Doktor yang memeriksa ibu bernama Dr Fadzilah, baik je orangnya. Menurut doktor ibu perlu banyak berehat dan kena kurangkan bergerak. So, dia bagi MC 2 hari. Semalam memang takde kelas, no problem lah, tapi hari ini ibu ada 2 kelas. Pagi2 lagi jam 6.30am ibu dah mula SMS pada student2 sebab kelas bermula jam 8am. Kesian juga pada mereka. Harap2 esok pagi ibu dah semakin okey.
Malam tadi tidur ibu tak berapa lena sebab sakit tekak yang teramat. Rasa macam ada duri je kat kerongkong sampaikan nak menelan air liur pun payah. Oleh kerana tak tahan sakit, hubby suruh ibu telan panadol barulah ibu dapat tidur.
Harapnya esok pagi ibu dapat ke office dan kembali sihat.
No comments:
Post a Comment