Friday, July 28, 2006

Opis baru

Jeng!jeng!jeng! Tak sukanya aku kena pindah ke opis baru..opsssss...opis je baru..bukannya company baru. Actually, kami kat blok A1 diarahkan pindah ke Blok A3 sebab blok A1 nak dijadikan Sekolah Engineering. Malasnya aku nak berkemas. Sayang jugak nak tinggal tempat nih yang aku dah duduk hampir 5 tahun. Macam2 kenangan yang aku lalui..di samping kawan2 yang silih berganti.

Walauapapun, aku malas nak berkemas lagiiiii...dah la kat tempat baru tu belum masuk line internet...huhuhu...bosannyer tak leh ber'ym' dan berblog la pasnih...

Thursday, July 27, 2006

Jawatan Kosong

Pengumuman kepada sesiapa yang tengah mencari pekerjaan sekarang..tak kira la yang sedang menanam anggur ke atau yang nak berubah angin ke tempat kerja baru ke..aku ada maklumat tentang beberapa jawatan kosong yang perlu diisi segera oleh mereka2 yang berminat dan berkelayakan;

Jawatan;
1) Programmer
2) Admin Executive
3) Marketing Executive

Kelayakan minimum;
1) Diploma/degree yang berkaitan
2) mempunyai pengalaman adalah satu kelebihan
3) Fasih berbahasa Inggeris

Kepada yang berminat; bolehlah menghantar resume anda ke email
zahir@bizz.com.my atau ke alamat:

Pengurus Sumber Manusia
HTU Technologies & Development,
No 30-3 & 32-3,
Jalan Dagang, SB 4/2,
Taman Sungai Besi Indah,
Seksyen 4, 43300 Seri Kembangan,
Selangor

Tel: 03 8945 2108
Fax: 03 8945 4108

Epilog: Akhirnya Mawi ingkar pesanan Tunku Mahkota Johor

N3 ni dah lama aku buat, tapi setelah beberapa kali mencuba untuk publish..asyik not connected je..boring aaa...tambah lak akhir2 nih aku bz sket..so..baru ni je berkesempatan..ok la walaupun citer nih dah basi..

BEBERAPA hari selepas muncul juara Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) tahun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar memberi pesanan kepada Mawi supaya jangan memutuskan pertunangan dengan Nordiana atau Ina, sambil berkata, “Jangan lepaskan tunang awak...” sambil jari telunjuk baginda diangkat dan digoyangnya beberapa kali di depan Mawi.Mawi yang cuma senyum sedikit mengangguk-angguk kepalanya dan kemudian apabila pihak media bertanyakan komennya berhubung pesanan Tunku Mahkota itu, Mawi dengan yakin berkata, “Insya-Allah, saya akan ingat dan junjung pesanan Tunku Mahkota sebagai azimat dan peringatan. Yang penting jaga hati... dan saya ikhlas.”

Kelmarin, apabila media melaporkan Mawi secara rasmi memutuskan pertunangannya dengan Ina, ternyata ia bercanggah dengan ikrar janji Mawi dulu. Tidak sampai setahun janji Mawi yang mengaku menjunjung nasihat Tunku Mahkota itu, akhirnya dia terpaksa ingkar. Pesanan Tunku Mahkota itu tidak boleh lagi dijadikan azimat buat Mawi.Banyak pihak dalam industri hiburan lega dengan janji Mawi itu, apatah lagi berdasarkan imej diciptanya semasa berada di AF3 dengan gaya Islamik dan ala ‘lelaki Melayu terakhir’. Sudah tentu ramai yakin janji dipegang Mawi akan dikotakannya kerana sebagai Muslim, falsafah janji itu sangat besar makna dan hikmahnya apatah membabitkan soal kahwin.Golongan media ketika itu sudah mula bimbang kerana kesan populariti yang diraih Mawi sejurus meninggalkan AF3 adalah satu kejadian luar biasa. Mawi mencipta fenomena yang tidak pernah dikecapi mana-mana artis di Malaysia sebelum ini, waima Allahyarham P Ramlee dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad pun bukannya ‘naik mendadak’ dari segi populariti seperti Mawi.Kebimbangan menjurus hal peribadinya yang sudah bertunang dengan Ina, gadis kampung yang bekerja kilang sebagai operator pengeluaran. Ini kerana status Mawi sebagai penyanyi yang begitu popular akan menghadapi laluan sukar untuk dia berada dalam landasan kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan yang tinggi kerana perbezaan darjat, status, kemewahan, gaya hidup, cita rasa, keinginan, nafsu serta dilimpahi sanjungan berlebihan.

Bukan untuk mempertikai, tetapi masa itu kita dapat jangkakan sukar bagi Mawi sebagai orang baru yang mengalami kejutan budaya mampu mengurus popularitinya yang hebat itu. Sukar baginya untuk bersikap lebih teguh pada cinta dalam ikatan pertunangan, iaitu ketika beliau ‘belum ada apa-apa’ dan tidak dikenali pun dalam industri hiburan hingga berubah menjadi rich and famous. Bukan calang-calang insan yang mampu teguh kesetiaannya seperti diharapkan itu. Sudah tentu Mawi harus ada will power untuk terus memupuk kasih, kesetiaan dan memegang janji terhadap Ina, sesudah dia berada dalam spektrum kehidupan mewah dan penuh sanjungan.

Ketika itu juga, sebenarnya ramai antara kita sudah meramalkan, tidak hairan Mawi akan kecundang dalam ikatan cintanya terhadap Ina kerana perubahan mendadak hidup Mawi selepas menjadi manusia popular sebegitu memerlukan keteguhan hati luar biasa, apatah lagi harus berkahwin dalam tempoh terdekat sebagaimana janji mereka sewaktu pertunangan. Ini ditambah imejnya yang sudah menjadi somebody berbanding tunangnya yang nobody. Malah, mungkin orang di sekelilingnya masa itu termasuk keluarga, pengurusan dan peminat fanatik pula mahukan dia supaya tidak perlu lagi berfikir soal kahwin kerana perjalanan karier dan popularitinya sedang memuncak apatah lagi usia Mawi baru 25 tahun. Sudah tentu, tidak hairan hati Mawi boleh berubah dengan mudahnya dan faktor inilah juga mungkin dilihat boleh dijadikan alasan yang tidak diisytihar.Akhirnya, ramalan senyap selama ini menjadi kebenaran. Ikatan janji menerusi pertunangan yang dibuat dengan rela dan reda tiba-tiba diputuskan dengan alasan rapuh.

Maka janji Mawi yang pernah diucapkannya: “yang penting jaga hati... dan saya ikhlas” kini menjadi slogan kosong dan tidak bererti lagi kerana Mawi sendiri yang putuskan tunangan mereka, bukan Ina.Kita menyedari soal rezeki, jodoh dan ajal maut di tangan Tuhan. Namun, setiap kejadian akan ada sebab dan musabab. Maut tidak akan datang kalau tidak ada sebab, rezeki tidak akan berhasil tanpa ada usaha dan begitu juga jodoh, ia tidak akan berlaku kalau tidak diikhtiarkan.Demikian jugalah persoalan putus tunang Mawi-Ina. Bukan faktor putus itu yang kini dipersoalkan tetapi sebab dan musabab serta punca ke arah itu yang menjadi pertanyaan dan kekecohan. Tanpa penjelasan jujur dan terbuka, sebaliknya kelihatan lebih banyak dalam nada berhelah, berteka-teki dan berdolak-dalik, pertunangan itu diputuskan hingga menimbulkan kehairanan dan tanda tanya peminat.

Ada yang marah, suka, kecewa, geram dan bersyukur. Itu hak masing-masing.Soalnya, selepas bapanya meninggal dunia, Mawi akui dia kini menjadi ketua keluarga tetapi peliknya dia serahkan soal pertunangan dia dengan Ina pada keluarga atau kakaknya untuk buat keputusan. Siapa yang hendak kahwin? Ahli keluarganya atau Mawi. Alasan longgar sebeginilah yang menjadi pelik. Kenapa Mawi tidak bersikap gentleman? Kenapa tidak ada alasan munasabah pertunangan diputuskan dan akibatnya ramai peminat nampak Mawi yang penyebabnya. Apakah ini berkait kerana sikap Mawi sudah berubah sesudah gaya hidupnya juga sudah berubah?Menerusi akhbar Metro Ahad pada 9 Julai lalu, Mawi berkata dia sudah tawar hati pada Ina dan menuduh Ina bukan lagi yang dia kenali dulu. Sebenarnya, apa kecurangan Ina sampai Mawi mahu putuskan tunang? Selama ini apa yang diketahui Ina sukar nak hubungi Mawi dan Mawi beri alasan sibuk tetapi keluar gosip dia pla sempat luangkan masa dengan artis wanita lain sampai timbul gosip. Malah, gosip Mawi dengan Diana Rafar lebih memberi kesan kalau nak dipersoal soal curang. Ina juga boleh menuduh Mawi bahawa bekas tunangnya ini juga bukan lagi Mawi yang dikenalinya dulu ketika Mawi tidak ada apa-apa dan ketika Mawi tidak jadi manusia glamor.

