Saturday, June 02, 2012

Resepi Kari Ikan Bawal Hitam ala mamak~

Kita bersiaran tentang resepi lagi kali ini.

Nampaknya makin tak larat, makin menjadi2 nafsu nak memasak..hehehe

Juadah untuk tengahari ini ialah masak kari ikan bawal hitam ala mamak. Yeahhhh...mengambil idea lepas makan kari ikan yang dimasak oleh kakak ipar ibu semasa berkunjung ke rumah dia minggu lepas. Tak sangka pulak kari ikan bawal ni sedap rasanya. Kalau tak silap, baru sekali ibu masak kari ikan..lama dulu kala.Itupun letak santan. So, agak kurang menyerlah bab2 kari ikan ni membuatkan ibu malas nak buat lagi. Selalunya ibu buat kari ayam atau daging sahaja.

Dan kari adalah favourite Luqman!! Masaklah kari setiap hari pun, dia sentiasa berselera menambah 2, 3 kali. Lauk lain dia dah tak pandang:p

Ikan bawal dah beli since last week lagi. Tadi ke pasaraya Zemart ibu top up lagi sekor, masak untuk malam terussss.

Memandangkan hujung minggu lepas agak sibuk dan takde kat rumah, so minggu ni rancangan memasak diteruskan.

Kepada peminat kari ikan, berikut ialah resepinya. Selamat mencuba!

RESEPI KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK~

Bahan2:

2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar - dipotong sebesar 2 jari
5 sudu serbuk kari ikan jenama Babas
1 labu bawang merah besar - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - mayang
4 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Sebiji tomato
10-15 biji bendi (nak potong 2 pun boleh, ibu suka sebiji2)
1 sudu asam jawa (ambil airnya)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Bersihkan ikan dan potong ikan sebesar 2 jari.
2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih, setelah naik bau masukkan daun kari dan bawang serta halia yang dimayang. Kacau sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan serbuk kari, guna api perlahan supaya kari tidak hangus. Kacau sehingga serbuk kari masak dan wangi.
4. Kemudian, masukkan air secukupnya (lebih kurang 4-5 gelas). Masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan mendidih seketika barulah dimasukkan ikan.
5. Agak2 ikan dah separuh masak, masukkan bendi dan tomato. Tutup periuk.
6. Biarkan seketika dan tutup api.


Kari ikan bawal ala mamak ~ kesukaan Luqman:)

Luqman bagi nama 'Kari Ikan Mak Ida' sebab sama dengan kari yang Mak Ida masak...huhu

No comments: