Saturday, April 07, 2012

Berdikari

Genap seminggu Luqman dan Luthfil pulang terus ke rumah sebaik sahaja habis waktu persekolahan. Sebelum ini mereka berdua akan ke rumah pengasuh yang tinggal di lorong sebelah.

Mulanya risau juga, tapi untuk seminggu ini kami memberi peluang melihat progress mereka. Actually, tempoh mereka tinggal di rumah pengasuh sekejap sahaja. Hari Isnin dan Selasa, Luqman tak balik waktu tengahari, terus tinggal di sekolah menanti waktu sekolah petang dari pukul 2.30pm sehingga 5.30pm. Tunggu van jemput dan hantar ke rumah pengasuh..kadang2 pukul 6.15 baru sampai. Hari Rabu juga dia tak balik sebab ada aktiviti kokurikulum sehingga pukul 4.00pm. Hari Khamis balik untuk makan dan mandi, kemudian terus ke kelas agama. Cuma hari Jumaat aje lah agak panjang sedikit temph mereka berada di rumah pengasuh.

Luthfil pulak balik tengahari setiap hari, tapi agak kelam kabut. Kadang2 nak makan pun tak sempat sebab van sekolah jemput agak awal tapi hantar agak lewat. Sebab itulah kami memutuskan untuk memberi keizinan kepada mereka berdua untuk terus pulang ke rumah.

Sebelum beri keizinan tu, banyak lah pesanan dan nasihat yang perlu dipatuhi. Maklumlah, bukan senang dan agak merisaukan jugak sebenarnya. Yang buat kami lega sedikit sebab ada jiran sebelah rumah yang boleh tengok2kan mereka. Hubby pun sudah sediakan telefon supaya senang kami nak hubungi.

Rutin mereka setiap hari, sebaik sahaja pulang dari kelas agama, perkara pertama yang perlu dibuat ialah kunci pagar dan terus masuk ke rumah, kemudian salin baju, mandi, (dah solat Asar kat sekolah), makan nasi, rehat sekejap dan terus siapkan kerja sekolah sementara menunggu ibu dan ayah pulang.

Kalau diorang kat rumah pengasuh agak sukar nak siapkan kerja sekolah atau buat latihan sebab banyak gangguan. So, tinggal di rumah mereka lebih rilek dan dapat makan malam awal, tidur pun lebih awal.

Cuma ibu je lah kena extra work hard bangun pagi2 menyiapkan sarapan, bekalan dan lauk untuk mereka bila pulang dari sekolah. Demi anak2...

Memang agak memenatkan tambahan pula semester ini ibu ada 4 hari iaitu Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat yang mana mula kelas pukul 8am. So, lepas hantar diorang pergi sekolah, terus bergegas ke ofis. Bayangkan lah dari Mantin ke Kajang/Serdang berapa jauh. Kalau takde kelas, ibu boleh masuk office lewat sedikit.

Luqman (Abang Long) dan Luthfil (Abang ngah)
Semoga pengorbanan ini berbaloi demi keluarga tersayang..dan semoga Allah permudahkan segala urusan dan beri ibu kesihatan yang baik.

No comments: