Bulan ni agak kerap aku bercuti. Bukan cuti2 Malaysia tetapi bercuti untuk menguruskan hal pengajianku. Semalam aku ada taklimat di Fakulti, nasib baik hubby ada untuk menemani aku. Lepas dia hantar aku, dia kembali ke officenya.
Taklimat bermula jam 9 pagi..ngam2 aku sampai, majlis baru saja bermula. Semasa sesi pengenalan pensyarah, ada sorang pensyarah tu macam aku kenal..macam pernah ku tengok, tapi di mana yaa???...macam glamer je dia. Rupanya dia Dr. Lee Swee Tin (betul kenih?)..alaaa..penulis terkenal tuh..penyajak, penyair..entah apa2 lagi. Mmmm.very nice guy...aku suka gak baca karya2 dia..tapi takde la ikut sangat perkembangan. AKu kagum dengan dia sebab cinta dia pada sastera Melayu. Penah aku baca kisah2 dia semasa zaman dari persekolahan macammana dia mula2 minat dengan kesusteraan Melayu.
Selepas sesi pengenalan dengan pensyarah, ada break sekejap. Alamak..rasa kekok la pulak sensorang takde geng. Yang aku kenal kat situ cuma Dr. Washima (lecturer english aku masa degree dulu) dan Mai (Staf GSO). Takkan aku nak join diorang pulak. Diorang staf univ, aku budak sekolah jek..segan sihh..
Masa nak pegi makan tuh, aku nampak sorang minah ni jalan sensorang jugak. Nampak muka macam umur muda lagi..muka blurr macam aku gak ler. Tapi aku at least dah familiar dengan univ dan fakulti nih, takde la risau sangat, kiranya boleh lagi la aku hidup. Aku cuma blurr takde geng je..Last2 dia tegur aku dulu.."Lecturer ke?" Huh!! Aku ada rupa lecturer ke? hikhikhik..memang aku lecturer, tapi lecturer kolej, bukan lecturer univ..hehehe...coming soon k! Lepas aku kata aku pun macam dia..budak sekolah, dia senyum lebar je..hehehe..ada geng dah. Sesi perkenalan bermula...jeng!jeng!jeng!
Time kami makan, ada lagi orang yang tengah cari classmate..same course! Kali ni aku dapat kawan yang keja kat Utusan. Wartawan hiburan lagi you!! Huhuhu...pasni gosip2 pasal artis aku tau dulu la..hahaha..jadik wartawan tak bertauliah pulak...Menurut kawan baru aku nih, 80% gosip pasal artis adalah benar belaka..pulak! Sib baik aku dah tak minat Mawi..!!
No comments:
Post a Comment