1. Sedang aku mengemas beg sekolah anak-anakku, jam 1.15 pagi tadi aku menerima panggilan dari Abang Zul (abang sulung, anak ayah yang dijaga oleh Tokwan sejak dari kecil).
2. Mengkhabarkan berita duka yang sudah dijangka..Tokwan (nenek belah ayah) telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1 pagi.Innalillah. Sebelum ni sudah 2 kali keluar masuk hospital.
3. Aku sempat mengunjunginya semasa balik bercuti pada Hari RaYa Haji yang lalu. Sudah uzur, mata sudah makin kabur, ingatan sudah makin luntur, tapi masih mampu mengingati cucu2 dan cicitnya yang ramai. Usianya sudah mencecah seratus tahun lebih.
4. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Tokwan dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amiin.
No comments:
Post a Comment