Entah kenapa hatiku asyik berdebar-debar dari pagi tadi. Banyak perkara yang merisaukan aku sekarang. Pertamanya, tentang pengasuh babyku. Semalam semasa aku ambik dari rumah pengasuh, badannya macam lembik je..tak macam biasa bersemangat. Tapi aku tak tertanya pulak mamanya. Masuk je kereta aku terus beritahu hubby. Dia yang dah memang semsnjak dua menjak ni dok desak aku suruh carik pengasuh lain..atau susah2 je hantar kat tempat abang long. Aku tak nak la buat keputusan terburu2...kalau hantar kat situ lagi la ramai budak. Kalau dia dah besar sikit macam abang long, aku tak kisah sangat sebab dah boleh jaga diri. Ni nak jaga diri macam mana, asyik dok tergolek je...ikut suka orang buat la kat dia.Bukannya dia boleh larik nyorok selamatkan diri kemana2. Kat umah mamanya nih, dah ramai budak kecik sebenarnya termasuk la anak2 dia sendiri. Aku tak de pilihan masa tuh, terpaksa jugak la hantar baby ke situ. Anak-anaknya memang suka baby aku, tapi kadang2 buat aku risau sebab anak dia tu lasak sangat. Ikut suka dia je nak buat apa...itu depan aku dia berani..kat belakang aku wallahuallam. Aku bukan lah dalam kategori cerewet sangat pasal anak aku, tapi saper yang tak sayang anak weeiii...sebelum berlaku apa2 baik aku beringat. Kadang tuh, tak senang duduk aku kat opis dok teringatkan keselamatan anak. Bukan la aku mintak pengasuhnya dok telek dia setiap masa, at least jaga keselamatan dari dilanyak oleh anak2nya dan budak2 yang dia jaga tuh.
So, pagi tadi lepas aku hantar baby ke rumah pengasuhnya, aku saje pusing2 kereta kat taman tuh. Niat aku nak survey la kot2 ada rezeki terjumpa dengan orang yang bersedia jiwa raga dan ikhlas menjaga babyku. Kebetulan aku terserempak dengan dua orang kakak yang tengah bersembang depan rumah..so, aku memberanikan diri bertanya. Biarla aku namakan kakak2 tu Kakak B dan Kakak W. Yang nak jaganya ialah kakak B. Dia ajak aku masuk rumah, dan kami berbual hampir 2 jam lebih (sempat tuh ponteng keja..) So, kalau jadik aku hantar umah pengasuh baru bulan depan. Sedang syok dok borak, adik kat opis aku tepon kata student dok tunggu kat kelas..aikkk..dalam jadual, mana aku ada kelas pukul 10am. Terkezut aku..terkococ2 aku start keta, pecut balik ke opis. Kelas subjek semalam yang aku panjat tingkat 3 tuuu..aku tanya dia samada datang tak kelas semalam, dia kata tak datang sebab ada hal. Mmmmm...kan betul telahan aku, student tak datang. Lepas nih kelas aku dah tak buat kat tingkat 3 lagi, dah buat kat opis sebab yang daftar cuma sorang je..selamat aku!
Dah bagitau hubby tentang pengasuh baru nih, dia balik umah bincang lagi. Kali ni tak tahulah macam mana..aku selalu bernasib malang dalam kes2 penjaga baby nih. Ada yang ok, tak boleh jaga pulak sebab kurang sihat. Yang nak jaga, jaga lebih kurang je sampai aku naik risau...bertahan gak la sampai setahun lebih, sampai la aku amik abang long then pegi hantar ke TASKA. Ada tuh, cakap takde jaga saper2..tapi terserempak sekali 4 orang sebenarnya dia jaga, masuk anak dia 2 yang masih kecil dah 6...haaa...pening2 aku.
Pagi tadi pulak, kakak sms bagitau aku kena bayar pinjaman JPA dalam masa 30 hari..walhal surat tuh bertarikh 17/2. Sekarang dah bape haribulan..28/3! Kalau tak bayar, potongan 75% akan ditarik balik...haaaa..lagi pening.
Hujung bulan ni jugak, opismate aku merangkap jiran meja sebelah nak resign. Cedihnyaa...Dah kurang sorang kawan. Dia resign sebab takde orang jaga anak pegi hantar dan amik anak ke sekolah. Aku kalau pitih dah banyak, nak dok umah gak la jaga anak..masalahnya pitih dok banyok2 lagi..yang ada pun makin tipih (tipis).
