Friday, March 02, 2012

Gaya tidur WA versi terbaru

Setiap malam sebelum tidur, Wafa akan mintak ibu dodoikan dia dengan lagu Tepuk Amai-amai. Kadang-kadang sampai penat ibu nyanyi tapi masih tak tidur2 jugak dia..huhu. Akhirnya ibu mendapat satu idea untuk merakamkan dalam handphone agar dia boleh dengar bila-bila sahaja yang dia hendak. Sekarang ni dia pun dah lancar menyanyikan lagu TAA ni.

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk biar pandai
Malam karang ibu upah susu


Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Cik Wafa jangan nangis
Ibu nak buat kerja


Gaya tidur terbaru..lena sungguh.


Thursday, March 01, 2012

Mari belajar membuat Kimchi!

Penangan melihat drama Korea membuatkan ibu tertarik dengan satu makanan yang sangat terkenal di kalangan rakyat Korea iaitu Kimchi. Daripada kajian menunjukkan Kimchi merupakan makanan terbaik dunia kerana mempunyai pelbagai khasiat. Tidak hairanlah rakyat Korea memiliki tubuh dan fizikal yang sihat. Jarang ibu lihat orang Korea memiliki berat badan yang berlebihan. Salah satu lagi amalan orang Korea adalah pemakanan ginseng dan Korea merupakan pengeluar ginseng terbaik dunia.

Sebelum ni ibu dah pernah buat Kimchi selepas mencuba kali pertama di tempat kerja lama. Ex-offcemate memang peminat fanatik pelakon/penyanyi Korea. So, masa tu ibu just try and error je lah, main hentam ja buat. Rasanya agak pelik sebab tak tahu resepi sebenar.

Kali ini ibu berjaya mendapatkan resepi daripada bekas anak murid ibu yang selalu buat kimchi. Dia belajar buat kimchi dari sepupunya yang pernah belajar di Korea. So, rasa confident la sikit..hehehe.

Petang semalam kebetulannya hubby ajak balik awal sebab dia kurang sihat. So, kami singgah di pasar untuk beli peria. Apa lagi, ibu pun mengambil kesempatan mencari bahan-bahan untuk menyediakan kimchi. Tapi tak semua bahan ibu berjaya dapat. Jadinya, ibu guna sahaja bahan-bahan yang terdapat di dapur. Flexible ingredients giteww..

Malamnya, sambil memarking paper ibu sempat menyediakan kimchi.

Bahan-bahannya:

2 biji sawi panjang
2 biji cili besar merah (boleh jugak kalau nak guna cili kering) - blend
1 labu kecil bawang putih - blend
Halia muda sebesar ibu kaki (lupa lak nak ukur- main agak2 jer) - blend
4-5 tangkai daun bawang - potong
1 biji lobak merah (saiz kecil) - sagat/hiris kecil
1 biji lobak putih
Sos ikan (ibu guna hilal)
Garam dan sedikit gula (ibu dah tak letak garam sebab dah masin)

Cara buat:

1. Basuh sawi, belah 4 atau selai2
2. Lumur garam @ rendam jer dengan garam yang banyak.
3. Bila dah layu, basuh bersih2 dan toskan.
4. Lumurkan dengan bahan2 yang diblend.
5. Masukkan daun bawang dan lobak.
6. Last sekali kacau dan perap dalam tupperware bertutup seeloknya kedap udara.

Rendam sawi dengan air garam


Bahan2 kimchi yang lain

Blend bawang putih, halia dan cili merah


Basuh dan toskan


Potong daun bawang


Lumurkan dengan bahan blend

Taburkan daun bawang dan lobak merah secara berselang


Sedia untuk diperap, masukkan dalam peti


Rupa kimchi yang diperap semalaman


Tuesday, February 28, 2012

Breakfast ~ selera Kelantan

Breakfast semalam 27/2 2012 - laksam - buat sendiri.

Breakfast hari ini 28/2/2012 - Nasi kerabu Nilai 3/Bukit Mahkota - beli, RM4.30.

Kerapu 3 rasa & Tauhu sumbat

Badan sangat tak larat, tapi tetap berhati waja nak masak jugak semalam. Kami keluar ke pasar dah agak lewat, lepas ke pasar basah, ibu dan hubby terus ke Pasaraya Zemart di Mantin untuk beli pampers dan barang2 dapur. Balik ke rumah dah pukul 12 lebih, terus bersilat masuk ke dapur menyediakan makan tengahari. 
Merapu Kerapu 3 rasa
  RESEPI KERAPU 3 RASA:

2 ekor ikan kerapu sederhana besar
2 labu bawang besar - blend
2 ulas bawang putih -blend
1 inci halia -blend
4 sudu cili boh/kering - (boleh guna cili besar merah jugak+cili api)
1 batang serai (jika suka-tak letak pun takpe)
Sos cili
Sos tomato
Nenas yang dipotong kiub (beli yang dalam tin pun boleh)
2 biji tomato
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Ikan yang sudah dibersihkan, dikelar dan dilumur garam & kunyit kemudian goreng (deep fry) - boleh lumur dengan tepung jagung kalau suka untuk rasa yang lebih rangup.
2. Tumis bahan2 yang diblend sehingga garing dan naik bau
3. Masukkan cili kering/boh dan kacau sehingga betul2 masak.
4. Masukkan sedikit gula, diikuti air asam jawa yang dilarutkan dalam air
5. Masukkan sos cili, tomato
6. Masukkan tomato yang dipotong 6
7. Masukkan garam
8. Apabila dah siap, tuangkan diatas ikan dan sedia untuk dihidang dan dingap!


TAUHU SUMBAT


Tauhu sumbat
 Nama ajer kawen ngan orang separa Jawa, tapi ibu bukan penggemar tauhu apatah lagi al tempe. Makanan/minuman yang berasakan kacang soya yang boleh masuk tekak ni hanyalah air tauhu dan isi tauhu (tau fu fa). Dulu tak suka jugak air soya, tapi memikirkan khasiatnya yang dikatakan elok untuk ibu2 mengandung, maka dipujuk tekak ni untuk menerimanya.

Sejarah bagaimana bermulanya kes tak suka sangat dengan en tauhu ni adalah sejak dari MRSM lagi. Tahu2 sahajalah, menjadi budak MARA ibarat heaven sangat la kalau cerita bab2 makan nih. Sangat mewah okey, 6 kali makan sehari maaaa...dah kira macam melantak jugak lah, nasib baik ai slim melim dulu..dulu laa..kehkehkeh.

Walaupun makan di asrama ketika itu sangat la sedap (sedap la jugak compare ngan sekolah harian biasa), tapi tiap kali melihat si encik tauhu ni dalam masakan, tekak akak nih rasa seloya semacam. apa taknya, rupa bentuk tauhu tu seakan2 selipar jepun je ibu tengok. Tak tahu lah tang mana yang seliparnya, tapi itulah yang terlekat di dalam kepala otak ni sehinggalah sekarang.

Hubby pulak memang suka sangat dengan tauhu sumbat. kadang2 dia beli, memang dia sorang je lah yang ngap dan ibu tak heran pun. Tup2 kali ini, ibu menjadi tersangatlah obses dengan tauhu sumbat. Kalau seketul tu tak cukup la, kalau beli seketul (separuh) dah 50 sen. hehehe..berkira tuh. Bukan susah pun nak buat dan bukan mahal pun tauhu tu. Kalau kat pasar baru 40 sen sebiji yang bersaiz besar, dipotong penjuru dah dapat 2 ketul, so ibu lebih puas hati kalau dapat buat sendiri..ha, ko sumbatlah sebanyak mana sayur mayur kat dalam tauhu tu, then sumbatlah banyak2 ke dalam mulut. Puas hati kan!

Kalau nak makan tauhu sumbat ni dengan sos cili biasa pun boleh gak. Tapi ibu suka buat sendiri. Dan pencicah ni juga boleh dimakan dengan keropok.

RESEPI TAUHU SUMBAT:

Tauhu - basuh, goreng sampai kekuningan, potong pepenjuru dan belah tengah
Untuk sayur - tauge, carrot dan timun yang disagat/potong halus ikut suka hati asalkan dapat sumbat dalam tauhu tu. Tauge tu takyah la nak disagat cik kak oi.


SOS PENCICAH (sesuai untuk semua jenis makanan laut, keropok, cokodok dll)

Segenggam cili kering - buang biji dan blend.
3 ulas bawang putih yang di ketuk
3 cawan air asam jawa (2 sudu besar asam jawa)
2 @ 3 keping manisan/ gula merah
Garam dan sedikit serbuk perasa

Masukkan ke dalam periuk.
Guna api perlahan, masak sampai mendidih dan menjadi 1/2
Masukkan 1 sudu sos cili untuk lebih pekat

Monday, February 27, 2012

Laksam Kelantan ~ the weekend project!

Kukus guna tapak loyang kek


Hasil yang diperolehi

Cadangan untuk hiasan:)


Selamat menjamu selera!


Yeahhhhh...akhirnya projek membuat laksam terlaksana jua akhirnya. Walaupun sekotak paper exam pelajar berjumlah 100 lebih skrip yang masih belum habis dimarking, namun semangat nak memasak tu membuak2 datang, so adalah lebih elok kiranya melepaskan gian nak masak dulu..hehehe..statement tak sedar diri sungguh. Thanks to Sis Yah yang tak jemu menjadi tok guru jarak jauhku.

Ingin ku khabarkan bahawa, inilah kali pertama aku membuat laksam. Laksam dalam erti kata yang sebenar! Sebelum ni memang dah pernah buat kuah putih tu, tapi dimakan dengan laksa. Itu tak kira kan? So, kali ini aku try buat sendiri walaupun dalam hati was2 jugak samada menjadi ke tidak. Tambahan pulak kelengkapan takde. Kelengkapan yang tak ada tu adalah tudung periuk untuk mengukus laksam. semua periuk kat rumah jenis kaca atau yang jenis ada tangkai, so memang out la kalau nak buat tempat isi acuan tu.

So, apa yang ibu buat adalah dengan menggunakan loyang untuk buat kek, tak kisahlah jd macam mana, asalkan boleh gulung dan acuannya menjadi. Oleh kerana hanya ada satu sahaja yang boleh muat pengukus, ibu guna loyang kek yang ada design tu. Hasilnya laksam ibu ada corak2 berlekuk2.

Akhirnya ibu berjaya menghasilkan 9 batang laksam hasil daripada 3 cawan tepung beras. Puas makan no!

Berikut ialah resepi dan cara macammana nak buat laksam untuk dikongsi bersama.

Selamat mencuba!

LAKSAM:

1 cawan tepung beras (so, kalau 3 cawan tepung, 6 cawan air suam)
2 cawan air suam
Sedikit tepung gandum dan tepung jagung (anggaran 1 sudu)

Cara buat:
Bancuh dalam bekas dan kacau sehingga semuanya larut. Untuk setiap kali kukus, cedokkan lebih kurang 6 senduk yang bersaiz kecil (asalkan melitupi semua permukaan). Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
KUAH:

10 ekor ikan selayang/sardin - rebus dengan garam dan asam keping
Sebiji kelapa (ambil santan dalam 4 gelas kot- main agak2 jer)
1 labu bawang merah besar
1 inci halia
Serbuk lada hitam
1@2 keping asam keping

Cara buat:

Rebus ikan, asingkan tulang
Blend dengan bawang dan halia
Masukkan dalam periuk semua bahan yang diblend tadi, masukkan santan, asam keping, garam dan secubit gula serta asam keping serta lada hitam.
Guna api perlahan dan sentiasa kacau untuk elakkan kuah berketul.

ULAM:

Tauge - buang ekor
Daun kesum - hiris
Bunga kantan - hiris
Kacang panjang - hiris
Kubis/salad -hiris
Timun - hiris

Sambal:

Blend cili kering yang diletakkan sedikit air dan garam