Jeng!Jeng!Jeng!
Diam tak diam usia perkahwinan kami sudah menjangkau 1 dekad = 10 tahun!
Semalam ibu cuti sehari sebab ada appoinment di Hospital Serdang. Habis urusan tepat jam 1.30pm. So, lepas hubby jemput ibu di hospital, kami terus ke Mines. Planningnya nak sambut pra-anniversary berdua-duaan..hehehe. Tak sedar diri tu walau dah tak larat jalan. Tapi gagahkan juga sebab memikirkan anniversary istimewa tahun ini.
Semasa hubby di pejabat, ibu pesan kat hubby suruh dia google booking tiket wayang citer Avengers yang hubby nak tengok. Nasib baik ada tayangan jam 3.30pm. Sangat ketinggalan kami kan! Dah sebulan lebih cerita ni ditayangkan, baru kali ni kami berpeluang nak tengok. hehehe..
Lepas mengisi perut dan solat zohor..kami bergegas ke tingkat 3. Hubby pilih couple seat, paling belakang! Special gitew! Yang kelakarnya, kami orang yang paling awal masuk panggung tu..ingatkan kami je penontonnya. Yelah..selalunya kami masuk bila wayang dah mula. Lepas 2,3 minit kami duduk, barulah ada penonton lain yang masuk..rupanya kami bukanlah orang yang terakhir menonton Avengers..hahaha:P
Best jugak citer tu, tak terasa boringnya. Alhamdulillah dapat meluangkan masa bersama-sama walaupun sambutan tak seberapa. (Actually esok 26 Mei tarikh kami kahwin) Ibu cakap kat hubby, hadiah anniversary kali ini sangat bermakna, sangat besar sampai tak larat nak bawa..hadiah dah ada cuma belum tiba masa dia nak tonjolkan diri, tunggu bulan depan..hehehe.
Tempoh 10 tahun usia perkahwinan ~ 4 (insyaallah) permata hati kami...itulah hadiah paling bermakna!!
No comments:
Post a Comment