Friday, March 03, 2017

Resepi dan cara membuat homemade Pizza step by step


bahan-bahan
500 gram tepung roti (atau campurrin n 400gm tepung roti, 100gm gandum)
80gm gula kastor
5gm garam
8gm yis
8gm bread Improver atau ganti dgn 5gm superbake
30gm susu tepung
1bj telur
240gm air sejuk peti
50gm shortening atau marjerin

************post ni dah lamaaaaa terperap di bahagian draft...dah lupa camana step buat pizza*****

Umrah 2016













Lama sungguh tak bukak blog

Lama giler weh tak membelogšŸ˜‚
Tiba2 dua tiga hari lepas teringat kat blog nih..kikiki
Lupo sudah pasword..ini pun dapat sebab try and error.
Apo nak cerita pun tatau daaa..
Kena gali cari idea dulu..
ok.bye!

Saturday, October 25, 2014

Mini Pizza Homemade oleh Wan Shila Wan Hasan


 Tu dia...lama tak bersiaran tetiba je keluar dengan resepi pizza ala masterchef gitu.

Tak sangka mini pizza yang sempoi ni jadi buruan ramai orang. Alhamdulillah...rezeki tu.

Okeylah..di sini ibu share resepi mini pizza yang menjadi idaman kalbu sesiapa yang melihatmua/ Siapa yang pernah rasa memang repeat order la.

500gm tepung roti/high protein unbleach/gandum unbleach
80gm gula kastor
5gm garam
8gm yis
8gm bread improver @ 5gm superbake
1bj telur (kalau letak superbake xperlu telur)
30gm susu tepung
50gm marjerin / shortening / butter
240ml air sejuk peti

Cara buat: (menggunakan mixer)

Gaul rata semua bahan kering.
Masukkan sedikit demi sedikit air+telur dan gaul sebati.
Kemudian masukkan marjerin/shortening / butter dan uli sampai elastik
Rehatkan doh 20min-tutup dgn kain lembab atau plastic.
Tumbuk2 doh supaya angin keluar, uli lagi dengan tangan.
Bahagikan doh dengan berat timbangan 65gm (ikut kesesuaian saiz loyang anda dan pastikan doh dapat memenuhi ruang dasar loyang)-saiz yg sy guna ni 5inci .Bulatkan doh sehingga habis.
Kemudian mula canaikandoh yang pertama bentuk bulat, masukkan dlm loyang..biarkan doh naik 2kali ganda sebelum bakar (kalau xmau doh naik tggi sgt, cucuk dgn garfu)
Bakar suhu 150-160c (ikut jenis oven) selama 10min (halfcook).angkat, sejukkan ats redai.

Topping;
Toping saya sempoi sahaja..
First layer lerekkan sesudu sos tomato atas doh pizza (nak guna sos prego blh juga, atau  tomato puree dalam tin).
Then susun sosej yg dihiris serong.
Kemudian paipkan sos cili dan mayonnaise.
Then susun capsicum (untuk pizza lebih menarik guna 3 warna capsicum-merah, hijau dan kuning).
Then tabur mozarella cheese parut.
Touch up dengan bawang holand yg dipotong bulat kalau suka..lastly tabur campuran oregano, parsly, etc (bahan untuk spagethi bolognaise) untuk aroma yang lebih umphhh..
Akhir sekali bakar selama 10 minit atau sehingga cheese mencair...and melting!!
Angkat dan hidang.

Selamat mencuba!!

Nota: Anda boleh meletakkan hirisan nenas, paperoni, cendawan atau daging cincang sebagai topping...terpulang kepada selera anda.