Monday, May 26, 2014

Resepi asas roti

Resepi roti asas

500gm tepung roti/high protien
250 ml air sejuk/biasa
100gm gula castor
4 sdb susu tepung
1sdt garam halus
1sdt bread improver
1sdt bread softner
1bj telur - dipukul sedikit dengan garfu
1 paket yis (11 gm)
80gm marjerin/butter/shortening
bancuhan susu tepung+air utk sapuan sebelum bakar
sedikit bijan - utk tabur

Cara buat:

Masukkan air ke dalam breadmaker
Kemudian masukkan tepung, gula, garam, susu, b.i, b.s telur dan yis.
Pilih menu no 8 (uli sahaja)
Selepas 14 minit, barulah masukkan marjerin, uli lagi sehingga mendapat doh yang elastik dan berkilat.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Tumbuk untuk keluarkan angin
Timbang doh 40gm setiap biji sehingga habis, bulatkan dan susun di dalam loyang yg telah digris dengan marjerin. rehatkan sehingga doh naik
Spray dengan bancuhan susu+air
Tabur bijan, bakar pada suhu 160C (panaskan oven terlebih dahulu)
Bakar sehingga perang, bila sudah masak cepat2 keluarkan dan sejukkan di atas redai. Sapu butter pada roti utk nampak berkilat.

#Doh ini juga boleh digunakan untuk membuat pizza, letak inti kaya, sardin, kacang merah dan sebagainya.