Friday, January 30, 2009

Cuti-cuti lagi?

Insyaallah..kalau takde aral melintang, kami akan bercuti ke Sarawak pada pertengahan tahun ini.

Mulanya hubby berhasrat ke Bintulu, melawat UPM cawangan Bintulu, tetapi dimaklumkan oleh 'bosnya', bahawa tidak ada apa yang menarik di Bintulu, kami putuskan untuk ke Kuching sahaja.

Semoga kunjungan buat pertama kali ini menjanjikan seribu satu pengalaman dan kenangan indah walaupun terdapat 'segelintir orang sana' yang telah meninggalkan parut hitam di dalam hatiku.

Kalau ada rezeki, harap2 tu dapat berjumpa dengan bekas pelajar2ku yang kukenali sejak dari tahun 2001...rindunya pada diorang yang baik2.

Sarawak..nantikan kunjungan kitak ya'!

Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Thursday, January 22, 2009

Aku pulak yang tak boleh fokus nak buat kerja!

Geram!

Speechless!

Berita yang aku dengar di pagi hari ni amat memeranjatkan.

Cikgu Taska tempat aku hantar anak yang selama ni aku anggap macam adik sendiri sedang main cinta dengan laki orang sehingga meruntuhkan rumah tangga kawan baik aku sendiri yang juga salah sorang yang menghantar anak ke taska tuh dan kini sedang mengandung anak kedua!

Huh! memang gila la budak tu!

Tatau nak tulis apa...tengah geram!

Wednesday, January 21, 2009

Pilihanraya

1. Sekarang musim pilihanraya..bukan sahaja PRK yang telah berlangsung di Kuala Terengganu pada 17hb yang lalu, tetapi IPTA dan IPTS turut mengalami demam pilihanraya yang sama.

2. Pagi tadi aku ada terbaca dalam akhbar tentang keputusan pilihanraya kampus di UM dan UPM. Di UM kononnya pilihanrayanya dicemari dengan beberapa insiden yang kurang enak didengar, begitu juga di UPM..keputusan rasmi belum lagi diumumkan kerana mendapat bantahan daripada beberapa pihak tertentu yang tidak berpuashati dengan kiraan undian.

3. Dulu, semasa aku menjadi mahasiswa, aku juga turun mengundi. Semangat! Tapi, pernah juga aku boikot untuk tidak turun mengundi. Menyampah dengan perkara2 tertentu..suara mahasiswa terkepung dengan beberapa peraturan yang diperkenalkan oleh beberapa pihak tertentu yang tidak senang dengat kebangkitan kumpulan tertentu. Masa tu isu DSAI hangat..bukan sahaja dengan kelahiran parti pembangkang yang baru, di UPM juga wujud parti2 baru yang mengambil semangat tersebut. Dan haluannya seakan2 sama dengan haluan politik semasa. Yang memimpinnya pun anak menteri!

4. Hari ini juga merupakan pilihanraya kampus di sini. Baguslah, ada juga calon2 yang berani memperjuangkan hak mereka sebagai pelajar. Kalau pelajar tidak memperjuangkan hak pelajar, siapa lagi?

5. Cuma yang berbeza kali ini aku perhatikan, calon pelajar antarabangsa juga turut mengambil bahagian. Sakan sungguh mereka berkempen. Cuma aku tidak berkenaan dengan cara mereka yang agak agresif. Hampir2 aku dilanggar mereka!

6. Mungkinkah mereka tidak memahami budaya rakyat Malaysia yang mana cara kempen di negara kita lebih aman, lebih tenang...bukannya dengan cara berkonvoi beramai2, memandu dalam keadaan laju dan merbahaya, duduk dalam bonet kereta, kepala keluar terjulur dari tingkap, membunyikan hon dengan bertalu-talu sehingga mengganggu ketenteraman, membuang kertas manifesto merata2, terpekik terlolong, memasang lagu2 rap negara mereka, terkinja2 menari..diorang ingat dengan cara tu akan menarik perhatian pengundi ke?

7. Aku? Naik menyampah!!

Monday, January 19, 2009

Bizi

1. Walaupun study dah habis, aku masih lagi buzy..tapi kali ni buzy dengan kerja pulak.

2. Konon-kononnya banyak yang aku nak buat lepas abis master, nak berpoya2..huhuhu..setakat hari ni, takde la boleh berpoya2 sangat.

3. Semester 3 ni cukup singkat..hanya 7 minggu. Tolak cuti umum dan ter'cuti'..pejam celik pejam celik aku perlu submit question paper pada 21hb ni. Soklan dan siap, cuma skema dan endorsement dari ELC dan IV je. Walaupun subjek ni aku share dengan sorang lecturer lain, tapi nampak gayanya mcm aku je yg kena buat!

4. Minggu ni jugak student2 UTM dah mula semester. Sem ni jugak aku diamanahkan satu subjek baru..menyahut cabaran!

5. Keta masuk workshop..tatau la bila siap. Accident lagi! Nasib baik aku dah takde kelas kat UPM lagi..hubby je yang pakai keta..Aku datang opis jalan kaki je..5 minit dah sampai opis..dan aku boleh exercise!!! (huhuhu..konon2 nyer laaa...)

6. Kat rumah, aku tengah addict buat jigsaw puzzle. Luqman asyik pressure aku je suruh siapkan. Eksyen beli gambar yang susah sapa suruh! huhuhu