Tuesday, November 15, 2011

Semoga engkau tenang di sana teman..


Allahyarhamah Kak Normah Mohd Din

Tika dan saat ini, air mataku tak dapat ditahan-tahan lagi..mengalir laju di pipi. Sesungguhnya, aku amat merindui Kak Normah. Terkilannya rasa hati kerana tak dapat berada di sisinya ketika dia memerlukan sokongan temannya ini. Malam tadi, jam 11.39pm, anaknya menghantar sms mengkhabarkan bahawa ibunya Normah Mohd Din telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 13 November 2011 jam 9.30am. Aku yang ketika itu sedang mengantuk terus segar bugar dan terkedu. Langsung tak dapat melelapkan mata sehingga jam 2 pagi. Teringat2 suaranya..teringat2 senyumnya, teringat2 titip katanya yang sentiasa positif.

Sewaktu kami sama2 bekerja di Legenda, kami banyak berkongsi cerita. Aku selalu mintak pandangannya dalam sesuatu hal kerana dia ibarat ibu bagiku. Dia pula selalu berkongsi cerita keluarganya, anak2nya,  kisah lampaunya yang ditinggalkan suami, ketabahannya mencari rezeki dan kecekalannya dalam menimba ilmu sehingga ke peringkat master di saat2 getir dia ditinggalkan sang suami. Aku begitu mengkaguminya kerana ketabahannya bangkit daripada kegagalan, kesedihan dan keperitan. Di saat dia dikhabarkan mengidap kanser pangkal rahim tahap 4, aku sangat terkejut. Tak putus-putus ujian Allah buatnya. Allah sangat menyayanginya. Kak Normah sering mengajak aku ke hospital menemaninya tatkala dia perlu menjalani ujian darah. Yang paling aku kagum ialah..setiap kali dia menjalani kimoterapi, dia tidak mengambil masa yang lama untuk kembali ke pejabat. Sepatutnya dia boleh cuti sakit sehingga ke rawatan yang seterusnya, tapi memandangkan dia perlu mencari rezeki, dia perlu kuat..dan alhamdulillah Allah bantu dia melalui saat2 getir itu. Dia takde muntah2 atau loya sepanjang menjalani rawatan kimoterapi.

Aku ada menghubunginya 27hb Oktober yang lepas, tapi tak dapat. Entah mengapa tiba2 fikiran ku teringat untuk menghubunginya bertanyakan khabar berita. Selalunya kami ber sms, aku pula kadang-kadang sibuk tak sempat nak melayaninya berbual. Kalau dulu dia sering menghubungiku meluahkan perasaannya, tension tentang kerja, perihal sakitnya...tapi kini kenangan hanya tinggal kenangan.

Semoga Arwah Kak Normah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin.

Monday, November 14, 2011

Warisan (Sudirman)


Jumaat malam (11.11.11) yang lepas, kami menghadiri majlis penyampaian hadiah di sekolah PASTI Luthfil Hadi. Malam tu dia terpilih membaca Al-Quran surah Al-Baqarah. Alhamdulillah, lancar dia baca. Masa kat rumah tu dia dah pesan kat ibu, "nanti ibu ngan ayah nyorok yer, nanti saya malu..abg long pun jangan gelakkan saya yer..". Risau gak kami kot sejarah 'senyap' berulang..hehe. Muallimah cakap, Luthfil dah sampai ke tahap 6..dah takde masalah mengnal huruf dan bacaan pun lancar.

Malam tu dia dapat hadiah Quran besar, bukan main happy lagi.

Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh dan tahfiz al quran.

Lagu ni pulak dia nyanyikan semasa persembahan. Terharu ibu tengok dia dan kawan2 dia nyanyi sambil berganding bahu. Tak sedar air mata mengalir..

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Tuesday, November 01, 2011

Cuti Hujung minggu 2

Petang Selasa sehari sebelum Deepavali, kami ke Royale Chulan lagi. Mencabar jugak drive dengan hanya ditemani 3 budak kenit tu. Nasib baik cik Wafa tak meragam sangat. Ibu dah siapkan umpan air yogurt supaya dia tak kacau ibu semasa memandu.

Lepas singgah solat maghrib kat office, ibu teruskan perjalanan menuju ke KL dalam hujan yang amat lebat selebat2nya. Hubby dah beberapa kali call suruh cepat sampai sebab nak pergi dinner sesama committe yang lain.

Alhamdulillah, tepat jam 8pm kami selamat sampai.

Lepas makan, terus balik bilik hotel sebab tak boleh nak jenjalan sangat..hujann daaaaa....

 Kecoh kat lobby dengan keletah budak 2 orang nih


 Teman baik dan teman gaduh


 Lepas makan..tak jadi nak round tengok panorama KL waktu malam..hujan daaaa..


 Pantang jumpa tempat lapang, main kejar-kejar


 Waterfall cantik, tapi sayang takde ikan.


 Best friend forever!


 Permata hati ibu


 Melayan karenah Wafa yang takut bunyi waterfall


 Posing dik!


 Nak panjat pokok!


 Smile!


Yezzaaaaaa!!

Monday, October 24, 2011

Cuti hujung minggu..

Hari ini ibu tersangatlah mengantuk dan tak bermaya sebab malam tadi tidur lewat hampir pukul 1am melayan si kecik yang segar bugar tak mau tidur @ kelaparan. Actually ibu and family menginap di The Royale Chulan Hotel selama 2 hari since Sabtu lagi. Suppose sampai hari Rabu, tapi memandangkan hari ini adalah hari terakhir ibu kena key in markah final exam, maka terpaksalah menggagahkan diri drive balik sebelum subuh tadi. Hubby hanya iring sehingga sebelum terowong SMART sahaja sebab pagi ini simposium yang dihandlenya bermula. Lepas hantar budak berdua ke sekolah, ibu bergegas ke office pulak.

 Hotel Royale Chulan, KL


 Besar jugak hotel ni. Hotel 6 bintang milik Ministry of Defence.


 Wafa yang semakin petah bercakap walaupun kadang ibu tak paham pun apa yang dia cakap..tapi layannn je lah..iya kan ajer:)

Mau diriba pulak, tak mau duduk atas baby seat.


 Fish and chip. Harga RM32. Tak habis makan pun, tak larat nak habiskan. Luqman cuma makan kentang goreng jer..ikan yang besar gedabak tak djamah pun.

 Kuew Teow Kerang Penang. Harga RM28.


 Nasi goreng Warisan. Harga RM32. Ada seketul drumstik, hirisan isi ayam, udang 2 ekor, telur mata, carrot, timun dan tomato serta sambal belacan. Kalau 4 bintang, den bg 2 bintang jer:(
Luthfil order mee goreng mamak, RM28. Gambar lupa nak snap.

 Sebelum order sampai, kami dijamu dengan roti dan vegetarian sup.


 
Decoration sempena Depavali, sangat cantik..kesian beras tu..

Thursday, October 20, 2011

HAPPY BIRTHDAY WAFA ALEESYA. She's turn 2 yo!


Semoga jadi anak yang solehah, cerdik, sihat, pintar dan menggembirakan ibu, ayah, Abang Long dan Abang Ngah. We love you so muchhhhh!!!

20.10. 2009 detik bermakna bagi kami sekeluarga. Kehadirannya dinanti2kan oleh kami. Maklumlah dah dapat 2 hero, so nak jugak merasa menimang puteri pulak. Walaupun pada mulanya kami tak tahu jantina sehinggalah hari kelahirannya, tapi jauh di sudut hati ibu kuat mengatakan anak yang lahir kali ini adalah girl. Keinginan yang membuak2 tu sampaikan masa shopping barang keperluan pun, ibu gamble rembat baju ropol2 dan bunga2..hehehe..

Bersalinkan Wafa cukup mudah. In fact, hari terakhir check-up kat Hospital Serdang tu pun jalan dah buka 5cm tanpa ibu sedar. Wah! terkujat ai. Doktor terus suruh masuk wad get ready. Ibu merayu untuk masuk keesokkan harinya sebab Abang Long ada final exam dan ada kerja office kena hand over pada rakan2 yang sepatutnya. Malangnya tak dapat kebenaran doktor.

Sempat bermalam satu hari, keesokkan paginya jalan dah bukak 8cm..anehnya tak rasa sakit langsung. Sebelum tu ibu dimaklumkan ibu kena induce. Alhamdulillah tak kena. Takut wooo kalau induce..sepatutnya ikut giliran masuk LR tapi dek kerana situasi ibu yang tercepat, terus potong que.

Ibu hanya ditemani hubby. Nurse hanya jenguk sekali sekala jer sebab sibuk dengan patient lain. 3 kali push, maka selamatlah lahir kedunia puteri permata hati kami ke dunia disambut syukur kehadrat Illahi. Kali ini hubby betul2 menghayati detik kelahiran...huhu. Satu keajaiban katanya. Masa Abang Long dulu tak dapat tengok sebab Ceaser, masa Abang Ngah tak sempat nak perhati sebab tergamam tengok kepala dan badan baby yang menggerutu dan kebiruan sampai hubby terpinga-pinga..hahaha.

Kini, usia Wafa dan 2 tahun. Dia dah mula pandai bercakap. Dah banyak vocab yang dia tahu. Cuma nak dengar dia sebut 'ibu' tu jarang la..banyak nyer 'ma' jer. Kalau kami siap makan dan nak kemas, dialah orang yang paling rajin nak menolong..angkat senduklah, angkat gelas lah, angkat pinggan lah..huhu..harap2 dah besar nanti rajin la jugak menolong ibu dan ayah.

Abang Ngah cukup suka menyakat Wafa. Suka benar dia kalau Wafa jerit marah sebab ambil bantal, bear dan barang2 yang dia rasa dia punya. hehe.. Ada satu kali tu dia ngan abang ngah minum air yogurt. Dia minum cepat, bila dah habis dia mintak air yogurt abang ngah pulak. Yang kawan tu minum jimat2 jer. Last2 kena bagi kat adik..hehe. Dalam marah2 pun hulur jugak kat adiknya.

Ibu dan ayah doakan anak2 ibu selamat dunia dan akhirat dan menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah dan taat kepada ibu dan ayah. Kami sayang WAFA ALEESYA. You're my soul, my everything!