Monday, February 23, 2009

Orang baru yang ditunggu-tunggu..




Minggu ni adalah minggu yang paling mengujakan buat aku. Dalam 1 minggu aku dapat 2 orang anak buah yang baru dilahirkan. Baby lelaki sebelah hubby, baby girl sebelah aku. Biras aku selamat melahirkan anak lelaki 3.06kg pada hari Isnin, 16 Februari 2009. Nama yang diberi ialah Muhammad Irsyad Darwisy. Wah, terbelit-belit lidah aku menyebutnya. Semalam kami pergi menziarahi mereka. Baby Irsyad dah pulang ke rumah walaupun kelihatan ada sedikit jaundice.

Semalam, 22hb February, aku mendapat berita adikku Atikah selamat menjalani pembedahan. Dia memilih untuk berpantang di Kedah, rumah mak mentuanya. Sepatutnya due awal Mac, oleh kerana dia ada kencing manis dan tetiba ada darah tinggi, operation dipercepatkan kepada 24hb Feb. Last2 22hb dia dah mula sakit nak bersalin..jadi lahirlah seorang bayi perempuan seberat 4.28kg! Belum ada nama lagi..kami semua dok menyibuk mengirimkan nama-nama untuk anak perempuan pada mereka berdua. Nama yang terpilih akan memenangi sejumlah wang. Bukanlah nak sangat insentif tu..tapi lebih kepada keterujaan menerima orang baru terutama baby girl sebab akhir2 ni asyik dapat boy jer..termasuklah aku yang tengah berusaha untuk mendapatkan anak perempuan sebagai penyeri rumah tangga kami. (Asyik dok mengendap anak dara orang jer..pantang kalau pegi shopping kompleks, jumpa je orang sorong stroller baby, aku p jenguk nak tgk baby kat dalam tuh..sib baik mak bapak dia tak perasan..ngehngehngeh..)

Plan hujung minggu ni nak balik kampung di Besut (dan terus ke Kedah) pun tak jadi sebab ma, wan dan Ijan nak ke Kedah melawat adik aku tu. So, kalau kami balik pun takde orang..jadi kami pun akan ke Kedah jugak. Insyaallah pada 3 April hingga 5 April kami akan balik kampung di Besut menziarahi nenek yang sudah semakin uzur. Kami balik naik flight sebab aku dah takde cuti nak apply...itu je waktu yang ada sebab bulan 3, schedule aku n hubby dah penuh. Hubby dengan presentation proposalnya, aku pulak nak ke Melaka 13-15 Mac, 28hb standby interview (cuti lagi)..so, paling sesuai adalah awal April.

Bulan Mei nanti kami akan ke Kuching untuk bercuti....cuti lagi....aiyyakkk...

huhuhu..




(pssssttt...jangan terpedaya dengan gambar2 di atas tu...itu bukan gambar baby anak buah kami, tapi baby kami 3 tahun dulu!~Luthfil Hadi~)

1 comment:

NeroEcha said...

Debabnya baby tu...4.28kg ...borat tu...