Monday, June 25, 2012

Kisah adik Zaifah..bahagian 2

Pembetulan...nama adik tu bukan Zulfah, tapi Zaifah (lelaki)

Sekembalinya kami dari pekan Mantin, kami singgah sebentar di SKM. Hajat hubby untuk menghadiahkan adik Zaifah diteruskan. Ibu menunggu di dalam kereta sahaja sebab ada si kecil Wafa.

Selepas berjumpa dengan pak guard, hubby terus menuju ke kelas 3IS. Guru kelas Luqman (3IK) yang bersebelahan dengan kelas 3IS ternampak hubby di luar kelas dan menjangka hubby ingin berjumpa dengan Luqman. Hubby terus menuju ke kelas 3IS.

Kebetulan guru kelas ada waktu itu..dan hubby terus bertanyakan tentang murud yang bernama Zaifah.

Hubby: Cikgu, saya nak bagi beg ni kepada Zaifah. Ada tak murid nama Zaifah dalam kelas ni?
Cikgu: Ada, kenapa dia? Dia tertinggal beg ke?
Hubby: Tak la..saya nak bagi beg ni kepada dia. Pagi tadi saya nampak buku dia berterabur masa kat tepi jalan nak masuk pagar sekolah. Keluarga dia macammana cikgu?
Cikgu: Ooo..macam tu..keluarga dia memang orang susah.

Cikgu kemudiannya memanggil Zaifah dan hubby terus menyerahkan beg tersebut kepadanya. Zaifah terus mengucapkan terima kasih di atas pemberian yang tak seberapa itu.

Hubby menyatakan kerisauan jika Zaifah terasa malu apabila diberikan pemberian tersebut di depan kawan-kawannya...tapi ibu positif menyatakan, dia mungkin kehairanan tetapi dalam masa yang sama berterima kasih.

Wallahuallam..

Semoga Zaifah terus menjadi budak bijak dan cemerlang.

...bila Luqman balik dari sekolah petang tadi, ibu tanya pada Luqman..kenal tak Zaifah? keluarga dia macammana?

Luqman cakap.."kawan saya tuu..rumah dia kat belakang sekolah"

Dia baik tak? tanya ibu lagi.

Dia baik..nakal sikit ajer...jawab Luqman.

..ngeeee..

No comments: