Thursday, December 28, 2006

Geramnyer aku...

Dari malam tadi aku geram sebenarnya sampai susah nak tidur. Orang kata, sebelum kita tidur, kita kena maafkan semua kesalahan orang pada kita. Aku dah maafkan, istighfar dan cuba lupakan..tapi otak aku tidak dapat berhenti dari terus berfikir. Memang orang yang lahir bulan September nih kuat berfikir kot sampai aku takleh tido!!

Puncanya..aku diberi tugas untuk mengajar subjek ITB yang aku tak suka sebab aku rasa aku tak boleh. Selain dari subjek ni baru bagi aku, aku bukannya ada background business. AKu geram sebab diorang tak bincang dulu dengan lecturer, tanya boleh ke tak boleh..ini main pakai passing je...mana boleh macam tuh!. Kalau ye pun nak train multitasking lecturer, tapi takkan sampai nak memperjudikan nasib budak2..Ish geram la aku. Bos aku cakap kat aku, sahut cabaran, aku boleh buat..macam la dia yang lebih tahu pasal keupayaan aku lebih dari diri aku. Kalau macam tuh, nape tak bagi je subjek enggineering kat aku suruh aku ajar. BOleh je ajar sebab ada nota..aku masuk kelas..bla..bla..bla..then blahhh!..Lantak la budak2 tuh nak jadi macammana. Tapi itu bukan cara aku..aku tak suka buat keja tak sepenuh hati. Stail aku, buat keja mesti sempurna..teratur, and everything in my hand. Tapi macammana aku nak sepenuh hati..sedangkan aku sendiri tak yakin dengan diri aku..n knowlegde yang aku ada tentang subjek nih..ish..geram laa...

Aku bukan menolak tugas, malahan dari dulu lagi aku mintak tukar untuk ajar subjek BC program X. Ini bidang aku..aku sambung belajar pun sebab aku minat bidang nih...then bila aku tanya coordinator, dia bgtau bukan dia yang buat keputusan..kata keputusan bersama..Ewaahh-ewaaahh..main passing2 pulak tak nak tanggungjwab..apa peranan dia sebagai coordinator..gunakanlah kuasa yang diberi untuk menentukan subjek n bidang lecturer. Kat lecturer lain dia boleh pulak cakap sebab lecturer tu tak boleh ajar subjek lain..abih yang aku nih bukan bidang aku boleh pulak dia beri..tak fair langsung!! Wehhh..geram sihhh...sib baik aku nih jenis yang bila bangun tido, peratus geram aku dah semakin menurun...tapi kalau dah terpaksa aku ajar, aku redah je la..jangan pulak aku disalahkan kalau result student tak perform!!!

Kawan Baru

Bulan ni agak kerap aku bercuti. Bukan cuti2 Malaysia tetapi bercuti untuk menguruskan hal pengajianku. Semalam aku ada taklimat di Fakulti, nasib baik hubby ada untuk menemani aku. Lepas dia hantar aku, dia kembali ke officenya.

Taklimat bermula jam 9 pagi..ngam2 aku sampai, majlis baru saja bermula. Semasa sesi pengenalan pensyarah, ada sorang pensyarah tu macam aku kenal..macam pernah ku tengok, tapi di mana yaa???...macam glamer je dia. Rupanya dia Dr. Lee Swee Tin (betul kenih?)..alaaa..penulis terkenal tuh..penyajak, penyair..entah apa2 lagi. Mmmm.very nice guy...aku suka gak baca karya2 dia..tapi takde la ikut sangat perkembangan. AKu kagum dengan dia sebab cinta dia pada sastera Melayu. Penah aku baca kisah2 dia semasa zaman dari persekolahan macammana dia mula2 minat dengan kesusteraan Melayu.

Selepas sesi pengenalan dengan pensyarah, ada break sekejap. Alamak..rasa kekok la pulak sensorang takde geng. Yang aku kenal kat situ cuma Dr. Washima (lecturer english aku masa degree dulu) dan Mai (Staf GSO). Takkan aku nak join diorang pulak. Diorang staf univ, aku budak sekolah jek..segan sihh..

Masa nak pegi makan tuh, aku nampak sorang minah ni jalan sensorang jugak. Nampak muka macam umur muda lagi..muka blurr macam aku gak ler. Tapi aku at least dah familiar dengan univ dan fakulti nih, takde la risau sangat, kiranya boleh lagi la aku hidup. Aku cuma blurr takde geng je..Last2 dia tegur aku dulu.."Lecturer ke?" Huh!! Aku ada rupa lecturer ke? hikhikhik..memang aku lecturer, tapi lecturer kolej, bukan lecturer univ..hehehe...coming soon k! Lepas aku kata aku pun macam dia..budak sekolah, dia senyum lebar je..hehehe..ada geng dah. Sesi perkenalan bermula...jeng!jeng!jeng!

Time kami makan, ada lagi orang yang tengah cari classmate..same course! Kali ni aku dapat kawan yang keja kat Utusan. Wartawan hiburan lagi you!! Huhuhu...pasni gosip2 pasal artis aku tau dulu la..hahaha..jadik wartawan tak bertauliah pulak...Menurut kawan baru aku nih, 80% gosip pasal artis adalah benar belaka..pulak! Sib baik aku dah tak minat Mawi..!!

Tuesday, December 26, 2006

Berkelah di PD






Cuti hari Ahad lepas kami telah berkelah ke PD. Bertolak dari rumah hampir jam 9 pagi. Kakak ipar sekeluarga, FIL and adik ipar aku ikut serta. Diorang yang planning, kami kebetulan tak kemana2 hari tu, ikut aje la. Aku masak mee goreng dan bawak keropok.. Sampai di PD, mereka semua menunggu kami. Banyak pulak makanan yang dibawa. Ada nasi lemak, sandwich, BBQ ayam, jajan dan sebagainya. Aku tak mandi..tengok ramai sangat orang. Lagipun baby sape nak jaga. Cuma hubby je yang bawak luthfil berendam air masin..Sekejap je..itu pun luthfil dah menangis-nangis pedih. Kesian pulak aku tengok, terus aku mandikan dia dengan air paip.

Luqman pulak memang dari dulu penakut dengan air laut. Agaknya dia takut tengok ombak. Mata aku memang tak lepas dok perati kat tengah2 laut tuh. Teringat pulak tragedi Tsunami tahun lepas.

Pak usu panggil join mandi laut, dia lari nyorok kat dalam khemah. Last2 kena usung dengan ayahnya. Tapi dia peluk kuat2 leher ayahnya tak nak lepaskan..pandai pulak tuh cakap 'That's great ayah!!!'..tapi tak mo turun dari dukungan ayahnya.

Selepas habis mandi-manda, makan2 dan aku sempat tidur..kami pun berangkat pulang jam 3 petang.

Thursday, December 21, 2006

Kembali ke sekolah

Semalam kononnya aku mohon cuti untuk menonton CINTA bersama hubby. Tapi rancangan kami tak kesampaian lagi apabila ada beberapa kejutan yang berlaku pada hari Selasa menyebabkan kami terpaksa melupakan hasrat untuk beronggeng di Mines.

Hujung tahun ni, 30hb Disember merupakan ulang tahun yang pertama buat Luthfil, anakku yang ke2. Tapi nampaknya kami menyambutnya awal daripada jangkaan..hari jadi yang disambut tanpa kek, tanpa makanan..hanya sebatang lilin yang besar dan panjang berwarna putih..Ohhh..apa maknanya?..hehehe..abang long tak putus2 nyanyi Hepi Birthday kat adiknya bila aku nyalakan lilin. Dia ingat..nyala lilin je, hepi birthday..padahal kat umah kami takde letrik!!!

Selepas menyetelkan beberapa hal kat Nilai, aku dan hubby bergegas ke U*M. Aku nak jumpa kawan kat bahagian SPS. Dalam hati aku masih macam tak percaya yang aku akan kembali menjadi budak sekolah..huhuhu..lepas ni macammana la keadaan aku..boleh tak aku bahagikan masa, dengan kerja, dengan belajar, dengan suami dan anak2. Tapi hubby dah janji nak bantu aku. Aku dah bersyukur banyak2 sebab dia nak tolong...sekurang2nya sokongan mental dan memahami keadaan aku pun dah kira baik.Tapi yang aku nampak, dia lak yang teruja bila aku nak sambung belajar...Syukur Alhamdulillah...mak aku kat kampung pun merestui..siap nak sponsor lagi tu. Itu yang membuatkan aku cukup terharu. Semoga ada perubahan ke arah yang lebih baik kepada keluarga kami sempena penghijrahan aku ni. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian. Hopefully...

Semoga Alah mengurniakan aku kekuatan, kecekalan, ketabahan dan kesabaran buat kami semua untuk menghadapi semua ini. Amiin.

Tuesday, December 19, 2006

Tiada Lagi - Amy Search

Bila aku dengar Fiq (Mentor 2) nyanyi lagu ni..aku rasa macam pernah kudengar..layan je laaa...

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta

Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Thursday, December 14, 2006

Eragon besttttt!!!!

Hari ni aku tak masuk keja, aku EL sebab kepalaku ding dong tak cukup tido. Kenapa aku tak cukup tido? Sebab aku lambat tido..kenapa lambat tido? Sebab aku tak boleh tido..kenapa tak leh tido? Sebab..aku sakit hati wooo...termasuk ler sebab aku dah 2,3 hari ni asyik kena hujan je..nak jadik penyebab orang kata.

Aku ingat nak rehat2 je kat umah, tapi boring pulak dok sorang2..so aku mintak hubby temankan aku. Mulanya hantar Luqman sorang je ke Taska, pastu macam2 planning datang kat kepala. Kalau dok lepak kat rumah je, rugi cuti. So, dalam kol 12 aku bersiap2 then hantar Luthfil ke Taska. Kami menuju ke Seremban kat Plaza Ampangan. Aku nak potong & cuci rambut. Dah lama nak potong, tapi takde masa. Aku memang tak boleh berambut panjang, selain daripada rambut banyak gugur, aku rimas dan mudah dapat sakit kepala. Sebabnya, pagi2 mandi basahkan rambut, pastu sehari suntuk dalam tudung. Sampai kat Plaza Ampangan, Salon Kak Amy, dia pulak takde. AKu suka potong dan cuci rambut kat sini sebab servis dia okey..siap picit2 dan urut kepala lagi. Lega dan ringan rasanya. Sekarang rambut aku dah kontot. Aku potong rambut ni ibarat aku nak buang 'sakit kepala' aku yang menyerang aku semalam. Biar kubuang jauh2 apa yang menyakitkan aku Cuma aku tak boleh buang hati aku je..Kalau aku buang, aku pulak yang mati woo...

Lepas potong rambut dan solat zohor, aku ajak hubby nak tengok wayang. Kiranya hari ni aku nak hepi la bersama orang tersayang. Kami tak penah tengok wayang kat Seremban, so tak tahu kat mana ada pawagam..punya la jakun. Seingat aku semalam, student aku bagitau dia tengok wayang kat Terminal 1. .tapi masa kami lalu kat depan stesyen bas, takde pulak nampak sebarang tanda2 terdapat pawagan kat area situ. So hubby drive ke Seremban 2. Punyala buang masa..then pusing balik ke terminal 1. Rupanya kat sebelah bangunan satu lagi.

Sampai di terminal 1, dah pukul 3, makan pun belum,perut dah berkeroncong. Kami terus ke GSC kat tingkat atas. Hahaha..macam biasa..dah sampai depan kaunter pun tak decide lagi nak tengok citer aper. Aku teringin nak tengok CINTA, tapi waktu tanyangan jam 6.20pm..cancel!!! Then hubby ajak tengok CicakMan, aku tak nak. Aku rasa kot tak berbaloi bayar tiket RM16(2 orang) tengok citer macam tu. Alang2 tengok movie, biar yang best sket. Kebetulan hari ni hari pertama filem 'Oregon' ditayangkan. Hubby tanya aku..macammana..nak tak? Aku okey je...tapi aku warning kalau tak best..dia kena belanja aku tengok CINTA! Tayangan pukul 4.25pm, so masa banyak lagi, kami turun bawah pegi cari kedai makan. Teringin lak nak makan pizza. Kat Terminal 1 takde Pizza Hut, yang ada cuma Shakey's Pizza. Ya allh..sikit punya lembab service kat situ. Nampak pekerja ramai, tapi dekat setengah jam tunggu makanan baru sampai. Itu pun satu2 sampai..hangin je aku..

Pukul 4.25pm tayangan bermula. Bagi aku, citer ni best, menarik dan okey la pada sesape yang berminat dengan citer2 action. Dengan pemandangan gunung ganang, hutan belantara yang cantik...Terasa kita yang turut bersama terbang menaiki burung naga

Starring :Jeremy Irons, John Malkovich, Garrett Hedlund, and Sienna Guillory. Based on the book by Christopher Paolini..

Filem ini mengenai kisah seorang anak muda (Eragon) yang tinggal di sebuah ladang bersama sepupu dan pakciknya, dengan tidak sengaja menemui sebiji 'batu' ketika keluar berburu. Dia kemudian membawa 'batu' itu pulang ke rumah. Suatu hari 'batu' itu bergerak..dan keluarlah seekor anak naga yang comel..

Eragon rupanya dipilih menjadi penunggang naga tersebut (naga betina) untuk menyertai kumpulan pemberontak bagi menetang raja yang zalim (apa nama ntah..aku tak ingat). Yang seterusnya..korang tengok ler sendirik..aku bukan reti nak citer..tapi citer tu best ler..ada part2 sedih yang membuat mataku berkaca2..sedih! Suara naga tu soft sangat..keibuan gitew! Dan ada gak part2 yang lawak...contohnya Eragon selalu terkena dengan Broom yang memerlinya dengan berkata.."Engkau mempunyai satu bahagian keberanian, 3 bahagian lagi adalah kebodohan"..

Keluar dari pawagam, aku hepi je..puas hati tengok citer tu. Hilang sikit sakit hati dan sakit kepala. Cuma yang tak syok kat pawagam tu adalah susun atur kerusi yang mana menghalang pemandangan orang belakang. Jadi selain dari dapat melihat citer Eragon, aku juga dapat melihat beberapa biji kepala yang terjongol kat skrin depan tuh!!!


Tuesday, December 12, 2006

Lain yang dirancang...lain yang dapat!

Sudah agak lama aku tidak menonton wayang dengan hubby. Pertama kali aku masuk pawagam tahun 2004 kalau tak silap. Masa tu hubby ajak aku tengok citer Kungfu Hustle arahan dan lakonan Stephen Chow. Feveret actor dia la tuh. Aku dulu tak minat mamat nih sebab bagi aku lawak dia melampau2 tak logiknyer. Tapi kalau dah selalu tengok (hubby ada koleksi citer dia) lama2 aku pulak jadi minat. Kami tinggalkan Luqman dengan MIL kat Klang. Aku yang first time masuk pawagam masa tu, rasa macam jakun je..hehehe..mana taknyer, time bercinta tak penah pegi tengok wayang.

Kali kedua hubby ajak pegi tengok citer Star Wars: Episod 3. Masa tu aku tengah pregnant Luthfil...5,6 bulan kot.Mulanya aku agak takut nak tengok citer tuh. Yelah, ntah apa2 watak dengan muka yang tak siap. Aku teringat pesan orang tua2, kang keluar muka buruk aku lak yang terkejut..tak pasal2 kena badi kat baby aku. So, part2 yang aku rasa macam kureng sesueei je, aku palingkan muka ke arah lain..atau aku buat2 selamba je. Hubby toksah cakap la..mata dia tak lepas tengok kat skrin.Alhamdulillah, sib baik muka anak aku elok je. Cuma dia suka buat muka lawak dia dengan gayanyer tersendiri buat kami sakit perut ketawa.

Last week kunun2nyer nak berdating le ngan hubby tengok citer yang tengah banyak ditayangkan kat pawagam. James Bond, CINTA, Happy Feet, Dejavu, Posessed, Last Call, Nana Tanjung, dan banyak lagi lah..aku tak hafal pulak. Kebetulan pulak hari Rabu tuh, hubby merajuk dengan aku(aissyeh...aku bukan reti nak pujuk puunnnn!!!). So, aku dengan ayunyer tepon dier ajak tengok wayang. Planning nak kuar pagi..aku ada hal pulak. So pukul 2pm aku baru kuar naik komuter ke MidValley,dia tunggu aku kat Serdang.

Sampai je MV, kami isi perut dulu kat Food Court. Mana tau tengah asyik menonton perut berbunyi, ilang consentrasi. So, aku pilih makan laksa Penang sementara hubby makan mee kari. Tak beshh langsung!!! Aku makan pun amik syarat je sebab perut tengah lapar giler..lain kali idok le aku beli kat kedai tu lagi, kiranya tu pertama dan terakhir ler..reganyer pun boleh tahan, standard la tempat macam tuh.

Abis makan, kami meluru ke pawagam. Ingatkan takde orang, sengaja aku pegi hari orang keja, rupanya orang lain pun tak keja jugak pada hari keja. Silap besar laaa..baru aku ingat budak2 sekolah ngan budak2 U tengah cuti. Tengok Q pun dah macam ular kena palu. Macammana nih..tu belum decide lagi nak tengok citer aper..1st priority nak tengok James Bond..dah full. Next session kol 6pm..giloosss..takkan nak maghrib kat dalam tuh..paling kurang pun kol 8pm baru abis.2nd, Happy Feet (aku yang beria nak tengok!!) pun abis..nak tengok CINTA...pun abis. Aku dengan nada bergurau cakap kat hubby, kita tengok Nana Tanjung aje la..Huh!! kena rejek ngan hubby. Dia memang anti citer Melayu yang lawak tak berapa menjadi tuh. Dok decide nak tengok citer apa pun dah dekat setengah jam. Alang2 dah sampai MV, kita tengok je lah citer apa bang..aku memujuk., tapi tidak ler sampai nak tengok ntah aper2 citer..Ntah aper2 citer pun sold out jugak!Alamatnyer kami terpaksa melupakan hasrat nak menonton wayang. . Tak pe lah..janji kami dapat berdua-duaan ..Ahaks.. Siap planning nak pegi minggu ni pulak, bukan lagi ke MV tapi ke Mines!!

Rancangan nak tengok wayang tak jadik, kami pegi jalan2 merayau window shopping kat JJ. Mulanya tak nak beli apa2...konon je la, last2 kopak gak la seratus lebih. Beli tuala, buku luqman, crayon, dan aku sendiri dapat satu benda yang dah lama aku nak..hehehe..CD Uji Rashid!! Best lagu2 lama dier. Bagi aku suara dia unik yang mana takde lagi penyanyi yang macam suara dia.

Mmmm..lain yang dirancang, lain yang jadi!!!

Friendship

There are many moments in friendship, as in love, when silence is beyond words. The faults of our friend may be clear to us, but it is well to seem to shut our eyes to them.

Friendship is usually treated by the majority of mankind as a tough and everlasting thing which will survive all manner of bad treatment.

But this as an exceedingly great and foolish error; it may die in an hour of a single unwise word; its conditions of existence are that it should be dealt with delicately and tenderly, being as it is a sensitive plant not a roadside thistle. We must not expect our friend to be above humanity.

To all my beloved friend...thank you for being my friend!!!

Monday, December 11, 2006

Ke mana menghilang?

Semenjak dua menjak ni, aku jadi seorang perindu kepada kawan2 lama..macam jejak kasih pulak rasanya. Agaknya dah tak lama kot..hehehe..orang kata, kalau kita teringin nak jumpa kawan2 lama yang dah lama tak bersua..itu tanda kawan kita juga rindu pada kita..orang kata juga..itu tanda umur kita dah tak lama!hehehe..yang mana satu agaknya aku..


Danie & Alesya


Apa yang aku nak cerita kat sini sebenarnya tentang kawan aku Danie yang berada di UK. Apa khabar agaknya dia. Dah lama aku tak nampak dia online. Sebelum raya baru2 ni, aku dengar dia baru start keja. Dulu dia penah bagitau aku, dia nak balik beraya kat terengganu. Ke mana menghilang, rindu aku pada dia dan Alesya yang comel tu. Selalunya kami berchit chat bertanya khabar. Sekarang sunyi sepi. Bila aku lawat FP dia, nampak dah lama tak berupdate..ada masalah ke..buzy ke atau aper..kalau Danie terbaca coretan ni, tolong kirim berita..ok!

Sunday, December 10, 2006

Istimewa seorang wanita

Dikisahkan, pada suatu hari...

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa mak menangis?"
"Kerana mak seorang wanita", kata ibu kepadanya.
"Tak fahamlah mak", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "...dan kau tak akan pernah memahami"
Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa mak suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetapi tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya Tuhan mengilhamkan kepadanya, dan jawapan itu terungkai... "mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Tuhan mengilhamkan: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan apabila ia memerlukan."

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat di mana cinta itu ada."

Kata pujangga..mata merupakan pintu hati kepada jiwa seseorang..

p/s...berbanggalah kerana dilahirkan sebagai wanita yang mempunyai banyak kelebihan yang tidak terhitung banyaknya.

Wednesday, December 06, 2006

KAWAN



Aku pasti setiap orang memerlukan KAWAN dalam hidup..tanpa KAWAN hidup kesunyian..tanpa KAWAN langkah terasa sumbang. KAWAN merupakan cermin bagi diri kita. Kalau nak tahu macammana sikap atau personaliti seseorang..tengoklah siapa KAWAN di sekelilingnya. Oleh itu, berhati-hati dalam memilih KAWAN..silap langkah, KAWAN yang akan menarik kita ke lembah kehinaan..

Ada satu perumpamaan yang mengatakan, kalau kita berkawan dengan tukang besi, kita akan turut mendapat percikan besi, kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi..sedikit sebanyak kita akan dapat tempias wanginya..

Ada satu coretan yang aku jumpa tentang apa itu KAWAN...agak menarik untuk dikongsi bersama.


KAWAN

Kata mak,
KAWAN ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.

Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik, dipegang sakit.

Kata atuk,
KAWAN tu seperti air,
yang terus mengalir.

Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan,
dipuja dan disanjung, tapi nun jauh di atas sana.

Kata saudara,
KAWAN tu macam makanan,
KAWAN makan KAWAN.

Kata abang,
KAWAN tu seperti lembu,
mengikut saja apa dikata.

Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian,
bau je busuk tapi sedap dimakan.

Kata adik,
KAWAN tu macam biskut,
sekejap ada, sekejap takde.

Kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah macam mana,
Walaupun dia ibarat LEBAH, umpama BUNGA ROS, seperti AIR, bak BULAN, seperti LEMBU, tak ubah macam DURIAN dan macam BISKUT...

tapi bagi aku...selagi kita KAWAN, kita tetap KAWAN di dunia sampai AKHIRAT!!!