Friday, June 15, 2012

teori keperluan manusia

Kepuasan kerja (job satisfaction) setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain mengikut keperluan semasa mereka. Jika dilihat kepada teori hirarki Keperluan Maslow, terdapat 5 tingkat keperluan dalam hidup manusia.Keperluan yang paling basic adalah (makanan, minuman, pakaian) (shelter, keselamatan), (kasih sayang), (social), (self esteem) dan (self actualization). Namun untuk memenuhi tingkat yang paling tinggi, manusia perlu memenuhi tingkat yang paling basic terlebih dahulu.

Justeru, apabila sesetengah keperluan ini tidak dapat dipenuhi terutamanya jika ia melibatkan external factor, level job of satisfaction seseorang itu akan menurun. Sebagai contoh, seorang pekerja merasa kurang berpuashati dan tidak seronok apabila ketuanya tidak perihatin dan bertimbangrasa terhadap situasi dia ketika itu. Dia tidak memerlukan basic need sebab basic need dia telah dipenuhi, cukup makan, cukup pakai, ada tempat tinggal..tetapi apa yang dia perlukan adalah perhatian dan kasih sayang..sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting untuk kepuasan dan keperluan diri dia. Cukuplah sekadar bertanya khabar, faham situasi kesukaran dia dan bertolak ansur...

....sesuatu yang mudah tetapi susah hendak dipenuhi kerana tidak semua manusia memahami keadaan manusia yang lain selagi ia tidak berlaku kepada diri mereka sendiri atau orang yang terhampir dengan mereka...wallahuallam!


Sumber: Wikipedia


No comments: