Time tulis entry ni ibu sedang melanding2 atas katil. Bukan bermalasan wehh tapi bersakit-sakitan.
Baru semalam keluar hospital dan dapat MC sehingga hari Ahad ini. Mula masuk wad hari Isnin lepas akibat terjatuh summersault cantik terbaik punya macam nangka busuk jatuh berdebab atas simen time nak ke kereta keluar pergi kerja. Rasa serba salah pulak nak bagitau bos yang ibu MC Isnin tu sebab takut dikata excuse kerja sebab selasa tu public holiday. Tapi nak buat macammana bukannya kita mintak nak jatuh. Sakit pulak tu sampai takleh nak berjalan. Kalau orang biasa jatuh pun dah sakit, inikan pulak ibu yg dalam kondisi 'luar biasa' bertambah2 lagi sakitnya.
Alkisahnya pagi Isnin tu lebih kurang pukul 7.10am..
Pagi2 keluar rumah nak pergi kerja biasanya bersama2 dengan budak2 tu yang nak ke sekolah. So, masa budak berdua tu tengah dok pakai kasut, ibu angkat ler beg sekolah, tumbler hubby dan bekal nasi nak bawak masuk kereta. Masa tu hubby dah ada kat dalam kereta sebab nak undurkan kereta. Tetiba 'gedebuk' ibu terjatuh dengan keadaan kaki kiri ke depan, kaki kanan terlipat ke belakang. Terduduk dengan punggung kiri dan sempat menahan dengan tangan kiri. Hubby terus meluru peluk ibu. Ibu dah tergamam sambil bertanya kat hubby..'kenapa sayang jatuh??rasanya sayang tak nampak pun ada air'. Ya..memang takde lopak air, yang ada masa tu adalah air yang tertumpah dari tumbler yang terlepas dari tangan masa jatuh tu. Hubby cakap 'sayang jatuh sebab terpijak hanger baju'. Ibu dah cuak masa tu..terus raba bahagian punggung kot2 ada cecair merah..maklumlah kandungan dah masuk 7 bulan lebih. Alhamdulillah takde apa2...tapi muka hubby dah cuak giler tengok ibu masa tu.
Time nak angkat ibu berdiri, ibu tak boleh nak gerakkan kaki. Anak2 masa tu terdiam semua. Lalu ibu suggestkan pada hubby supaya setlekan anak2 dulu..hantar Luqman dan Luthfil ke sekolah memandangkan waktu persekolahan semakin hampir. Hubby mendudukkan ibu kat atas kerusi kecil di hadapan rumah.
Masa ketiadaab hubby tu, ibu try jugak bangun untuk berdiri namun gagal disebabkan sakit yang amat sangat di bahagian ari2. Lebih kurang 20 minit, hubby pun sampai.
Jarak pintu kereta dari tempat ibu duduk tu hanyalah lebih kurang 2,3 langkah. Tetapi ibu tak mampu nak melangkah. Jiran depan dah pelik agaknya tengok kami berpeluk2 kat depan rumah.padahal hubby tengah berusaha memapah ibu masuk ke kereta untuk ke klinik. Bila hubby cakap kat jiran yang ibu jatuh, terkocoh2 mereka datang membantu. Sudahnya ibu terpaksa diusung masuk ke kereta.
Tiba di klinik Mantin, ibu dirujuk kepada doktor. (mulanya nak ke Hospital Serdang dan masuk office, tapi bila fikir balik yang ibu tak boleh nak berjalan kalau nak ke toilet, kami patah balik ke Mantin). Ibu kemudiannya di scan untuk melihat keadaan baby. Alhamdulillah, tidak ada bleeding dan kandungan masih bergerak dan jantung masih berdegup. Doktor menyarankan ibu ke hospital untuk tindakan lanjut.
Tiba di Hospital Serdang bahagian kecemasan, ibu diperiksa dan di scan sekali lagi. Doktor yang merawat memutuskan untuk menahan ibu di wad. Oleh kerana X-ray tidak dapat dilakukan, so doktor hanya boleh memantau keadaan ibu sahaja.
Dari Isnin hingga Rabu ibu di tahan di wad 5E. Nasib baik jugak dapat katil yang berhampiran dengan toilet. Hari pertama ibu masih tidak boleh berjalan. Hanya mampu duduk, baring dan berdiri tetapi nak melangkah kaki tu tersa amat sakit dan berat. Solat sambil baring/duduk di katil.
Hari kedua ibu gagahkan diri untuk berjalan. Alhamdulillah, boleh berjalan mengesot perlahan2. Jarak dari katil ke toilet hanyalah 2,3 langkah, tetapi ibu terpaksa mengambil masa sehingga 10 minit untuk sampai ke pintu...siksa sungguh:(
Kesian anak2 di rumah. Nasib baik ada adik yang boleh tengok2kan mereka ketika ibu dalam keadaan macam ni. Kalau tak susah jugak kami. Bila ibu sakit macam ni, kerja hubby pun tergendala walhal dia sedang amat sibuk dengan kerja2 lab. Apa nak buat...
2 Mei semalam adalah hari lahir Luqman yang ke 9. Alhamdulillah ibu dapat keluar wad setelah memujuk doktor yang datang melawat waktu petang. Kesian juga pada anak2 3 hari tak jumpa. Janji dengan Luqman ibu nak buat kan kek coklat sempena hari jadi dia..tapi nampak gayanya beli ajelah. Nak tunggu hujung minggu pun belum tentu ibu sihat betul. Berjalan pun masih perlahan dan macam robot jer.
Pagi tadi tukang urut datang mengurut ibu. Makin rasa sakit kat bahagian bawah perut dan urat2 rasa tegang. Mungkin kesan dari urutan tu. Esok ibu akan diurut sekali lagi.
Harapnya lepas ini ibu akan kembali sembuh dan dapat berjalan seperti biasa memandangkan peperiksaan akhir pelajar ibu akan bermula pada hujung bulan ini.
Gambar kek Luqman yang dicilok dari fb Wan Mohd ZulQhairi. Ini aje yang mampu disediakan..aktiviti makan2 kita buat lepas ibu sembuh yer! |
No comments:
Post a Comment