Monday, March 29, 2010

tag!

Saya di tag oleh en. erie lagi...

1. Who urself at home?
- isteri kepada En Mohd Zahir bin Abdul Hamid
- ibu kepada : Muhammad Emir Luqman, Muhammad Luthfil Hadi dan Wafa Aleesya

~ kadang2 akan jadi warden asrama yang garang apabila askar2 kenit tu menyepahkan rumah especially buku2 dan mainan yang diguna tetapi tak dikemaskan balik.
~ kadang2 jadi cikgu, kadang jadi ustazah pada Luqman dan Luthfil (garang tau!)
~ of course la tukang masak walaupun tak sehebat chef Wan, tapi i jugak Wan tau~
~dan tukang2 lain, except tukang rumah!

2. who urself besides a friends?
~ tu kena tanya friends!

3.5 things that you aspire but have not achieve yet.

~ nak keluar dari sini..cari port baru
~ nak g Australia, Korea, Jepun, etc..tempat2 sejuk
~ nak sambung PhD
~ nak buat bisnes
~ nak makan masakan yg hubby masak (aritu dia ckp nak belajar masak!)

4. who is your spouse's name?
Mohd Zahir bin Abdul Hamid

5. 5 things you like most about your partner?
~ he loved me very much!!
~bertanggungjawab
~ bertolak ansur
~ timbang rasa
~ boleh diajak berbincang sst isu..sekapal!

6. the date when you couple?
~ 21 August

7. the bitter memories with your EX-partner?
~memutuskan perhubungan melalui telefon, masa tu dia posting kat Miri...asyik ajak kawen jaa...tertekan den..den nak belajar lagi..muda lagi..malu la kawen awal2..kakak2 blom kawen lagi masa tu. Den baru jer masuk univ. Walaupun sayang sangat kat dia..den setia selama ni kat dia.sejak zaman sekolah form 1 lagi..tapi den ada gak dengar2 citer dia kat Miri tu dah ada orang lain..so, den tak mau dia tunggu lamo2..macam yang dia penah cakap kat den dulu..kalau bunga tu, bunga dah 'malor'..itu yg dia ibaratkan diri dia...den pulok, baru jo nak kenal dunia, masak nasik pun tak reti lagi. beza umur 7 tahun tuu..so, tu yg den bg lampu hijau kat dia suruh kawen dulu. maybe dia ingat den yang curang kat dia..tapi dia tak tau citer sebenar..masa tu Tuhan ajer yg tau betapa sakitnya perpisahan..huhuhu..

8. the theme song of your love?
~ Jangan Ada Dusta Di ANtara Kita!! waduh..romantika di amorrrr!!!

9. what changes you want to see from your EX-partner?
~ semoga dia dapat balik semenanjung.

10. tags 10 of your others friend.
????
1. Wafa Aleesya masih lagi belum sihat sepenuhnya..batuk2 dan selsema especially pagi. Tidur malam, ibu dah tak on aircond..kata doktor yang merawat Wafa, aircond kurang elok untuk kanak2 sebab paru2nya masih lagi belum 'matang'.

2. Kalau boleh, ibu mahu jaga Wafa sampai dia sihat sepenuhnya. Saat yang paling indah adalah ketika dia menyusu sambil memegang tangan atau baju ibu seperti tidak mahu melepaskan.

3. Wafa sekarang dah pandai meniarap. Alhamdulillah..Badan dia agak susut sedikit (tak susut tp timbangan tak bertambah, makin tinggi!).




(Malam tadi ibu berkunjung ke rumah seorang rakan lama dengan kakak. Dia ada 4 anak yang kesemuanya perempuan. Rumahnya terletak di tepi pantai. Semasa menunggu untuk berangkat pulang, tiba2 ibu dapati kakak telah meninggalkan ibu di rumah tersebut. Kawan ibu takde di rumah waktu itu, belum balik. Yang ada hanya isteri dia sahaja. Isteri dia menjemput ibu nak ke rumah dan menghidangkan air sambil berbual2. Salah seorang nama anaknya adalah Nora...tiba2 ibu tersedar dari tidur..mimpi rupanya. Dah Subuh!)

~ Selalunya apa yang ibu mimpi membawa maksud tersembunyi...selalunya ada hint di sebalik mimpi2 tersebut...hmmm...apa yer??

Saturday, March 27, 2010

kesihatan

Actually, banyak benda nak citer..tapi mcm biasa laa..kalau jauh dari komputer tu, idea datang mencurah2..tp kalau dah mengadap komp, tak tau dari mana nak mula..syndrome apa ek?

Okeylah..ibu mulakan dengan career fair kat kolej yang baru sahaja tamat Khamis lepas. Selama 2 hari berlangsung dari Rabu hingga Khamis. Sempat la sekali ibu bawak student dengar forum. Student ibu majoritinya international, so dengar2nya mereka ni tak berapa berpuashati sebab pendekatan yang dibawa adalah lebih kepada untuk local student. Hmmm..itu pentingnya belajar 'Komunikasi'. Speaker should know who are their audiences. They need to adopt 'audience centered-approach' by investigate their audience background first. Jika tidak, mesej yang disampaikan itu gagal mencapai matlamatnya. The audiences yang nak dengar tu mestilah nak dengar perkara2 yang related to them jer..If not, they will refused to listen. That's happened to my students too..after I passed up the attendance list, they dissappeared!

Semasa berlangsungnya carrer fair ni jugak, ada beberapa booth yang dibuka, antaranya kaunter SSH,KPJ. Melihat kepada service yang dioffered, ibu tertarik dengan pakej pemeriksaan kesihatan (BMI, blood pressure, blood glukose and blood cholesterol). Pemeriksaan mengambil masa hanya beberapa minit sahaja dan bayaran adalah RM10 (kalau kat KKM, bayar RM1 ajer..huhu). Mulanya agak cuak gak lepas amik reading weight...walaupun bacaannya still normal, tapi lebih ideal kalau dapat kurangkan 4kg! Wah! Tersentap gak rasa..huhu..lepas ni kena kurangkan makan nasi dan mee. Mana taknya, ibu selalu kantoi dengan nasi lemak makcik kat Pinggiran Bayu tu. Kalau beli nasik lemak, mesti tambah lauk rendang kerang dengan sambal sotong. Lepas ni kena pejam mata je la lalu depan gerai dia.

Bacaan untuk blood pressure pun ok (110/64mmHg), blood glukose (6.0mmol/L, masa ni blom breakfast) agak dekat dengan border line (<6.5),>

Tuesday, March 23, 2010

Sedar tak sedar, Mac bakal melabuhkan tirainya bagi tahun 2010. Seminggu lagi masuk bulan April pulak. Hmmm..cepatnya masa berlalu. Usia Wafa pun dah menjangkau 5 bulan..cepat betul anak ibu membesar.

Semalam juga merupakan hari terakhir ibu mengadakan kelas di UTM. Dan semalam juga ibu beri test 2 kepada student. Tugasan individu pun berlambak lagi belum tanda, sekarang kena marking test 2 pulak yang sebanyak 71 tu. Final paper diorang pun tak lama lagi..ibu sebolehnya try marking at least 5-10 paper sehari. Insyaallah.

Semasa dalam perjalanan balik tu, ibu tengok ada signboard besar KUL selepas tol Sg. Besi..wah2..bukan main lagi promotion nampaknya. Ye laa..semalam menteri pengajian tinggi datang merasmikan penamaan Kolej Universiti. Harap2nya semua berjalan lancar dan keadaan menjadi semakin baik.



Sunday, March 21, 2010

Kolej Universiti

Esok petang 22hb Mac, hari bersejarah kerana ada pelancaran Penamaan Kolej Universiti di sini..dah naik taraf kepada kolej universiti. Harapnya perkara2 yang 'lain2' pun naik taraf jugak la ye..

4,5 tahun dulu dah selalu dengar, tapi sekarang baru jadi kenyataan..insyaallah.

dengar2nya ada menteri datang rasmikan..tapi tak tahu saper.kita tengok ajer la esok.

tapi esok petang ibu takde..hehehe..ada kerja sket.

walau pun ibu takde, majlis masih tetap diteruskan seperti yang dirancang.