Monday, May 07, 2012

Sudah masuk kerja~

Alhamdulillah...

Syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi berpeluang menghirup udara di muka bumi ini.

Isnin, 7hb Mei, setelah seminggu bercuti-cutian ibu kembali masuk kerja walaupun hakikatnya masih belum baik sepenuhnya.

Oleh kerana kuliah masih berbaki 2 minggu sebelum peperiksaan akhir, silibus pun masih ada lagi yang belum habis, ibu gagahkan jugak kaki ini melangkah masuk kelas walaupun terpaksa berjalan terkedek2 dan sangat memenatkan. Bayangkan jarak dari office ke kelas yang kebiasaanya memakan masa tak sampai 5 minit, tapi sekarang memakan masa hampir setengah jam. Berjalan 2,3 langkah kena berhenti dan terpaksa mencari dinding atau tiang untuk berpegang.

Sepanjang perjalanan yang menyiksakan, banyak mata yang memandang. Ada yang kehairanan, ada yang bersimpati, ada yang bertanya 'are you okey?' dan tak kurang juga yang menghulurkan bantuan. Terharu sungguh melihat kesudian pelajar2 yang ringan tulang membantu ibu walaupun ibu tidak pernah mengenali mereka. Anehnya, kebanyakan yang menyapa adalah mereka yang tidak ibu kenali/rapat sangat..tetapi yang dalam kategori kawan langsung takde tanya khabar berita. Ibu beranggapan mereka tidak tahu atau sibuk dengan urusan masing2.

Malah, yang paling mengejutkan ibu, orang pertama yang menghulurkan bantuan membantu ibu adalah pelajar kulit hitam dari Africa. Pelajar Melayu/Islam hanya memandang sahaja. Seminggu sebelum ibu terjatuh dulu pun pelajar Africa dari Somalia juga yang menawarkan diri mengangkat fail dan menghantarnya ke office.

Inilah yang dikatakan keprihatianan yang melangkaui sempadan..

Harapnya kesihatan ibu bertambah baik.

2 comments:

Anonymous said...

Salam

Semoga cepat sembuh dan selamat. Banyakkan berehat dan jaga kesihatan.

WanShila said...

TQ