Tuesday, February 24, 2009

Bersyukur

Pagi tadi semasa aku menghantar Luthfil Hadi ke TASKA di Villa Palma, aku ternampak sepasang suami isteri sedang berniaga di bawah payung besar. Tak pernah nampak pulak sebelum ni..biasanya waktu petang ada beberapa orang lelaki yang berniaga burger di tempat tu.

Selepas hantar anak, aku stop kat gerai suami isteri tu. Kononnya nak beli kuih, tapi mereka tak jual kuih..yang ada cuma nasi lemak. Menurut isterinya, hari ni hari pertama mereka mula berniaga, lauk pun belum ada..nak test market dulu.

Aku buat2 ramah bertanya.."Tinggal kat dalam ke?"

Suami: "A'ah..kami tinggal kat Block 3, tingkat 4.

Aku: "Keja kat mana?"

Akak tu menjawab.."Akak dah berhenti kerja, amik VSS".

Aku : "Kat kilang di Nilai ke?"

Isteri: "Tak laa..kat Samsung, Senawang"

Aku.."Ooooo...teruk ek sekarang nih..abih, 2-2 ke berhenti kerja"

Suami: "A'aa..kami 2-2 amik VSS, kat rumah tak tau nak buat apa..tu yang cuba berniaga"

Dalam hati aku.."Baguslah..sekurang2nya cuba memperbaiki keadaan dan tidak hanya berserah pada nasib. Usaha untuk mencari pendapatan. Mungkin dengan cara membeli jualan mereka, dapat membantu bisness kecil-kecilan mereka. Menolong sesama Islam.

Terus aku teringat kat kakak dan abang ipar, adik dan adik ipar aku yang kerja di Shah Alam. Diorang pun pernah ditawarkan VSS, tapi tak ambil. Selalu aku dengar diorang merungut sebab kilang selalu shut down dan mereka dipaksa untuk bercuti. Sudah la elaun2 yang lain tu dah di potong, OT pun tak boleh buat.

Tak dapat nak dibayangkan bagaimana kehidupan nak diteruskan. Dengan ada anak yang bersekolah dan baby kecil.

Kami rasa hidup kami dah susah, rupanya orang lain lagi susah. So, sepatutnya kami bersyukur dengan rahmat Allah yang dicurahkan buat kami.

Nak kata takde usaha, usaha dan doa sentiasa..tidak putus2..mungkin rezeki belum ada. Bersabarlah..

Monday, February 23, 2009

Orang baru yang ditunggu-tunggu..




Minggu ni adalah minggu yang paling mengujakan buat aku. Dalam 1 minggu aku dapat 2 orang anak buah yang baru dilahirkan. Baby lelaki sebelah hubby, baby girl sebelah aku. Biras aku selamat melahirkan anak lelaki 3.06kg pada hari Isnin, 16 Februari 2009. Nama yang diberi ialah Muhammad Irsyad Darwisy. Wah, terbelit-belit lidah aku menyebutnya. Semalam kami pergi menziarahi mereka. Baby Irsyad dah pulang ke rumah walaupun kelihatan ada sedikit jaundice.

Semalam, 22hb February, aku mendapat berita adikku Atikah selamat menjalani pembedahan. Dia memilih untuk berpantang di Kedah, rumah mak mentuanya. Sepatutnya due awal Mac, oleh kerana dia ada kencing manis dan tetiba ada darah tinggi, operation dipercepatkan kepada 24hb Feb. Last2 22hb dia dah mula sakit nak bersalin..jadi lahirlah seorang bayi perempuan seberat 4.28kg! Belum ada nama lagi..kami semua dok menyibuk mengirimkan nama-nama untuk anak perempuan pada mereka berdua. Nama yang terpilih akan memenangi sejumlah wang. Bukanlah nak sangat insentif tu..tapi lebih kepada keterujaan menerima orang baru terutama baby girl sebab akhir2 ni asyik dapat boy jer..termasuklah aku yang tengah berusaha untuk mendapatkan anak perempuan sebagai penyeri rumah tangga kami. (Asyik dok mengendap anak dara orang jer..pantang kalau pegi shopping kompleks, jumpa je orang sorong stroller baby, aku p jenguk nak tgk baby kat dalam tuh..sib baik mak bapak dia tak perasan..ngehngehngeh..)

Plan hujung minggu ni nak balik kampung di Besut (dan terus ke Kedah) pun tak jadi sebab ma, wan dan Ijan nak ke Kedah melawat adik aku tu. So, kalau kami balik pun takde orang..jadi kami pun akan ke Kedah jugak. Insyaallah pada 3 April hingga 5 April kami akan balik kampung di Besut menziarahi nenek yang sudah semakin uzur. Kami balik naik flight sebab aku dah takde cuti nak apply...itu je waktu yang ada sebab bulan 3, schedule aku n hubby dah penuh. Hubby dengan presentation proposalnya, aku pulak nak ke Melaka 13-15 Mac, 28hb standby interview (cuti lagi)..so, paling sesuai adalah awal April.

Bulan Mei nanti kami akan ke Kuching untuk bercuti....cuti lagi....aiyyakkk...

huhuhu..




(pssssttt...jangan terpedaya dengan gambar2 di atas tu...itu bukan gambar baby anak buah kami, tapi baby kami 3 tahun dulu!~Luthfil Hadi~)

Friday, February 20, 2009

Macam bulan mengambang daaaa...

Hahaha...

Rasa nak gelak guling2 bila ada orang kamikaze tunjuk muka kat depan mata aku. Kusangka lebih dari 'Fazura'..atau kurang2nya sipi2 ke..ini langsung tadak rupa 'Fazura' seperti yang didakwa olehnya sebelum ini.

Toksah berangan la..memang padan betul..'bagai pisang lembik dipenyek senduk!(Erkk..macam pernah ku dengar ya..tapi di mana yaaa...)

Atau bahasa lembutnya...macam bulan mengambang daa...


Jauh panggang dari api la beb!

Pssttt..kalau perangai tak semenggah mana..toksah dok mimpi nak terhegeh2 ngan gue beb..

HP kena block!

Marah sungguh aku kat Luqman malam tadi. Terkebil kebil dia.Kesian pulak aku tengoknya.

Malam tadi aku cas hp kat ruang tamu. Seperti biasa, Luqman memang suka main hp aku..dia dah explore semua game2 yang ada dalam hp tu. Tetiba je aku dengar bunyi trott..troott..bila aku tengok hp tu, 'error code'. Aku memang letak password hp dan juga pw simcard..kononnya untuk elak dari kena delete nombor telefon oleh bebudak 2 orang tuh...rupanya, bila dimasukkan sesuka hati no pin, kena blok pulak..hangin sat. Kalau kena block simcard takpe la jugak, boleh call center, ni hp yang kena block! (Hubby cakap, alasan la tu nak beli hp baru!)

Pagi ni, aku sajer2 try masukkan password hp tu. Aik..mau pulak! Alhamdulillah..nampaknya takde chance nak beli hp baru lagik!hehehe

Thursday, February 19, 2009

Dah siap!

Setelah bertungkus lumus selama 3 hari memarking final exam, baru tadi aku submit kepada HEA. Lega sket kepala otak nih.




Opssss...pagi tadi sejurus aku on kan komputer, ada makhluk Allah yang add aku dalam YM. Aku dapat rasa someone cuba menyamar..hahahha..kantoi!!!

Saturday, February 14, 2009

Arghhh...

Bengang dengan orang yang 'cerdik takleh nak ditegur'!

Wednesday, February 11, 2009

Alamak!

Hari ini aku drive ke KL. Bawak sang kancil. Harap2 minggu ni kereta dah siap repair.

Perjalanan ok, smooth..tapi, aku jadi confius bila sampai kat traffic light akhir..sepatutnya belok ke kanan, tapi aku amik jalan terus. sib baik jumpa U turn.

Masa kelas 3 jam, aku bagi aktiviti dalam kumpulan. Buat surat dan presentation. Banyak la jenis2 surat yang keluar yang mana masih lagi ketinggalan zaman.

Time nak balik, kereta buat hal. Alamak! Tak boleh nak start. aku lupa nak tutup lampu.Terus call hubby. Hubby dah risau. Aku cakap, nak try call abang Za, dia kat Low Yatt pulak.

Fikir punya fikir, aku beranikan diri mintak pertolongan dari Pak Guard. Nasib baik dia nak tolong. Pakai 'jumper'. Yang lawaknya time dia suruh aku bukak bonet tu, aku tatau kat mana nak tekan. Dia geleng kepala.perli aku "tau bawak jer..hehhee".malu siott.

Tuesday, February 10, 2009

It's comes around.

I hate this feeling!
Sleepy.

Tak tido semalam.

Habiskan Princess Hour yang lembab macam siput sedut patah kaki tu, then aku continued dengan Coffee Prince yang membuatkan jantungku 'gloomy' sepanjang malam..romantik jap..cehhh.

Kalau nak tengok aku jadi minah jiwang, izinkan aku melayan citer2 yang romantis nih. Confirm! Tapi yang pasti bukan citer Melayu, definitely! hahahaha.

Puzzle blom siap. Tang nak buat awan buat aku naik tension nih! Hah!

Friday, February 06, 2009

Lu fikirlah sendiri!

Sedang aku sibuk mengemaskini laporan kedatangan pelajar, datang seorang pelajar ke mejaku.

Dia : Madam, semalam madam bagi soalan revision kat kelas eh..

Aku : Yup. Kenapa?

Dia : Saya nak mintak dan buat boleh tak? Semalam saya tak datang kelas. Saya tak boleh bangun tido.

semalam kelas aku hari Khamis jam 2-4 petang, dan pelajar ni selalu ponteng kelas kononnya susah bangun pagi! kelas aku paling awal kol 11am dan 2pm sahaja).

Aku : Soal awak tak bangun tido, itu bukan masalah saya..(langsung aku tidak memandang mukanya, serius)

Dia : Ala..boleh la madammm...(buat2 muka kesian dan suara manja depan aku-lelaki!).

Aku: (diam tanpa berkata apa2 dan menyambung kerja)

Dia yang kemalu-maluan depan kengkawannya (bawak kuncu2 mengiringi 3,4 orang), terus blah angkat kaki bila aku buat tak layan.

So, salahkan pensyarahkah kalau pelajar gagal?

Aku bukan lah orang yang kejam sangat.

Aku bukan lah orang yang tidak berperikemanusiaan.

Aku masih ada timbangrasa.

Tapi..jika kali pertama membuat kesalahan/kesilapan, aku masih boleh terima dan maafkan.tetapi tidak untuk kali yang ke3, 4,5 dan seterusnya. Itu mengambil kesempatan atas kebaikan dan peluang yang diberikan.

Untuk apa dilayan orang yang tidak tahu menghargai saat dirinya disayangi dan dipeduli.

Lu fikirlah sendiri!

Tokwan sudah tiada.

1. Sedang aku mengemas beg sekolah anak-anakku, jam 1.15 pagi tadi aku menerima panggilan dari Abang Zul (abang sulung, anak ayah yang dijaga oleh Tokwan sejak dari kecil).

2. Mengkhabarkan berita duka yang sudah dijangka..Tokwan (nenek belah ayah) telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1 pagi.Innalillah. Sebelum ni sudah 2 kali keluar masuk hospital.

3. Aku sempat mengunjunginya semasa balik bercuti pada Hari RaYa Haji yang lalu. Sudah uzur, mata sudah makin kabur, ingatan sudah makin luntur, tapi masih mampu mengingati cucu2 dan cicitnya yang ramai. Usianya sudah mencecah seratus tahun lebih.

4. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Tokwan dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amiin.

Pantun 4 kerat

Lompat si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Ramai yang dah naik meluat,
Dengan tingkah laku YB!

Thursday, February 05, 2009

Buta, pekak dan cengeng!

Kata orang, tanda kita sayang;

Kita akan pertahankan bermati-matian orang yang kita sayang,

Tanpa membiarkan dia diperkotak-katikkan atau dilukakan.

Pendek kata, sekecil2 usaha adalah perjuangan anak kecil yang membaling batu kepada kereta kebal tentera penceroboh di tanah air mereka.

Itu tandanya sayang!

Bukannya pekakkan telinga, butakan mata..

Paling sedih, buta dan pekak mata hati.

Cengeng!

Get you!



Ndak seribu daya!

Yang mana satu? Itu kah dia?
I

Waduhh..kalau tiap minggu macam ni gayanya, boleh mati gue..penat!

Time pergi KL hubby yang hantar, time balik aku kena balik sendiri (hubby ada meeting). Bila kereta nak siap repair ni..sengsaranya hidup takde keta.

Bercakap tentang pengangkutan awam di Malaysia memang menyakitkan hati. Sejak dari dulu dok macam tu ajer..masih di takuk lama.Asyik2 delay..rosak..accident..bla..bla..bla..


II

Masih lagi bertungkus lumus menyiapkan puzzle...dah semakin terbina istana sakura tu.

Ada supporter kecik 2 orang..tapi asyik pressure aku.."bila nak siap ni ibu..cepat la siap ibu.."..huhu..tension2..

Semalam tak larat berjaga lama sangat. Jam 11pm aku dah mula menguap2..ngantuk!


III
Eh! Bila nak pergi UPM ni..bayar duit konvo. Nak naik pentas amik scroll kosong pun kena bayar rm200..hmmmm..

Tuesday, February 03, 2009

1. Demam..dah 2 hari. Semalam MC. Dizzy..

2. Semenjak dua menjak ni dok mengadap puzzle..sampai aku addicted! Makin susah, makin buat aku geram. Tercabar!. Nak tidur pun boleh termimpi2 lagi.

3. Confirm. Aku akan ke Kuching bulan Mei nanti. Tiket pun dah booking. Tengah mengumpul maklumat tentang Sarawak. Apa yang best ek?