Hari ini ibu tersangatlah mengantuk dan tak bermaya sebab malam tadi tidur lewat hampir pukul 1am melayan si kecik yang segar bugar tak mau tidur @ kelaparan. Actually ibu and family menginap di The Royale Chulan Hotel selama 2 hari since Sabtu lagi. Suppose sampai hari Rabu, tapi memandangkan hari ini adalah hari terakhir ibu kena key in markah final exam, maka terpaksalah menggagahkan diri drive balik sebelum subuh tadi. Hubby hanya iring sehingga sebelum terowong SMART sahaja sebab pagi ini simposium yang dihandlenya bermula. Lepas hantar budak berdua ke sekolah, ibu bergegas ke office pulak.
Hotel Royale Chulan, KL
Besar jugak hotel ni. Hotel 6 bintang milik Ministry of Defence.
Wafa yang semakin petah bercakap walaupun kadang ibu tak paham pun apa yang dia cakap..tapi layannn je lah..iya kan ajer:)
Mau diriba pulak, tak mau duduk atas baby seat.
Fish and chip. Harga RM32. Tak habis makan pun, tak larat nak habiskan. Luqman cuma makan kentang goreng jer..ikan yang besar gedabak tak djamah pun.
Kuew Teow Kerang Penang. Harga RM28.
Nasi goreng Warisan. Harga RM32. Ada seketul drumstik, hirisan isi ayam, udang 2 ekor, telur mata, carrot, timun dan tomato serta sambal belacan. Kalau 4 bintang, den bg 2 bintang jer:(
Luthfil order mee goreng mamak, RM28. Gambar lupa nak snap.
Sebelum order sampai, kami dijamu dengan roti dan vegetarian sup.
Decoration sempena Depavali, sangat cantik..kesian beras tu..
No comments:
Post a Comment