Tuesday, February 24, 2009

Bersyukur

Pagi tadi semasa aku menghantar Luthfil Hadi ke TASKA di Villa Palma, aku ternampak sepasang suami isteri sedang berniaga di bawah payung besar. Tak pernah nampak pulak sebelum ni..biasanya waktu petang ada beberapa orang lelaki yang berniaga burger di tempat tu.

Selepas hantar anak, aku stop kat gerai suami isteri tu. Kononnya nak beli kuih, tapi mereka tak jual kuih..yang ada cuma nasi lemak. Menurut isterinya, hari ni hari pertama mereka mula berniaga, lauk pun belum ada..nak test market dulu.

Aku buat2 ramah bertanya.."Tinggal kat dalam ke?"

Suami: "A'ah..kami tinggal kat Block 3, tingkat 4.

Aku: "Keja kat mana?"

Akak tu menjawab.."Akak dah berhenti kerja, amik VSS".

Aku : "Kat kilang di Nilai ke?"

Isteri: "Tak laa..kat Samsung, Senawang"

Aku.."Ooooo...teruk ek sekarang nih..abih, 2-2 ke berhenti kerja"

Suami: "A'aa..kami 2-2 amik VSS, kat rumah tak tau nak buat apa..tu yang cuba berniaga"

Dalam hati aku.."Baguslah..sekurang2nya cuba memperbaiki keadaan dan tidak hanya berserah pada nasib. Usaha untuk mencari pendapatan. Mungkin dengan cara membeli jualan mereka, dapat membantu bisness kecil-kecilan mereka. Menolong sesama Islam.

Terus aku teringat kat kakak dan abang ipar, adik dan adik ipar aku yang kerja di Shah Alam. Diorang pun pernah ditawarkan VSS, tapi tak ambil. Selalu aku dengar diorang merungut sebab kilang selalu shut down dan mereka dipaksa untuk bercuti. Sudah la elaun2 yang lain tu dah di potong, OT pun tak boleh buat.

Tak dapat nak dibayangkan bagaimana kehidupan nak diteruskan. Dengan ada anak yang bersekolah dan baby kecil.

Kami rasa hidup kami dah susah, rupanya orang lain lagi susah. So, sepatutnya kami bersyukur dengan rahmat Allah yang dicurahkan buat kami.

Nak kata takde usaha, usaha dan doa sentiasa..tidak putus2..mungkin rezeki belum ada. Bersabarlah..

No comments: