Sunday, May 27, 2012

Kek Velvet Pelangi

Petang tadi dengan semangat berkobar2 ibu membuat kek velvet pelangi untuk dibawa ke rumah adik di Shah Alam sempena kedatangan keluarga dari kampung.

Kali ini kek lain dari kebiasaan yang ibu buat. Dah selalu sangat buat kek coklat, so nak try buat kek velvet pelangi pulak. Dengan gigihnya menggoogle cari resepi dalam internet.

Dengan skemanya mengikut arahan resepi yang didapati dari laman web myresepi. Tapi hasilnya kurang memuaskan. Nak ambil gambar pun takde mood.Huhuhu..hubby cakap rasanya dah okey, gebu dan tak manis sangat, tapi rupa paras yang sebiji tu kurang mengancam. Cepat2 ibu potong empat segi dan masukkan dalam bekas. Nasib baik anak2 suka makan, diorang teruja kot tengok colourful.

Nampaknya kena try resepi lain pulak. Nak try sehingga menjadi:P






No comments: