Monday, October 24, 2011

Cuti hujung minggu..

Hari ini ibu tersangatlah mengantuk dan tak bermaya sebab malam tadi tidur lewat hampir pukul 1am melayan si kecik yang segar bugar tak mau tidur @ kelaparan. Actually ibu and family menginap di The Royale Chulan Hotel selama 2 hari since Sabtu lagi. Suppose sampai hari Rabu, tapi memandangkan hari ini adalah hari terakhir ibu kena key in markah final exam, maka terpaksalah menggagahkan diri drive balik sebelum subuh tadi. Hubby hanya iring sehingga sebelum terowong SMART sahaja sebab pagi ini simposium yang dihandlenya bermula. Lepas hantar budak berdua ke sekolah, ibu bergegas ke office pulak.

 Hotel Royale Chulan, KL


 Besar jugak hotel ni. Hotel 6 bintang milik Ministry of Defence.


 Wafa yang semakin petah bercakap walaupun kadang ibu tak paham pun apa yang dia cakap..tapi layannn je lah..iya kan ajer:)

Mau diriba pulak, tak mau duduk atas baby seat.


 Fish and chip. Harga RM32. Tak habis makan pun, tak larat nak habiskan. Luqman cuma makan kentang goreng jer..ikan yang besar gedabak tak djamah pun.

 Kuew Teow Kerang Penang. Harga RM28.


 Nasi goreng Warisan. Harga RM32. Ada seketul drumstik, hirisan isi ayam, udang 2 ekor, telur mata, carrot, timun dan tomato serta sambal belacan. Kalau 4 bintang, den bg 2 bintang jer:(
Luthfil order mee goreng mamak, RM28. Gambar lupa nak snap.

 Sebelum order sampai, kami dijamu dengan roti dan vegetarian sup.


 
Decoration sempena Depavali, sangat cantik..kesian beras tu..

Thursday, October 20, 2011

HAPPY BIRTHDAY WAFA ALEESYA. She's turn 2 yo!


Semoga jadi anak yang solehah, cerdik, sihat, pintar dan menggembirakan ibu, ayah, Abang Long dan Abang Ngah. We love you so muchhhhh!!!

20.10. 2009 detik bermakna bagi kami sekeluarga. Kehadirannya dinanti2kan oleh kami. Maklumlah dah dapat 2 hero, so nak jugak merasa menimang puteri pulak. Walaupun pada mulanya kami tak tahu jantina sehinggalah hari kelahirannya, tapi jauh di sudut hati ibu kuat mengatakan anak yang lahir kali ini adalah girl. Keinginan yang membuak2 tu sampaikan masa shopping barang keperluan pun, ibu gamble rembat baju ropol2 dan bunga2..hehehe..

Bersalinkan Wafa cukup mudah. In fact, hari terakhir check-up kat Hospital Serdang tu pun jalan dah buka 5cm tanpa ibu sedar. Wah! terkujat ai. Doktor terus suruh masuk wad get ready. Ibu merayu untuk masuk keesokkan harinya sebab Abang Long ada final exam dan ada kerja office kena hand over pada rakan2 yang sepatutnya. Malangnya tak dapat kebenaran doktor.

Sempat bermalam satu hari, keesokkan paginya jalan dah bukak 8cm..anehnya tak rasa sakit langsung. Sebelum tu ibu dimaklumkan ibu kena induce. Alhamdulillah tak kena. Takut wooo kalau induce..sepatutnya ikut giliran masuk LR tapi dek kerana situasi ibu yang tercepat, terus potong que.

Ibu hanya ditemani hubby. Nurse hanya jenguk sekali sekala jer sebab sibuk dengan patient lain. 3 kali push, maka selamatlah lahir kedunia puteri permata hati kami ke dunia disambut syukur kehadrat Illahi. Kali ini hubby betul2 menghayati detik kelahiran...huhu. Satu keajaiban katanya. Masa Abang Long dulu tak dapat tengok sebab Ceaser, masa Abang Ngah tak sempat nak perhati sebab tergamam tengok kepala dan badan baby yang menggerutu dan kebiruan sampai hubby terpinga-pinga..hahaha.

Kini, usia Wafa dan 2 tahun. Dia dah mula pandai bercakap. Dah banyak vocab yang dia tahu. Cuma nak dengar dia sebut 'ibu' tu jarang la..banyak nyer 'ma' jer. Kalau kami siap makan dan nak kemas, dialah orang yang paling rajin nak menolong..angkat senduklah, angkat gelas lah, angkat pinggan lah..huhu..harap2 dah besar nanti rajin la jugak menolong ibu dan ayah.

Abang Ngah cukup suka menyakat Wafa. Suka benar dia kalau Wafa jerit marah sebab ambil bantal, bear dan barang2 yang dia rasa dia punya. hehe.. Ada satu kali tu dia ngan abang ngah minum air yogurt. Dia minum cepat, bila dah habis dia mintak air yogurt abang ngah pulak. Yang kawan tu minum jimat2 jer. Last2 kena bagi kat adik..hehe. Dalam marah2 pun hulur jugak kat adiknya.

Ibu dan ayah doakan anak2 ibu selamat dunia dan akhirat dan menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah dan taat kepada ibu dan ayah. Kami sayang WAFA ALEESYA. You're my soul, my everything!

Wednesday, October 19, 2011

A reminder to us..


(Gambar takde kaitan dengan budak dalam cerita ni..budak dalam gambar ni akan sambut ulang tahun ke 2 esok..semoga jadi anak yang solehah dan bijak! Ibu sayanggggg Wafa Aleesya)


A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the apple of their eyes. When the boy was around two years old, one morning the husband saw a medicine bottle open. He was late for work so he asked the wife to cap the bottle and keep it in the cupboard. The mother, preoccupied in the kitchen, totally forgot the matter.




The boy saw the bottle and playfully went to the bottle and, fascinated with its color, drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages. When the child collapsed, the mother hurried him to the hospital, where he died. The mother was stunned. She was terrified how to face her husband.



When the distraught father came to the hospital and saw the dead child, he looked at his wife and uttered just four words.



What do you think were the four words?



The husband just said "I Love You Darling"



The husband's totally unexpected reaction is proactive behavior. The child is dead. He can never be brought back to life. There is no point in finding fault with the mother. Besides, if only he have taken time to keep the bottle away, this will not have happened. No

point in attaching blame. She had also lost her only child. What she needed at that moment was consolation and sympathy from the husband. That is what he gave her.



Sometimes we spend time asking who is responsible or who to blame, whether in a relationship, in a job or with the people we know. We miss out some warmth in human relationship in giving each other support. After all, shouldn't forgiving someone we love be the easiest thing in the world to do? Treasure what you have. Don't multiply pain, anguish and suffering by holding on to forgiveness.



If everyone can look at life with this kind of perspective, there would be much fewer problems in the world.



Take off all your envies, jealousies, unwillingness to forgive, selfishness, and fears and you will find things are actually not as difficult as you think...!

Main masak-masak

Baby kailan bersos tiram..mmmm..sangat rangup & fresh..yummy!



Roti berlapis daging + cheezy..sangat sedap!



Brownies double choc...kena byk buat eksperimen lagi, belum lulus;)


Mee goreng kesukaan kengkawan kat office~

Takdir kehidupan

Setiap insan dilahirkan dengan takdir yang berbeza-beza. Setiap insan ditakdirkan dengan ujian yang berbeza-beza. Setiap insan telah diaturkan begini dan begitu nasibnya. Ada yang boleh diubah dan ada yang sebaliknya. Itulah namanya takdir qada' dan qadar.

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

PENGARUH TELEVISYEN TERHADAP PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK




It's sooooo truee. Ibu tertarik untuk berkongsi artikel ini bila terlihat status Wardina yg shout kat twitter/FB berkenaan keinginan dia untuk menemuramah orang yang tidak mempunyai televisyen di rumah. Ramai lah kat situ yg memberi respon. Rupanya ramai yang mengambil langkah prevention dengan tidak mempunyai TV bukan sebab tidak mampu tetapi sengaja mentiadakan demi memelihara minda anak-anak dari terpengaruh dengan 'kotak bodoh' tu. Ibu tak nafikan bahawa kesan negatif terlalu banyak jika anak-anak menjadi hamba TV. Ibu sendiri pantau rancangan-rancangan yang ditonton anak2 ibu. Pernah ibu tegur Luqman dan Luthfil yang khusyuk melihat Spongebob. Sekarang dah tak tengok sejak kena sound tu. Bagi ibu kartun tu sangat tidak baik sebab banyak menuturkan perkataan-perkataan yang tak elok. "Aku bunuh kau"! Lawan2 otromen, terjun katil, terjun tangga bagai...lepas tu keluar raksaksa dengan rotan;)

Kanak-kanak hanya mencedok sahaja tanpa memahami maksud sebenar. Kalau in english tak berapa sangat, tapi kalau dengar yang alih bahasanya, sangat lah kasar perkataan yang dituturkan. Even cerita Upin & Ipin serta BoboyBoy pun ibu kurang gemar sebab menggunakan 'aku', 'engkau', tau takpe, etc. It's very rude to our culture jika digunakan semasa perbualan dengan orang yang lebih tua. Even Luqman and Luthfil bila bercakap dengan kawan2 pun still dia bahasakan diri dia 'saya' dan 'awak' apatah lagi kalau bercakap dengan ibu ngan ayah.

Actually, ibu pernah berjumpa dengan keluarga yang takde Tv kat rumah. Mereka ialah bekas tuan rumah yang ibu beli rumah mereka sekarang. Keluarga berbangsa Cina dan penganut Kristian yang dalam kategori warak. Sangat soft spoken dan humble bila bercakap. Husband dia kerja kat church (she assist the husb also at the church). Masa mula2 ibu jumpa dia adalah masa nak tengok rumah. Masuk je rumah, macam tak percaya je itu rumah cina. Sangat bersih sampai nak tengok habuk dan selai rambut atas lantai pun takde. No dog, no pork.

Ibu tengok ruang tamu dia, tak nampak pun TV! Masuk bilik tidur, bilik anak2 pun takde TV. Yang ada kat ruang tamu cuma piano dan radio kot utk dengar muzik gereja (wallahuallah, i just assume that). Wife dia bercerita kat ibu, yang dia mengajar sendiri anak2 dia kat rumah mengikut silibus dari luar negara. I dont ask why she not turning up their children to kindergarden. Maybe dia lebih confident kalau ajar anak sendiri. Schedule anak2 dia bermula dari awal pagi setiap hari. Mengikut cerita jiran2, masa bersalinkan anak pun dia just bersalin kat rumah jer, sambil diiringi nyanyian dan support dari sister2 gereja.

So, my conclusion is, even non muslim pun tahu betapa hebatnya cabaran dan godaan dunia luar pada hari ni yang boleh menyesat dan menghanyutkan manusia, kita as a muslim lebih2 lagi perlu berhati2 dengan dakyah yahudi yang sentiasa nak menyesatkan dan melalaikan muslim dengan stupid box tu! Renung2kan..



Ditulis oleh : Zulzaidi bin Mahmud

Media elektronik dan media bercetak merupakan medium kepada manusia untuk mengetahui banyak perkara, secara tidak langsung menambahkan ilmu pengetahuaan. Media elektronik iaitu televisyen merupakan media yang menjadi “favourite” semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua. Televisyen memaparkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan.

Kanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai dan terbanyak menonton televisyen. Perkara yang menjadi tontonan kepada kanak-kanak adalah berhubung dengan hiburan, seperti rancangan kartun dan nyanyian. Hiburan boleh mendatangkan ketenangan, menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi hiburan kartun yang ada di televesyen adalah berorientasikan hiburan yang patut dijauhi oleh kanak-kanak kerana ia bukan mematangkan mereka tetapi menjadikan mereka berfikiran negatif. Kartun adalah rancangan paling diminati oleh kanak-kanak ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi sehingga ada rancangan kartun seakan-akan berbentuk “realiti” yang dipanggil 3D.

Setiap hari kartun diibarat seperti makanan yang wajib dimakan untuk hidup, tidak lengkap hidup kanak-kanak tanpa menonton kartun. Pihak-pihak penyiaran telah mencuri “Golden Time” kanak-kanak untuk mempertontonkan rancangan-rancangan kartun yang menarik seperti Doraemon, Detektif Conan, Sinchan, Spongebob dan lain-lain lagi. “Golden Time” itu sepatutnya menjadi waktu yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mematangkan mereka seperti membaca, bermain bersama ibu dan bapa. Rancangan penonton-penonton cilik ini khasnya kartun disiarkan tanpa mengisa masa, ada juga kanak-kanak menyatakan kepada ibu bapa “sabtu dan ahad hari abang tau”. Bermula dari jam 9 pagi kanak-kanak sudah terpacak di hadapan televisyen untuk menonton rancangan yang kononnya memberikan manfaat kepada mereka secara total. Sebenarnya tanpa kita sedari bahawa televisyen yang telah mendidik kanak-kanak bukan ibu bapa. Penulis berkata demikiaan kerana televesyen telah melayani kanak-kanak dengan tekun dan memberi layanan yang memuaskan hati mereka tanpa mereka rasa gusar dan bosan walaupun sesaat. Belaian dan kasih sayang yang sepatutnya diberikan oleh ibu dan bapa telah beralih kepada televisyen, dan perkara ini amat menyedihkan. Cuba bayangkan kasìh sayang seorang ibu kepada anaknya telah dirampas orang ketiga tanpa disedari. Setiap ibu bapa harus sedar bahawa orang ketiga itu adalah “Prof Dr. Televesyen” yang bisa mengajar kanak-kanak apa sahaja.

Ungkapan yang dijadikan asas kepada sicilik untuk menonton televesyen adalah “sesuai untuk semua lapisan masyarakat” ditambah lagi dengan perkataan “U” bagi UMUM. Rancangan-rancangan yang ditonton tidak semuanya sesuai untuk kanak-kanak kerana ada juga yang berunsur negatif yang patut dijauhi. Bukan hanya cerita kartun sahaja yang patut dijauhi, tetapi televesyen itu sendiri mesti dijauhi agar keseimbangan emosi kanak-kanak terjaga tanpa ada noda-noda negatif. Jauh di sini bermaksud jika sicilik yang ingin menonton televisyen ia mestilah dipantau secara total kerana ditakuti dipengaruhi unsur-unsur negatif dalam fikiran mereka.

“Akademi Pediatrik Amerika (APP) telah menyarakan supaya televesyen diharamkan bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Ini disebabkan dalam tempoh dua tahun pertama bayi memerlukan sentuhan manusia bukan didikan imej di televesyen” [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang]. Terdapat begitu banyak kesan kanak-kanak menonton televesyen, bukan hanya terhadap fizikal menurut sains tetapi juga terhadap emosi dan tingkahlaku yang akan diterangkan selepas ini.



KESAN DAN PENGARUH TV TERHADAP ANAK ANDA.

Menjejaskan Prestasi Akademik Dan Pembacaan Lancar

Rancangan kanak-kanak dipertontonkan kepada sicilik pada “Golden Time” kanak-kanak iaitu diantara jam 2 petang sehingga 8 malam. “Golden Time” adalah waktu yang sesuai dan sewajarnya untuk sicilik menyiapkan kerja sekolah, membaca bacaan ilmiah untuk melancarkan pembacaan, belajar mengaji, riadah untuk menyihatkan tubuh badan dan masa untuk menjana kreativiti sicilik. Tetapi waktu-waktu ini telah digunakan oleh sicilik untuk menonton televesyen tanpa rasa rugi. Menurut laporan 1994 dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, pencapaian akademik jatuh ketara bagi kanak-kanak yang menonton lebih daripada 10 jam seminggu. 10 jam seminggu ini jika digandakan selama setahun jauh lebih banyak dengan masa seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda menghabiskan jumlah jam kredit untuk menjadi graduan. Perkara ini perlulah difikirkan oleh ibu bapa dan perlu dititikberatkan untuk menjana generasi mendatang.

Melalui pembacaan otak sicilik berfungsi semaksima mungkin untuk membayang dan menganalisis apa yang dibaca dan ia juga memerlukan bantuan ibu bapa. Penulis bertanya kepada pembaca artikel sekelian, pernah tidak anak anda membaca dalam keadaan merangkak dan bertanya kepada anda, contohnya anak anda mengeja “ L O R I “ kemudian bertanya “ibu apa itu lori ?” pastinya pertanyaan itu telah menjana kecerdasan otak kanak-kanak itu untuk menganalisi perkataan yang disebut dan cuba membayangkan apa itu lori. Menurut Dr Jerre Levy Pakar Perkembangan Hemisfera Otak di Universiti Chicago telah menyatakan “ otak direka bagi memenuhi cabaran-cabaran kognitif. Ia seperti otot: jika anda tidak membuat latihan ia akan lemah. Jika tidak melatih otak anda, ia juga akan lemah”. Kemahiran bahasa boleh diransang melalui pembacaan dan juga perhubungan dua hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa bukannya menonton televisyen. Menonton televisyen adalah proses interaksi sehala sahaja iaitu televisyen menayangkan rancangan dan sicilik sibuk menonton tanpa berfikir dan tidak kreatif.

Menurut Dr Patti Valkenburg dan Dr Tom Van De Voort dari Pusat Kajian Media Kanak-Kanak di Leiden, Belanda, yang telah meneliti semua kajian yang dijalankan dalam tempoh 40 tahun. Kajian-kajian itu meneliti perbezaan dalam daya imaginasi kreatif kanak-kanak yang di rumah mempunyai televisyen berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai televisyen [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang]. Contohnya anda melihat anak anda sibuk bermain dengan sebatang pen. Pastinya anda tertarik bahawa sicilik menggunakan hanya sebatang pen dengan banyak cara antaranya menulis, menconteng dan ada juga yang menganggap ia adalah “microphone” untuk menyanyi. Bukankah itu tandanya otak sicilik telah digunakan untuk menjana kreativiti?

Mempertontonkan Unsur Keganasan

Kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada unsur keganasan. Tidak kita sedar bahawa kebanyakan cerita kartun yang dipertonton kepada sicilik di dunia global ini mempunyai unsur-unsur ganas. Penulis yakin jika anak anda menonton rancangan Ultraman pasti mulut anak ada akan menyebut perkataan “BUNUH”. Anak anda akan berkata “Ultraman bunuh raksasa itu” bukankah itu merupakan unsur keganasan tanpa kita sedari?. Keganasan di televisyen adalah terlalu banyak berbanding dengan dunia realiti kerana televesyen dapat menyediakan adegan-adegan bunuh, pukul memukul, menembak, menampar, menjerit dan sebagainya yang boleh diistilahkan sebagai ganas. Unsur ini jika tidak dibendung mendatangkan mudarat yang besar pada emosi kanak-kanak dalam kehidupan. Ada juga bila ibu menyuruh sicilik melakukan apa-apa kerja, lalu sicilik naik angin dan berkata “kalau ibu suruh lagi, adik fire ibu “. Bukankan itu satu pembentukan sahsiah yang merucing dan kebejatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Mempertontonkan Unsur seks

Rancangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak seperti kartun yang mempunyai imej-imej seksi dan berunsurkan seks. Jika si hero dalam rancangan televesyen mempunyai imej ganas, si heroin pula mempunyai imej seksi. Imej seksi ini menampakkan bentuk atau lekuk-lekuk tubuh wanita yang sepatutnya dijauhi oleh kanak-kanak?. Babak-babak cinta, cium dan tidur bersama adalah babak yang menjadikan sicilik terlalu cepat matang, bukan matang dengan perkara positif, tetapi matang dengan perkara negatif. Ibrahim M.Hefzallah dalam bukunya Critical Viewing of Televisyen menyatakan televesyen memaparkan hubungan seks yang berulangkali. [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang] Seks yang biasa ditunjukkan bukan hanya dalam cerita kartun tetapi cerita realiti juga yang mana unsur-unsur cinta si hero dan heroin telah berakhir di ranjang katil untuk menunjukkan bahawa itu adalah tanda cinta sejati. Perkara ini jika setiasa berulang dalam kehidupan sicilik ia akan mengangap ia adalah perkara lumrah dan biasa.

Pembaziran

Dalam buku “The Overspent American”, Pakar Ekonomi Harvard, Juliet Schor menegaskan lebih banyak seseorang menonton televesyen, lebih banyak ia berbelanja.[petikan Buku Kesan Tv Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang].

Dua benda yang menjadikan tontonan televesyen ini dikatakan membazirkan bagi penulis adalah “fun” and “fashion” dikalangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak lelaki apabila selepas melihat rancangan kegemaran meraka pasti keinginan mereka membuak-buak untuk membeli alatan-alatan yang kurang bermanfaat yang ada kaitan dengan rancangan yang ditonton. Contohnya mainan-mainan seperti robot, senapang dan kad-kad mainan yang mempunyai imej hero mereka. Bagi kanak-kanak perempuan patung-patung, t-shirt atau Costum dan sebagainya yang memaparkan imej heroin yang disukai. Sicilik sanggup untuk bermogok kepada ibu pada sekiranya tidak membeli peralatan hiburan ini. Bukankah ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Penulis merasakan ibu bapa perlu memikirkan keperluan sicilik, jika ia dianggap keperluan yang mampu merangsang minda sicilik tanpa ada unsur negatif, penulis berpendapat itu boleh dipertimbangkan, kerana bukan semua perkara itu negatif. Selain itu rancangan berbentuk game yang dipertontonkan juga menarik minat sicilik. Game berbayar ini jika ibu bapa tidak memantau rapi anak-anak, ia mudah menarik minat anak untuk bermain. Permainan game di rancangan televisyen mengenakan bayaran yang tinggi justeru meningkat perbelanjaan ibu bapa. Panggilan-panggilan telefon telah meningkat akibat keinginan anak-anak untuk bermain permainan televesyen ini.

Bahasa Kasar Dan Khayalan Melampau

Bahasa yang digunakan oleh rancangan kartun mempunyai bahasa-bahasa kasar yang patut dijauhi. Contohnya dalam Ultraman atau Power Rangers perkataan yang tidak pernah ditinggalkan adalah perkataan “tak guna” atau “jahanam punya penjahat”. Perkataan atau frasa ini tidak sepatutnya di jadikan makanan untuk sicilik, kerana peringkat kanak-kanak merupakan peringkat pertuturan yang baik-baik dan tidak berunsur negatif. Jika perkataan ini berulang-ulang didengar oleh kanak-kanak ditakuti ia akan diterjemahkan kedalam kehidupan harian terutama apabila berinteraksi dengan ibu bapa atau rakan sebaya.

Khayalan dalam cerita-cerita di televesyen juga tidak ada bandingan lagi kerana khayalan yang dibawa adalah khayalan yang melampau dan ditakuti menjadi habit atau cubaan kepada sicilik. Contohnya kartun Superman atau Spiderman yang memaparkan khayalan yang mustahil berlaku, dan jika diterjemahkan oleh sicilik dalam dunia realiti ini dikhuatiri mendatangkan kesan buruk.

Unsur Yang Merosakkan Nilai-Nilai Keagamaan.

Rancangan di televesyen mempunyai kesan-kesan negatif yang telah diterangkan diatas, ada juga kesan yang paling buruk yang akan merundung dan menyelubungi anak kita secara tidak langsung. Kesan itu adalah pengaruh terhadap nilai-nilai keagamaan terutama kepada yang kanak-kanak yang mula mengorak langkah mengenal agama. Contoh yang paling ketara adalah masa rancangan disiarkan di televesyen, kita sedia maklum untuk menarik kanak-kanak waktu yang paling sesuai adalah dari jam 7 hingga ke 8 malam. Di dalam waktu ini bagi yang menganut agama Islam terdapat waktu Maghrib yang mana umat Islam akan mengerjakan solat Maghrib. Waktu kanak-kanak adalah waktu yang paling sesuai untuk mentarbiah sicilik untuk belajar solat. Jika waktu ini disia-siakan maka tiang agama mudah dirobohkan. Selain waktu yang tidak sesuai, rancangan-rancangan berbentuk merosakkan akhlak juga banyak dipertontonkan seperti pakaian, atau watak-watak yang tidak senonoh dipertontonkan.



BAGAIMANA CARA MENGATASI DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN ANAK ANDA

Kesan televisyen terhadap perkembangan sicilik telah diterangkan di atas secara ringkas agar pembaca dapat mengetahui bahawa kesan negatif adalah lebih banyak kesan positif apabila anak anda menonton rancangan di televesyen. Bukan semua rancangan di televesyen mempunyai kesan buruk dan negative tetapi pemantauan ibu bapa adalah perlu agar sicilik hanya melihat rancangan yang berunsurkan ilmu pengetahuan yang mempunyai positif.

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa mestilah meluangkan waktu bersama kanak-kanak dalam setiap aktiviti mereka. Belaian ibu bapa terhadap sicilik merupakan tanda kasih sayang yang amat diperlukan mereka. Jika menonton rancangan televesyen sewajibnya ibu bapa menemani sicilik agar rancangan televesyen yang dipertontonkan dipantau dengan rapi agar tidak terdedah kepada unsur-unsur negatif.