Oleh kerana kepala aku dah pening, sakit dan macam2 rasa lagi. Jadi untuk release tension aku, aku balik la umah sat...jumpa 'seseorang' yang aku rindui..ohhhh..siapakah itew..wachaaa..ada laaaa...semalam tak jumpa, terkilan sungguh!
Tuesday, March 28, 2006
Monday, March 27, 2006
Gayat wooo...!!!
Kuliah aku untuk subjek kedua bermula jam 2pm. Aku bergegas ke bilik kuliah di blok A2 tingkat 3 (diulang 18x..tingkat 3 cik kak weeeiii!!!) walaupun terlewat beberapa minit. Naik semput aku rasakan setelah sekian lama bercuti panjang. Aku daripada dulu sebolehnya cuba mengelak daripada memanjat tangga ke tingkat yang tinggi2 nun di awan biru. Selain daripada boleh mengakibatkan lutut2 ku longgar dan bergoyang, aku juga merupakan spesis yang gayat jika berada di tempat yang tinggi. Rasa macam bangunan mau runtuh je...adeeeiii..pening palo den hah... badanku seolah melayang2 ditiup angin sepoi2 bahasa..(ceeewah bermadah kunun, padahal aku dah rasa nak termuntah pasal penat sangat!)
Bukan main rushing aku panjat tangga tuh, malangnya satu makhluk bernama manusia pun tarak. Adakah kesalahan aku yang telah terlewat atau memang depa tak datang. So, aku buat kesimpulan sendiri la..depa tak datang. Beberapa ketika aku tunggu kemunculan mereka, namun mereka masih belum menampakkan batang hidung dan anggota2 badan yang lain..tidak la aku rajin menunggu lama seperti bulan rindukan pungguk..oppsss..silap..pungguk rindukan bulan, lalu aku menyusuri anak tangga..balik opis la..apa kejadah aku nak tunggu kat situ lelama!
Badan aku dah rasa lain macam..seram sejuk je kaki tangan. Kepala dah penin2..aku mabuk tempat tinggi ke? (ada ke orang mabuk tempat tinggi?)..Yang nyatanya aku capek yang teramat. Lepas nih akan ku coba memujuk PP sekolah agar aku dapat kelas lain yang lebih rendah tingkatnya. Aku lebih rela menapak jauh ke blok lain daripada memanjat tangga sehingga kembang kempis idungku!! Awwww!!!!
Balik je opis, aku solat Zohor..then aku tertidur keletihan.Nampaknya malam nih aku terpaksa amik MC daripada bertugas di dapur. "Kita nak dinner kat mana malam ni bang"?
~Dah la ari ni aku tak leh tengok Ara & Christian berjumpa..tension makcik nih!

Sunday, March 26, 2006
Santai...

Cuti hujung minggu kali ni kami tak kemana2..just bersantai aje di rumah.Lagipun keadaan hubby ku yang kurang sihat..serta keadaan ekonomi yang agak gawat...jadi untuk lebih selamat, dok umah aje lah ya senah.Hujung minggu ni kami berkesempatan untuk berkemas2 apa yang patut, aku turut tolong jugak, tolong tengok aje laaahh..sebab hubbyku yang volunteer nak berkemas. Tima kasih ye bang..
Esok kuliah bermula. Bagaimana la aku nak mengajar setelah sekian lama bercuti panjang lepas melahirkan puteraku yang kedua. Yang pastinya, aku kurang bersemangat sket dengan pelajar2 dari I** ni...banyak makan hati berulam jantung. Kalau ikut pengalaman2 yang lepas la..depa ni banyak main dari belajar.Entah laa..semoga aku berada dalam golongan orang2 yang sabar.
Okeyla..takde apa cerita. Aku selitkan beberapa keping gambar terbaru babyku. Gambar kami sekeluarga tak boleh dikeluarkan atas sebab2 tertentu...sensored beb abang long!
Thursday, March 23, 2006
Apekebenda punya silibus & macam2 cerita!!!
Hangin betul aku bila dapat silibus yang ntah apa2 tu. Rasa mau ku makan2 itew punya kertas. Nasib baik aku masih waras. Aku ditugaskan untuk mengajar subjek baru. Tapi bila nengok topik2nya, mak datuk..macam orang tak sekolah yang buatnya. Tu la, lain kali jangan bodoh sombong. Pandai mandai buat tak tanya khabar orang yang arif tentang bidang ni. So, sape yang susah? Aku leerrr..sebab aku yang ngajor subjek nih..!!Aku bukan aper, nak prepare nota satu hal la..yang kesiannya student la..mesti depa bengong sebab susunan topik dan subtopiknya yang berterabur tuh. Depa tu memang dah sedia 'kureng' sket...nanti bila dapat result..apa2 hal..akuuuu gak yang kena jawab! 'Pakcik, makcik dan suku-sakat' kat depan nuu, bukan depa tau apa pun. Yang depa tau nak carik salah kami je.
Mmmmm..aku sebenarnya banyak keja kena buat nih..tapi angin rajin pulak datang nak mengupdate blog. Nak citer pasal nasib ibu bekerja sket macam aku nih. Kadang kesian anak2 yang ditinggalkan. Macam aku contohnya, abang long aku letak kat TASKA, baby aku letak kat umah orang. Hantar pukul 8am, amik dalam kol 6 petang...10 jam!!! Bila pikir2 balik, lebih lama anak aku berada ngan orang daripada bersama kami sendiri. Bila malam pulak, abang long sibuk ngan Teletubiesnya kat bilik, baby tido. Aku sibuk tunggang tebalik kat dapur..penat2 pun masak oiii..kalau asyik nak makan kat luar, tak selera tekak nih..tambah hujung2 bulan (pepaham je la). Lepas dinner, masing2 dah penat, anak2 dah tido..kami pun tido la...esok keja lagi. Baby aku biasa bangun pukul 3 setengah pagi nak minum atau membuang. Mata pun ngantuk..takkan nak main ngan anak pukul 3 pagi. Esok keja weeeiii..tak cukup tido, asyik nguap je la kat opis.
Rutin hidup aku setiap hari sebagai isteri dan ibu yang bekerja memaksa aku untuk ligat. Macam tak caya je aku tentang life aku sekarang. Pagi2 p hantar husband dan anak2 ke destinasi masing2. Abang long aku hantar ke TASKA yang berdekatan dengan tempat keja aku, then p hantar husband ke komuter yang mengambil masa lebih kurang 15-20 minit pegi balik, then pegi hantar baby ke rumah pengasuh yang mengambil masa 15-20 minit gak. Last sekali baru aku masuk opis. Petang gitu gak, amik baby, husband baru abang long. Sampai rumah belum boleh duduk2 berehat. Lepas mandi, solat maghrib, masuk opis kat rumah pulak. Ktung!Ktang!Ktung!Ktang masak. Masak ala2 koboi jeerr..Dalam masa tak sampai satu jam kadang aku boleh siapkan hidangan makan malam..kalau takde gangguan iklan dari anak2ku itew yang tolong menyibuk kat dapur! Sib baik cik abang jenis tak cerewet. Kalau banyak songeh..kena masak sendiri la. Kalau dia yang masak, usah kata aku, abang long pun tak mau makan...hehehe..hubby aku tak reti sgt masak..walaupun arwah mak dia dulu tukang masak kat rumah orang kawen. Tapi dia tau la resepi nak masak. Aku banyak tanya dan belajar dari dia tentang masak-memasak nih especially masakan favourite dia...asam pedas!!
Sekarang nih, aku tengah risau tentang kesihatan hubby. Dia telah disahkan diabetis tahun lepas. Baru2 nih dia pegi check kat klinik, bacaan naik lagi...tinggi la jugak. So, aku la yang dok jaga control makan dia..depan mata aku, boleh la aku kontrol, kat belakang aku, tak tau la dia ikut ke tak. Kadang kesian nengoknya, masa mula2 kawin dulu, gemok gak sampai seluar tak muat. Sekarang dia selalu merungut seluar dah longgar. Makan pun tak leh suka hati..kena pilih2 gak nak makan apa. Semalam dia mintak aku carikkan daun betik, nak makan buat ulam. Tapi satu pasar aku carik takde. Yang ada cuma pegaga je. Orang kata pegaga pun boleh buat ubat kencing manis. Penah aku blend pegaga+air secawan, then tapiskan bagi dia minum. terkulat2 jugak la nak habiskan 1 cawan tuh. Malam tadi menunya peria goreng sambal. Yang bagusnya hubby aku, dia boleh telan benda2 pahit macam peria, pucuk betik. Aku???..hehehe...mintak maap la..tak leh telan. Masa dalam pantang ari tu pun, cukup liat nak telan benda2 pahit nih. Mak aku buatkan air daun 'cemu'..patut 3 pagi kena minum, tapi aku cuma sekali je..hehehe...itupun tak abih..Lepas tu kena bebel laa..ha!ha!ha! padan muka aku kannnn..
Nampaknya sekarang aku kena jadik penasihat pemakanan untuk hubby (walaupun aku sendiri ntah apa2 makan...hahaha!)...tapi setakat hari ni, dengan aku sekali dah terikut2 diet dia. Pagi dia makan quaker oat, memalam kadang tak makan nasik, makan sayur atau lauk je..aku bila dia tak makan, otomatik aku takde selera gak nak makan. Sebab tuh skrg aku nampak macam slim sket..heheheh..perasan!..padahal aku sekarang tengah pakai satu produk nih. Halle nano..cukup berkesan pada yang mau turunkan berat badan dan untuk kesihatan..macam sakit tulang belakang, sakit pinggang, sakit perempuan dan macam2 lagi keistimewaannya.Ehhh..dah melalut ke iklan la pulak. Okey..aku nak sambung keja aku yang belambak nih...lain kali kiter citer lagi..

Monday, March 20, 2006
Argghhhhhh....!!!!
Sudah lama rasanya aku tidak mengupdate blogku ini. Opppsss..sudah ada tanda2 virus nak terkubur nampaknya..tapi bukan virus HFM tau..mintak jauh anak2ku.. Tapi akan kupertahankan sampai ke akhir hayat blogku ini. Tak kuasa aku nak buat blog baru walaupun rupa blogku ini tidaklah menawan sangat.
Sebenarnya last week aku bercuti panjang..setelah dipaksa oleh bosku untuk menghabiskan cuti tahun lepas yang masih ada 9 hari. Ada kee..aku baru je lepas cuti 2 bulan lebih..dia suruh aku bercuti lagi..kalau boleh pegi jalan2 cuti2 malaysia oklah jugak..ini cuti2 dok umah. Boring giler!!nasib baik ada 'sesuatu' yang boleh mengujakan aku untuk terus melepak kat rumah. Hubby ku macam biasa la..sibuk manjang..kebetulan pulak kedua2 heroku kurang sihat, selsema, batuk dan macam2 lagi la...termasuklah aku yang kena ulser mulut..perghhhh..!!.sakit tak terucap...memang tak leh cakap banyak la..Tambah bengang lagi bila ada orang yang cukup ramah ajak aku berbual2 time aku macam nih..Kita cakap sekali pun dia tak dengar..memang nak kena laaa... Untuk elak dari aku sakit nak bercakap, aku hanya mampu tersenyum sumbing je kalau orang nak beramah mesra dengan aku. Keadaan aku macam nih membuatkan aku malas nak mengupdate blog..Nikmat makan pun dah ditarik balik. Agaknya masa sihat aku bayak cakap kot. Orang kata, kalau kita banyak cakap yang sia2..byk la dosa kering yang dikumpul. Agaknya Tuhan nak selamatkan aku kot dari buat dosa kering..ngumpat ke..gosip ke..kuang!kuang!kuang! Ish..idak le kuasa aku nak jaga tepi kain orang. Tepi kain aku pun senget lagi.
Sakit ulser masih bertapak kat lidah ku membuatkan aku kelu seribu bahasa.Nak bercakap pun macam budak baru belajar bercakap. Camner nih, next week dah kena start ngajar. Takkan nak amik mc kot.Maunya 'pakcik, makcik dan suku sakat ' tuh marah kalau aku awal2 dah MC. Kat tempat keja aku nih memang susah sket kalo nak cuti time ada kuliah. Tapi aku kadang otai jugak..tak leh skema sangat.Sekali sekala kena ganaz sket.
Kepada sesape yang ada petua nak ubatkan ulser mulut, boleh la bagi kat kiter ya. Ke klinik aku dah pegi, macam2 ubat doktor tu bagi tapi tak jadik gak. Minum banyak air sampai asyik ulang alik ke toilet je. Bibir pun dah kering nih..perit. Letak garam?..hehehe..hubby ku ada soh letak garam..tak sampai ati lagi nak letak...sakit woiii..mintak2 pasni elok laa..

Subscribe to:
Posts (Atom)