Tuesday, December 26, 2006
Berkelah di PD
Cuti hari Ahad lepas kami telah berkelah ke PD. Bertolak dari rumah hampir jam 9 pagi. Kakak ipar sekeluarga, FIL and adik ipar aku ikut serta. Diorang yang planning, kami kebetulan tak kemana2 hari tu, ikut aje la. Aku masak mee goreng dan bawak keropok.. Sampai di PD, mereka semua menunggu kami. Banyak pulak makanan yang dibawa. Ada nasi lemak, sandwich, BBQ ayam, jajan dan sebagainya. Aku tak mandi..tengok ramai sangat orang. Lagipun baby sape nak jaga. Cuma hubby je yang bawak luthfil berendam air masin..Sekejap je..itu pun luthfil dah menangis-nangis pedih. Kesian pulak aku tengok, terus aku mandikan dia dengan air paip.
Luqman pulak memang dari dulu penakut dengan air laut. Agaknya dia takut tengok ombak. Mata aku memang tak lepas dok perati kat tengah2 laut tuh. Teringat pulak tragedi Tsunami tahun lepas.
Pak usu panggil join mandi laut, dia lari nyorok kat dalam khemah. Last2 kena usung dengan ayahnya. Tapi dia peluk kuat2 leher ayahnya tak nak lepaskan..pandai pulak tuh cakap 'That's great ayah!!!'..tapi tak mo turun dari dukungan ayahnya.
Selepas habis mandi-manda, makan2 dan aku sempat tidur..kami pun berangkat pulang jam 3 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment