Saturday, July 31, 2010

Invitation for evaluation presentation...

Pagi ni ibu dijemput menjadi pensyarah jemputan untuk membuat penilaian ke atas presentation UEL Degree students.

Waduh....diorang ni silap orang laa..huhu..sebab apa? Bidang degree ibu adalah HRD. Of course lah i've high expectation to them to give me something that can impressed me. Tak banyak pun a little bit pun ok.

Difahamkan, students ni dikehendaki untuk membuat tugasan untuk memberi training kepada new lecturer. The method, how to deliver, how to conduct etc. Apa yang mengecewakan adalah lain yang disuruh, lain yang dibuatnya.

Itu belum lagi diambil kira penampilan yang tak sesuaiii dengan majlis. Ada ka pakai t'shirt & jeans nak present. Pleasea la weiii... preparation pun kedaung, wasting time terhegeh2 baru nak bukak slide, nak guna LCD, nak edarkan questionnaires.

Bila bukak mulut pulak, bukannya nak pandang audiens, eye contact zero. You go there and just read the text..how come?

Bila kami nak bagi feedback questionnaire pulak, soalan dan scale yang diberi tidak synchronize. tunggang terbalik, nak buat tu tak tanya lecturer ke...haiyya.. Tension beb!

Salah satu group yang langsung ibu tak paham apa yang dia sampaikan.


Yang pegang pen merah tu their lecturer, Mr Surya...dah ngamuk2 ngan student sebab kuar masuk hall menganggu presentation.


You seee...bercakap dengan diri sendiri. No eye contact, its hard to captured what she is trying to say.


"When you cannot convinced them, you confused them"..hahaha

Friday, July 30, 2010

Puasa..

Semalam ibu puasa. Puasa ganti tahun lepas yang berbelas hari tinggal. Insyaallah, semoga ibu diberi kesihatan yang baik untuk mengqhada' puasa yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Menu berbuka puasa semalam sempoi jer. Tak dan nak ke pasar beli lauk. Hubby tanya nak makan kat luar ke sebab takut ibu penat kalau nak masak. Penat tu memang penat, tapi lebih suka makan kat rumah. Lagipun malasnya nak keluar kalau dah masuk ke rumah. So, masak jer apa yang ada kat dalam peti. Rupanya masih ada beberapa ketul ikan patin ibu simpan balance tempoh hari. Tengok kat box, ada tak bunga kantan..ada! cantik!! So, ikan patin masak asam tempoyak la malam nih.

Maunyer ada orang kat K6 yang meleleh tengok ni...hehee



Feveret hubby...tauhu goreng. Kalau rajin, selalunya buat tauhu sumbat kat dia. Semalam tak sempat buat, so sumbat jer dalam mulut terus..huhu...


Sayur goreng


Thursday, July 29, 2010

Lentoks~

Last 2 days, ibu ambil EL bawak Wafa ke Hospital Serdang. Wafa ada appointement dengan doktor mengenai audio test. Kanak2 yang lahir kat HS memang wajib menjalani test tu, esp for kids yang kena jaundice masa lahir.

Malangnya, Wafa tak dapat buat test tu sebab dia ada batuk dan selsema. mm..next new date 24 August 2010.

On the way nak ke hospital Serdang

Opssss..anak ibu dah lentoks~ (aksi sebelum bertolak)

Very sleepy after took breakfast @ bubur

Lama sangat tunggu ibu siap, hehe..

'Adik dah siap belayar naik keta kebal'..

Wednesday, July 28, 2010

Ya Al-Lughatul Arabiahhh...

Mencabar sungguh menjadi ibu bapa kepada kanak2 zaman nih. Dulu2 ibu cuma berjumpa dengan bahasa Arab ketika Tingkatan 1. Itupun kat SMTM, Besut tu baru sahaja diadakan pengambilan pertama. Kiranya ibu ni product sulung la..hehehe. Kalau ada masalah, tatau nak tanya saper. Tapi masa tu ibu ada inspirasi untuk belajar bahasa Arab..konon2nya lah kan. Masa form 3 lak, ibu masuk tuisyen you. Dapat gred apa? Lupa laahh...

2 malam lepas, ibu menemankan si Luqman membuat kerja rumah. Al-Lughatul Arabiah laa..apa lagi. Jika sebelum2 ni pun, bab bahasa arab nih, hubby akan surrender bagi kat ibu setel jer. Cewah..poyo..macam la ibu terror sangat..*sigh*

Selama nih dok main teka dan teka je jawapan. Kiranya tunjuk jawapan terus kat Luqman, nak explain panjang lebor pun bukannnya den reti! So, tiba part yg buat ibu termenung. Luqman dah dok tanya ibu camner nak buat. Ibu dah hilang akal camner nak buat nih. Kalau tak tau makna, bukannya semborono boleh main letak jer jawapan. Karang tak pasal2 ibu bagi ajaran sesat kat budak lurus tuh.

So, ibu amik hp. Cuma recall dalam kepala saper la member2 ibu yang jadi cikgu bahasa Arab nih. Ibu teringat kat sorang ustaz nih. Ibu tak kenal pun, kenal melalui maya jer. Huhuhu..ibu sms dia tanya apa beza 'zhalika' ngan 'tilka'. Ishh...lambat lak reply..bz kot. (Tapi at last dia reply gak! Thanks to Ustaz Muzaha). Then, ibu try call ex ustaz kat opis ibu nih..voicemail lak. Tukar no tepon kot. Then, call kawan lama kat Langkawi, tak berangkat pulak.

Ish..Luqman dah sibuk dok tanya ibu call saper. Tak lama kemudian, ustazah tu sms ibu. Rupanya dia tak angkat sebab dia kat masjid. Dan2 jer ibu call. Then ibu cerita hajat ibu. Punya lah dia ketawa berdekah2 sebab macam tak caya jer yang ibu nih dok tengah mengajar anak buat homework bahasa arab. Kurang asam..huhuhu..pulak tuh dia cam tak caya jer si Luqman dah masuk darjah 1. Ye lah, dah dia resign dari LEG pun dah baper tahun. Takkan budak tu tak membesar. Of course la kannn...

Then, dia explain laa...'zhalika' tu untuk lelaki, 'tilka' untuk perempuan @ di sana/di sini. Eh, eh..btol ke tidak ek. huhu..belasah jer laa.

Ni baru darjah 1, nanti kalau masuk darjah 2 lagi susah woooo...mana nak carik ustaz/ustazah nak bagi tusyen bahasa arab kat Luqman. Or kalau ada buku2 atau tips yang dapat membantu ibu dalam memahami bahasa arab mudah dengan lebih baik lagi. Actually, ada jer kenalan yang fasih berbahasa arab, dan mmg bidang tu..tapi nampak gayanya macam 'susah jer' nak berkawan sekarang. Nape ek ada gak manusia macam tuh??

Monday, July 26, 2010

Picnic @ BUkit Ekspo...

Akhirnya tercapai juga impian kami untuk berpiknik beramai2 di Bukit Ekspo, UPM petang semalam. Orang agak ramai sebab kebetulan ada pertandingan memancing terbuka anjuran Kolej 16 kalau tak silap. So, sedang diorang memancing, kami dah siap mengadap nak makan.

Pepagi lagi ibu keluar ke pasar mencari ikan patin. First time nih ke pasar Beranang drive sendiri. Ibu pun dah lama tak menjejakkan kaki ke Pasar Beranang ni semenjak ada si kecik Wafa tu. Ibu ajak Luqman untuk meneman, dia pun rajin jer offer untuk bawak barang yang ibu beli.

Keluar rumah ke pasar dalam 8.10am, sejam lebih gak la dok berpusing mencari bahan2 masak. Sampai ke rumah dah pukul 9.45am. Setelkan Wafa, baru boleh masuk bersilat ke dapur.

Luthfil lak sekejap2 datang kacau ibu kat dapur.. "Jommm la ibu kita pegi picnic"...

Budak nih..Ni yang maleh bocor rahsia awal2 nih. Puas kita cakap tunggu ibu siap masak tapi tak paham2. Ibu lak masak cam kartun nak cepat siap sebab Cekna jadi join, tapinya kena keluar awal sebab cik abang dia kerja shift petang. So, by 11am, ibu dah siap masak.

Kami sampai ke UPM lebih kurang jam 12.55 tengahari. Sampai jer, hubby terus cari port nak bentang tikar dan dirikan khemah Luqman & Luthfil.

Wafa dah terlentok masa on the way ke UPM


Muka confius baru bangun tidur


Rombongan sampai...hehe..


Mak buyung..insyaallah this coming September.


Bila dah cukup korum..apa lagi...ngap jer la sebab masing2 dah kelaparan sampaikan ibu pun lupa nak snap gambar makanan.

Pencuci mulut lak buah rambutan dan manggis. Dah bertolak ke UPM baru Hubby perasan yang dia lupa nak bawak durian. Mmmm...makan jer lah apa yang ada.huhuhu..

Cekna and family berangkat balik awal, tinggallah ibu, KakTie, Naim, Erie, Luqman, Luthfil, Wafa dan Neesa kat situ. Hubby lak pergi lab jumpa supervisor dia. Orang yang datang memancing pun dah beransur pulang. Ingatkan nak lepak2, golek2 kat bawah pokok tuh sebelum balik tapinya tak kesampaian sebab hujan mula menitik turun.




Boss dah panggil daaa....

Teresek si jantung pisang from Kak Tie


Patin masak asam tempoyak & ikan masin by ibu, sambal bilis, ikan rebus by Kak Tie. Actually banyak lagi food yang dibawa, tapi ini jer yang sempat snap.

Baby kailan sos tiram by ibu

Tuan rumah


Neesa and her mom


Time ni dah licin! Tinggal kak tie sedang menikmati juadah tengahari.


Pertandingan memancing dah sampai ke penghujungnya..tengah announce pemenang


Bizi man...len kali kita wat BBQ ek!


Small tent..muat2 bontot jer..huhu


Bapak buah and anak buah


Milik siapakah kaki ini?


Peminat Hafiz AF7~(rambut je laa..)



Wafa with ibu


Abang Long yang heppi tak hengat sampai tak mau join makan


Time to go home my dear!


Insyaallah, lain hari dan masa, kita tukar menu lain pulak yer! BBQ and spaggeti. Hmmm...yummyyyyy!