Sunday, June 17, 2012

Kek Batik Istimewa

Ibu tak pernah makan kek batik apatah lagi membuatnya.

Dulu ingatkan cara buat kek batik ni samada kena kukus atau pun bakar, rupanya sonang ajorrr...tak perlu kukus dan tak perlu bakorrr..

Biasanya orang buat kek batik guna biskut marrie, tapi ibu guna biskut Digestive..sodappp!

Percubaan pertama membuatnya, ibu try buat separuh je dari biskut Digestive 400g...takut tak menjadi atau tak mendapat sambutan..ibu bukannya kaki makan..suka buat ajer.

Inilah hasilnya.....

(Rujuk Resepi Kek Batik Istimewa di bawah)

Kek Batik Istimewa

Sedap dimakan sebaik sahaja dikeluarkan dari peti

Kaya dengan rasa coklat

Dan sangat rangup..

Istimewa untuk penggemar coklat tegar;)

Sebenarnya terdapat banyak versi cara-cara membuat kek batik ini..tapi ibu buat cara yang paling ringkas dan mudah.

Bahan-bahannya:

200gm biskut Digestive (dipatah2kan..kalau tak nak patahkan pun boleh, bergantung kepada kesukaan dan saiz loyang yang digunakan)
100gm butter
4-5 sudu besar milo
3 sudu besar serbuk koko (ibu guna jenama Van Houtten)
4-5 sudu besar susu pekat manis (kalau suka manis, boleh tambah lagi)

Cara buatnya:

1. Panaskan butter sehingga cair dengan menggunaan api perlahan.
2. Masukkan susu dan kacau menggunakan whisk @ senduk kayu
3. Masukkan serbuk milo sedikit demi sedikit diikuti serbuk koko. Kacau sehingga semuanya hancur dan sebati.Padamkan api.
4. Masukan biskut dan gaul serata.*
5. Masukkan ke dalam loyang yang dilapikkan dengan plastik supaya senang nak angkat nanti.
6. Padatkan susunan dengan cara menghentak loyang sebelum disejukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1-2 jam. Lagi lama lagi bagus sebab kalau sekejap sangat, coklat tak sempat nak mengeras. Nanti lembik masa nak potong.

*(Ada yang buat, susun biskut dalam loyang dan lapiskan dengan acuan tadi dengan berselang seli sehingga habis...so, suka hati la nak buat cara yang mana satu)



No comments: