Monday, June 25, 2012

Kisah adik Zulfah...

Yihaaaaa....mood baik punyer sebab dah mula bersantai2 di rumah...(padahal dalam hati dup dap dup dap jer...takottttt... (" o ")


Iklan jap..nak citer kisah pagi ini.:-)

Rutin setiap pagi hubby ialah menghantar anak2 ke sekolah. SKM dekat ajer, 5 minit dari rumah. Kalau zaman kita dulu-dulu pergi sekolah jalan kaki pun sampai..sambil2 excercise! huhu..

Sementara menunggu hubby balik, ibu lepak2 sambil melipat kain yang menggunung. Semalam hujung minggu tak sempat nak melipat sebab ada tetamu dari Klang yang datang ke rumah kami nak makan durian. Durian beli yer..bukan durian kebun kami..hahahaha

Sebaik  sahaja tiba di rumah, hubby mengajukan soalan pada ibu...

Hubby: Sayang, kita ada beg sekolah lebih tak? Beg conference yang abang pernah dapat ke...
Ibu: (Dalam kehairanan...) Beg? Beg conference yang Mitsubishi tu ada laa..
Hubby: Tak muatt...
Ibu:Tak muat? Abang nak buat apa? (Dalam hati..rasanya beg anak2 okey lagi). Semalam masa ibu mengemas kat atas, kat dalam almari anak ibu nampak ada 2 beg, tapi tak tahu lah beg abang ke atau beg pokcik. Abang nak buat apa beg tu?

Lalu hubby pun bercerita...

Hubby: Masa abang U-turn kereta kat sekolah tadi,  abang terserempak dengan sorang budak ni. Tengah dok kayuh basikal nak ke sekolah.  Tetiba abang tengok buku dia berterabur jatuh sebab beg sandang dia dah buruk sangat. Nasib baik ada sorang budak naik motor tolong dia kutip buku2 dia. Tapi masa nak zipkan, bahagian sebelah lagi pulak ternganga koyak. Abang tengok dia kesian pulak, nak menitik air mata...basikal pun buruk, baju sekolah pun dah lusuh sampai tag nama pun dah pudar.

Ibu: Budak tu tinggal kat mana? Abis, abang tahu ke nama dia?

Hubby: Budak tu datang dari arah Mantin Dalam. Mungkin orang situ kot. Nama budak tu Zulfah, Darjah 3 IS (Ibnu SIna - kelas no2).

Ibu: Ohhh..pandai jugak.

Hubby: Hmmm...tengok cara budak tu cakap pun, macam cerdik jer..cakap anak orang miskin, petah jer bila bercakap.

(Lepas tu hubby terus menyelongkar kotak mencari beg untuk diberikan kepada adik Zulfah..nasib baik ada. Harap2 adik Zulfah sudi menerima pemberian hubby yang tak seberapa ini...biarlah semangat dia hendak menuntut ilmu terus membara dan tidak menjadikan alasan kekurangan sebagai halangan untuk dia berjaya mencapai cita-cita dan mengubah nasib keluarganya)


Sekejap lagi kami akan menghantar beg kepada adik Zulfah di sekolahnya. 


No comments: