Friday, June 01, 2012

Resepi Kek Pisang Gebu

Malam tadi terlebih rajin la pulak. Bila hubby ajak balik awal ke rumah semalam, dalam hati hip-hip horray! Dah set dalam kepala nak buat projek kek pisang. Actually, banyak pisang kat rumah yang dah semakin gebu. Pisang2 tu Ma yang bawak dari kampung semasa datang KL. Ibu sudah masak cokodok pisang sekali, tapi masih ada banyak lagi. So, daripada membazir buang macam tu ajer, better buat sesuatu..sekurang2nya bawak ke office dan beri kepada orang lain untuk makan..dapat jugak pahala kan!

Resepi kek pisang ini ibu google je dari internet. Sebelum ini ibu pernah buat kek pisang kukus (lama dulu), tapi tak sesedap kali ini. So, kat sini ibu kongsikan bersama resepi dan cara2 membuatnya. Ada yang ibu modified sket dan ada bahan yang ibu tak letak sebab takde bahan tu.

Oleh kerana ada banyak pisang kat rumah, ibu buat 2 versi..hahaha..tamak kan!!..1 bakar dan 1 kukus. Ternyata kek pisang kukus lebih lembut dan gebu. Kek Pisang bakar pula sangat sedap sebab garing dan ringan. Rupa kek pisang bakar juga lebih menyelerakan:p

Selamat mencuba!

RESEPI KEK PISANG - BAKAR / KUKUS

Bahan2:

5 biji pisang berangan (dilecek - ibu guna mixer jer senang)
3 biji telur - gred A/B
2 cawan tepung naik sendiri (kes malas nak ayak la nih)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula perang (untuk kukus, ibu guna 3/4 cawan gula perang)
1/4 cawan gula biasa*
1/2 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
1 penutup esen vanilla
1 penutup perisa pisang
secubit garam

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven 180 darjah. (Panaskan pengukus) .Griskan loyang dengan minyak/mentega.
2. Pukul telur dan gula hingga gula larut dan kembang. (ibu guna mixer jer)
3. Masukkan minyak, pisang yang sudah dilenyek, tepung, baking powder, soda bikarbonat dan  garam sedikit demi sedikit dan putar/pukul sehingga sebati.
4. Masukkan esen vanila dan perisa pisang. Pukul lagi sehingga sebati.
5. Bakar selama 40 minit/sehingga masak (cucuk dengan cake tester dan tak melekat)


Kek Pisang yang sungguh harum semerbak:p


Sangat gebu, ringan dan garing di permukaan.


Dah tinggal separuh kirim kat officemate hubby


Tak boleh makan banyak2..manis wehh:)

Kek Pisang kukus..guna resepi dan acuan/ sukatan yang sama dengan kek pisang bakar, cuma ibu tak letak gula putih, guna 3/4 cawan gula perang.


Kukus selama 40-45 minit / sehingga masak.

Sangat gebuuuuuuuuuuuu...

dan lembuttttttttttttt...

baunya yang sangat wangi mengancam jiwa!

No comments: