabu..


Peria yang dah dimasukkan isi ikan+kelapa

Selepas di stim

Lada yang dah disumbat dengan isi ikan+kelapa

Solok lada yang sudah siap dimasak bersama santan