Rancangan Berunsur Dokumentari

Bukan semua rancangan di televesyen itu negatif, terdapat juga rancangan yang menjana otak mereka supaya menjadi matang. Antaranya rancangan berbentuk dokumentari yang mana rancangan tentang unsur-unsur alam semulajadi. Kehidupan haiwan dan tumbuhan yang ditayangkan memberi kesedaran kepada mereka bahawa Alam ciptaan Tuhan amat luas dan tiada penghujungnya. Apabila sicilik melihat rancangan dokumentari ini dengan ditemani ibu bapa dan keluarga secara tidak langsung keterikatan hubungan makin erat dan rapat.

Pastikan Televesyen Jarang Terpasang

Televesyen yang dipertontonkan kepada anak anda haruslah jarang dipasang agar televesyen tidak menjadi keperluan mereka. Jika perkara sebegini berlaku dan televesyen menjadi kehidupan mereka, hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan mula renggang akibat ada orang ketiga. Dalam tempoh 12 tahun pertama kehidupan kanak-kanak ia haruslah rapat dengan budaya membaca. Budaya membaca ini akan menjadikan anak anda lebih matang dan berwawasan jauh.

KESIMPULAN

Selaku orang dewasa yang diamanahkan untuk mendidik kanak-kanak, perlulah kita mentarbiah mereka agar mereka menjadi generasi yang terbaik. Setelah diterangkan secara ringkas berkenaan dengan kesan dan pengaruh televisyen terhadap kanak-kanak, dapatlah kita fahami bahawa televisyen bukanlah cara menyelesaikan masalah yang terbaik. Selaku orang yang berfikiran matang haruslah kita mengambil beberapa langkah untuk membendung gejala yang kurang bermanfaat ini. Antaranya televisyen perlulah berada di tempat yang kurang strategic agar kanak-kanak susah untuk menontonnya. Selain itu pastikan televisyen sentiasa tertutup kecuali rancangan yang member manfaat kepada anak anda, kemudian pertimbangkanlah keperluan televisyen dalam hidup keluarga anda. Jelaslah bahawa bukan mudah untuk membentuk genarasi kanak-kanak yang bijak pada hari ini dan gemilang pada masa depan.

Thursday, October 06, 2011

Iklan yang menyentuh hati

Video ni ibu dapat semasa sedang mencari2 video yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam pengajaran.

Sangat menyentuh hati.

Saksikan :(

video

Tuesday, October 04, 2011

Anak

Tersedar jam 5am. Tertidor semasa menidorkan si kecil.

Baru teringat broadband tak logout, laptop, kipas, lampu tak sempat off kat ruang tamu.

Bergegas turun ke tingkat bawah. Baru teringat blom solat isya'.

Tak berani nak sambung tidur, takut terbabas Subuh dan lewat hantar Luqman g sekolah.

Ada mesej dari Sue bertanyakan tentang pakaian anak sekolah yang perlu dipakai hari ini. Semalam Luqman bagitau ada angkasawan negara nak datang ke sekolah.

Tak pulak diberitahu tentang pakaian. Bertuah sungguh!

Bila ibu kejutkan tanya, terkebil2 sambil mengangguk. Surat yang dikirim cikgu, tertinggal kat rumah mama pengasuh. Derrr...

Ibu suruh dia pakai baju t'shirt biasa, dia tak mau. Suruh pakai baju sekolah, pun tak mau. Grrrrr...sudahnya pakai baju sukan yang dah dipakai semalam. Awal2 tak mau bagitau. Hari Selasa tu dah ada Hari Sukaneka, pakai baju sukan jugak. So, malamnya sempat basuh untuk Kelas PJK hari Rabu. Hari Khamis pun kena pakai baju sukan jugak.

Monday, October 03, 2011

Mozzarella cheese + seafood pizza


Inilah rupa pizza yang ibu buat last week. Dapat resepi dari Chef kat Radio IKIM. Rasanya ibu silap dengar tentang sukatan tepung yang digunakan. Ada ke 80gram jer..macam tak logik. Nasik baik ibu dengar dia cakap semangkuk tepung.

Hubby puji sedap! Dia yang paling banyak makan. Luqman cuma kutip makan udang. Lutfil tak sentuh langsung. Diorang memang tak berapa suka pizza, sebab tu kalau bawak diorang makan kat Pizza hut memang sangat tak berbaloi.