Tapi, Ina tidak sepopular Mawi sebab Ina bukan artis jauh lagilah orang popular, maka sukar untuk Ina meraih simpati sebagaimana Mawi yang boleh menagih simpati ribuan peminatnya, walaupun banyak kenyataan Mawi dalam isu ini sebenarnya diragui, alasan lemah dan boleh dipertikai!Soal putus tunang atau cerai di kalangan artis popular bukan benda luar biasa, malah sudah menjadi satu berita biasa yang sentiasa menjadi panas.Isu putus tunang Mawi-Ina, ia menjadi menarik dan kontroversi kerana rahsia sebenar dan sebab pertunangan itu diputuskan menjadi teka-teki, tidak ada alasan kukuh, berselindung di sebalik ‘tuduh-menuduh’ dan lebih musykil kerana ia berlaku selepas heboh Mawi digosipkan dengan Diana Rafar dan kini dikatakan pula menjalin hubungan intim dengan adik kepada seorang penyanyi dan pelakon. Kita hormati keputusan Mawi. Kita juga sanjungi ketabahan Ina dan keluarganya yang reda dalam kemelut ini. Keluarga Ina memang berduka tetapi mereka sedar dan terpaksa mengukur baju di badan mereka sendiri. Mungkin ini yang harus keluarga Ina terima kerana Mawi kini sudah berubah hidupnya, bukan lagi Mawi dulu yang sanggup diterima mereka meskipun dia tidak ada kerja tetap.Tahun lalu, masa Mawi bukan artis popular, mereka terima seadanya Mawi tetapi tahun ini sesudah Mawi popular, Mawi pula ‘membuang’ Ina. Itu pun mereka sanggup terima juga.

Syabas pada keluarga Ina. Ini hikmah besar buat Ina.Namun, menganalisis tempoh pertunangan suci yang terjalin tidak sampai satu setengah tahun ini, ia mengundang banyak kemusykilan bukan saja masyarakat dan peminat, malah pihak media sendiri. Mawi dan keluarganya tidak boleh lari dengan kehendak dan perhatian media yang terus memberi tumpuan pada isu putus tunang Mawi-Ina atas alasan itu soal peribadi. Status Mawi sebagai artis paling popular di Malaysia ketika ini tidak akan dibiarkan begitu saja terutama menyentuh hal peribadinya, malah mana-mana artis popular di negara lain juga, cerita peribadi seperti ini akan terus dijadikan bualan, bahan siaran dan polemik kerana ia sememangnya fitrah kehidupan, cerita begini sentiasa mahu diketahui masyarakat dan peminat.Dalam konsep skrip drama, konflik sebegini cukup menarik untuk membina dramatik menerusi kemelut dua watak utama yang berdepan persoalan hati dan perasaan. Ia agak beza berbanding kisah hampir sama sebagaimana dalam filem Gila-Gila Pengantin Popular arahan dan karya Aziz M Osman yang ditayangkan tahun lalu apabila watak utama wanita yang menang pertandingan menyanyi dan menjadi popular dalam sekelip mata melupakan tunangnya di kampung kerana status diri sudah berubah kerana glamor dan pihak pengurusannya cuba menghapuskan pertunangan yang sudah termaktub. Namun, dalam filem itu digambarkan selepas si tunang wanita tadi bangki dan mampu membina namanya sendiri (popular), barulah keinsafan berlaku pada watak penyanyi itu dan ketulenan cinta akhirnya menjelma juga akhirnya.

Namun, bersandarkan realiti dihadapi Mawi-Ina, kemungkinan sebagaimana ending filem itu, ia agak mustahil. Mawi dalam kenyataannya menerusi Metro Ahad minggu lalu juga meluahkan hasratnya, paling penting selepas ini beliau mahu mencari teman hidup yang menerimanya bukan kerana popularitinya. Alasan itu melucukan kerana sekarang Mawi sudah menjadi artis popular dan tentulah elemen itu akan menjadi faktor untuk mana-mana gadis lain menjadi teman hidupnya. Cinta suci Ina pada Mawi adalah bukti jelas kerana Ina memilihnya secara tulen, bukan kerana popular, sebaliknya Mawi ketika itu cuma pemuda simple dari kampung Felda Taib Andak yang masih menganggur, tercari-cari arah hidup dan banyak dibantu Ina. Ina terima Mawi seadanya.

Namun, hati manusia siapa yang menyangka. Kalau Mawi mahu pandangan dan tindakannya dihormati orang, beliau juga harus hormati teguran, nasihat dan kritikan yang orang lain berikan terhadapnya. Mawi walaupun dah popular tetapi masih dalam kategori ‘budak mentah’ dalam dunia hiburan dan sesekali dia kena to’maninah sambil bermuhasabah diri. Salam takziah buat Mawi.Kata orang, kerbau diikat dengan tali, manusia diikat pada janji, Mawi terikat dek populariti...

-~Ini bukan aku yang tulis..aku cuma copy paste dari Hip yang dicoretkan oleh akmel@bharian.com.my.

Untuk pengetahuan u all, Mawi pernah datang ke opis aku,KLM (kalau tak silap 2 bulan lepas..) untuk membuat penggambaran dan rakaman Belia Benci Dadah. Mengikut cerita orang-orang yang membontoti dia semasa penggambaran berlangsung..dia tidaklah 'seperti yang digambarkan' oleh kebanyakan peminat2nya..Aku yang dah sedia nipis minat padanya, bila tahu perkara tu..terus terbantut dan terhakis minat tu~(Sorry ya Mawi FC...jangan marah no..psssstttt...ini blog kiter..diulang 18 juta x)Adiossss!!!

Wednesday, July 12, 2006

Luthfil nak tumbuh gigi laaa...

Waaaa...ngantuk aku datang keja ari nih sebab tak cukup tidur. Gara2 anak terunaku yang kecik tu buat hal menangis tak mo tido..sampai hubby aku hangin termasuklah aku yang dah tak berapa sihat..leher sakit tak leh pusing.Hari Ahad tu dia demam lepas balik dari pasar.Dia okey je lepas bagi makan ubat demam. Malamnya aku buat bubur kat dia, dia tak mo makan. Adakah disebabkan aku tukar beras biasa? Sebab sebelum nih aku buat bubur nasi guna beras merah Somali. Huh..eksyen pulak tak mo beras murah..Heran gak sebab selalunya pantang sua makanan kat mulut..nganga je. Musykil gak kami..apa kes budak nih. Petang tu, hubby yang jaga sebab aku ada kelas dari kol 2-6pm.Sebelah malam pulak, dia asyik nangis..merengek2. Mulutnya yang kecil tu, asyik melopong je...air liur kengkadang meleleh.Pantang ada kain kat tangan, laju je masuk mulut..kengkadang aku tengok kelima2 jarinya yang kecik tu digigit2nya. Kami susah hati sebab tak penah dia berkelakuan macam tu. Even masa dia demam pun, dia bukan jenis yang merengek2. Aku takde pikir lain dah..budak nih dah tersampuk "makhluk halus" kat pasar ke? jeng..jeng..jeng...baby ni pulak jenis tak kuat semangat macam abgnya. Oleh kerana risau dengan keadaannya, hari Isnin semalam aku tak masuk keja. Nasib baik la kuliah dah habis, dan minggu ni study week. Dari pagi lagi dia dah start menangis..aku dah cuak. Kebetulan pulak, surat khabar hari Ahad tu ada kuar pasal 'hantu'...dan hantu tu pulak tersengih2 je masa aku tengok dia. Dalam kepala otak aku 'adakah disebabkan oleh 'hantu' tu marah kena kencing ngan Luthfil sebab paper tu kat bawah buaian dia? Ohhh tidak..aku yang keseorangan kat rumah pada masa tu rasa seram sejuk gak..hehehe..suspen je. Tanpa berlengah lagi, aku angkat wuduk, baca Yasin sambil riba Luthfil. senyap le sekejap..pastu bunyi balik...waaaaa..tension makcik!!!Aku yang dah tak tahan kepenatan, telephone hubby mintak dia balik rumah suruh tengok.. Elok je dia main2 sambil gelak2. Tadi masa aku agah2 dia, dia buat dono je dengan tercebik2 bibir nak nangis. Memang mengada2 laaa...Malam tadi pulak, dia tak mo makan lagi. Menangis..menangis..menangis je kejanya. Budak nih nak tukar nama jadik Ahmad Albab ke? Kalo tido pun sekejap2..uwaaaaa..aku tak leh tido, hubby tak leh tido..kami gilir2 jaga. Kuar masuk buaian dah banyak kali. Last2 hubby bawak dia masuk bilik tido dengan aku..masa tuh pukul 3 pagi. Terlentang pun nangis, meniarap pun nangis..Aku yang dah tak tahan ngantuk, tertido, sedar2 pukul 5 pagi. Bila aku sedar tu, dia masih merengek2 nangis sambil kaki menendang2 selimut. Suara dah takde .Aku bangun buatkan susu baru + nestum. Baru dia nak minum...agaknya lapar + dahaga. Huh!!! Baru mata dia pejam..dan tidur!!! LEGAAAA...kami pun boleh tido dengan aman..tapi pagi nih ngantuk lagi..Jangan la dia buat hal lagi malam nih..Tadi masa hantar baby kat pengasuh, mamanya cakap mungkin sebab nak tumbuh gigi kot. Memang pun..aku nampak dah ada nampak putih kat gusi bawah. Agaknya gusi dia sakit + gatal sebab gigi nak kuar. Cian baby...nanti ibu beli baby teether okey..!!


Saturday, July 08, 2006

Apa nak buat?..!!

Pagi ni aku dikejutkan dengan satu SMS dari kakak aku kat S.Alam memberitahu perihal yang berlaku di kampung. Adik aku yang tinggal bersama dia telah balik kampung beberapa hari yang lalu...pagi tadi sampai. Aku sedikit terganggu dengan SMS tersebut. Diam tak terkata. Sebelum hadir mesyuarat, aku menelefon dia dulu bertanya berita selanjutnya. Secara ringkas dia memberi gambaran yang kurang enak tentang berita yang dibawa pulang dari kampung.

Aku serba salah...apa harus aku buat? Berdiam diri..tengok dan lihat apa yang bakal berlaku...? Yang pasti hati aku sakit mendengarnya kerana melibatkan ma.Perkara yang kami takuti telah menjadi realiti...

Thursday, July 06, 2006

Malam ni IALSA??

Wow!!!Apa yang ditunggu2 bakal menjelma tak lama lagi. Difahamkan malam ni ada ditayangkan IALSA kat channel 8 Astro Prima. Lepas ni aku jadi peminat setia citer tagalog tu la. Yang bestnya kat Astro, kalau miss pukul 9pm, dia akan ulang pukul 12.30am. Mmmm..larat ke tak tu aku nak tunggu. Kadang2 prime time berebut ngan depa berdua tu..hubby ngan Luqman. Si ayahnya nak tengok Mr Bean, anak pulak nak tengok Pocoyo la..maknyer nak tengok operasoap...sib baik baby lom pandai demand lagi..tengok je gelagat kami...hahaha..cian baby..tapi aku tengok dia suka tengok channel 63 geng ngan abangnya. Alamak, 2 vs 1 vs 1!!!

Citer Thai ari tu aku layan jugak kadang2 bila berpeluang. Mula2 aku tengok citer tu..mak aiiii..lembab sungguh jalan citernya. Hubby aku cukup tension bila aku bukak citer tuh..hehehehe..sori ye ...lelama aku ikut, ok jugak. Sampaikan 2 episod terakhir yang aku tengok tu, aku boleh menangis..Cehhh...buat malu je. Nasib baik masa tu aku tengok sensorang, hubby dan luqman dah tido.

Citer IALSA ni aku dah tahu jalan citernya melalui pembacaan aku kat webblog Reezy. Actor2 nya pun nampak cam best je. Ada Diether..ada JLC..itu je yang aku kenal takat nih. Melalui ulasan yang aku baca, jalan citer agak menarik..tu yang tak sabar nak tengok nih..malam nih episod pertama. Pasni meriah la blog Reezy balik. Almaklum la after citer SWNW tu, sunyi sepi je tanpa forum. Aku sekarang pun tengah kumpul citer PSY. Setakat nih dah box yang ke 5. 2,3 hari lagi kuar box 6. Aku beli dari Reezy je..lebih murah dari harga pasaran. TQ Reezy bagi diskaun.

Oleh kerana minat aku pada citer PSY dan pelakon2nya especially Echo dan Tin2, aku ada letak gambar Echo dan Tin2 kat atas meja. Ramai gak la student aku perasan gambar tuh. Ada yang tegur..aku peminat setia Echo-Tin2 ke? Hahaha..malu makcik..dah tua2 pun minat citer cintan cintun lagi. Mmmm..aku pun kdg2 terpikir jugak..agaknya macam ni la penangan kalau dah minat tahap fanatik dengan seseorang. Tak penah seumur idup aku beli VCD movie...siap buat koleksi lagi tuh..Nak perabih kan 160 episod (16 box)..mak oiiii...beratus jugak. Nak buat camner..dah terminat. Nak stop...erkkk...gian nak tengok..dia macam dah kena addict la...sib baik kenal ngan Reezy boleh rega diskaun..Tima kasih ya Sis Reezy..bila nak kasi VCD BCUZ OF U free?? hehehe..

Kisah 'S'

Pagi ini aku dikunjungi lagi oleh S. Dia datang untuk bertanya tentang topik yang dia tak faham sebelum mengambil kuiz. Actually, petang semalam sekali lagi dia datang bersembang dengan aku. Lama juga kami bersembang. Sedikit demi sedikit dia menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Aku lihat dia semakin okey..nampak ceria dan ada motivasi. Dia dah tahu apa yang dia hendak dalam hidupnya. Aku mintak dia bersyukur dengan apa yang dia miliki. Jika dibandingkan dengan orang lain yang serba kekurangan, dia jauh lebih baik dari segala aspek. Jadi aku rasa, perasaan dia selama ini hanyalah ketakutan pada diri sendiri. Ketakutan menerima hakikat jika dia gagal. Jadi, dia cuba untuk mencari atau meletakkan kesalahan itu pada sesuatu yang lain supaya dia tidak rasa bersalah.

Hari ini dia lebih ceria. Katanya dia tidak tidur semalaman..tengok bola! Pas solat subuh di surau, dia joging then awal2 datang ke opis cari lecturer. Aku bila nampak dia okey, lega rasa. Aku panjatkan kesyukuran pada Allah kerana telah menyedarkannya dari hanyut. Dia pun dah boleh berfikir dengan waras. Sengaja aku tanya tentang cita2nya supaya dia kembali bersemangat. Daripada gayanya aku dah boleh agak, dia ni jenis yang tak suka makan gaji. Katanya nak jadi businessman yang berjaya. Walaupun ayahnya orang bisnes, tapi dia nak buktikan keupayaan diri sendiri tanpa bergantung pada harta ayah. Baguslah kalau begitu..sebab yang banyak berlaku sekarang adalah anak2 yang suka menghabiskan harta mak bapak hidup berjoli.

Wednesday, July 05, 2006

Misi selamatkan insan...

Entry kali ni aku nak berkongsi dengan pembaca semua tentang kisah student aku yang mempunyai masalah 'Konflik Diri'. Aku namakan dia 'S'(Lelaki).Pagi tadi aku telah menghantar SMS bertanya khabar kepada S kenapa dah lama dia tak datang ke kuliah, malah kuiz 2 pun dia tak datang buat. Dia balas SMS aku mengatakan dia demam, dah 2 hari. Last week nenek dia meninggal.So, aku mintak dia datang jumpa bila dia dah sihat. Mulanya dia bagitau nak datang belah petang, tapi tak lama lepas tu dia datang jumpa aku kat opis.

S yang aku kenali sejak aku mula mengajar dia awal April dulu adalah seorang student yang bijak (dulu dapat biasiswa Petronas),bersekolah di asrama penuh yang terkenal di Sarawak, rajin, hormat orang tua, sopan dan petah berbicara. Ramai lecturer yang sukakan dia. Boleh dikatakan dia ni dalam kategori budak baik dan mat surau. Bagi yang baru mengenalinya, ramai beranggapan yang S ni adalah orang yang dah penah keja, melihat kepada cara berpakaiannya yang kemas, kepetahannya bertutur dalam Bahasa Inggeris dan perwatakannya yang agak menarik. Aku dulu agak terkejut bila dapat tahu yang umurnya baru mencecah 19 tahun!!

Sejak kebelakangan ni, aku perhatikan dia kerap ponteng kelas. Bila ditanya pada kawan2, ramai yang tidak tahu. Dikalangan kawan2nya, dia jadi guru dan tempat rujukan apabila mereka tidak paham tentang sesuatu subjek. Aku jadi heran kerana setahu aku, S bukan kaki ponteng. Walau macammana penat dia baru balik dari kampung (naik flight) dia masih datang ke kelas aku. Aku mula bertanya pada lecturer lain. Mereka juga mengadu perkara yang sama..S tak hadir ke kelas dah banyak kali. Kalau dulu orang tanya dia, sekarang dia yang kena tanya orang sebab banyak ketinggalan, takleh nak catch up subjek.Aku rasa mesti ada sesuatu yang berlaku.

Jadi tadi, aku ambil kesempatan untuk mengetahui kedudukan sebenar dari mulut dia sendiri. Apa masalah S?..Dia mula bercerita pada aku. Katanya dia rasa bosan belajar di sini..aku terkejut dan tanya kenapa? Dia tak boleh bagi jawapan..aku cuba tanya lagi sikit2 sampai la dia berani buka mulut. Dan aku dapati dia ada masalah konflik dengan diri dia sendiri. Dia tertekan dengan expectation orang yang terlampau tinggi pada dia. Dia nak kena maintain segala2nya yang dia capai sekarang. Parents dia expect terlalu tinggi, dan dia tak boleh buat silap. Aku dapat detect dia ni rasa lonely, takde kawan yang boleh challenge dia..sebab classmate dia rata2 jenis'sederhana' dan 'rendah' saja tahap akademik mereka. Orang kata cukup2 makan je... Jadi dia macam takde saingan. Dia takde masalah dengan orang, masalah kewangan (duit belanja mengalahkan orang yang dah keja) takde masalah keluarga, malah takde masalah girlfren pun, sebab dia takde girlfren lagi!! Dulu hobi dia adalah baca buku..dan membaca ibarat makanan bagi dia..selalu mengaji, bangun malam buat solat hajat, pegi surau, malah tak penah tinggal solat. Sekarang dah mula tinggal solat, tidor awal dan bangun lambat, duit terlampau banyak sehinggakan dia kata, dia nak beli apa, pegi mana, buat apa..semua dia boleh buat dengan duit yang dia ada..tapi aku perhatikan dia tak penah berlagak kaya., stail anak orang kaya tu ada la..anak businessman kat Sarawak. Aku dah mula naik risau takut dia terjebak dengan perkara2 negatif. Sekarang macam2 benda boleh berlaku. Student2 lain bermasalah sebab takde duit nak belajar, dia pulak ada segala2nya tapi nak mencuba buat benda2 tak baik. Just for trying!!! Aku dah penah cakap dalam kelas..hidup dalam dunia sekarang.." EVERYTHING IS MONEY, BUT MONEY IS NOT EVERYTHING!!!..dan dia akui kebenaran kata2 itu tekena pada dia sendiri.

Apa yang menyebabkan dia jadi macam tu..punca2 nya dia sendiri tak dapat jawab. tapi yang pasti dia teringin nak cuba buat benda2 yang budak2 lain buat..contohnya ponteng kelas..kalau dia ponteng, adakah lecturer akan sedar dan ambil tindakan? Lecturer akan care tak?So, aku tanya..adakah apa yang dia cari tu dia dah dapat sekarang? Dia hanya terdiam..dan lebih aku bingung, dia cakap dia tahu apa yang dia buat tu adalah salah. Dan dia nak kembali menjadi diri dia yang dulu...dia dah mula takut dengan diri dia sekarang..tetapi dia tak tahu macammana dia nak kembali pada keadaan asal sebelum semuanya terlambat. Dia ada bagitau aku, bila dia bersembang dengan rakannya tentang masa depan, mereka hanya dapat result cukup2 makan pun jadi lah..bila dah habis belajar, mintak keja..seolah2 takde apa yang boleh dibanggakan. Sedangkan dia pulak cita2 tinggi..lepas ni nak belajar kat oversea, sekarang dia dapat CGPA4.0!!Nak keja best2..tapi bila dengar kengkawan sekitar gitu2 je..dia jadi takde motivasi...takde saingan..dia takde benchmark yang dia boleh lawan. Aku akui, majoriti budak2 kat sini bukan la budak2 terror macam dia. Dan aku pun heran macammana orang macam dia dan beberapa lagi yang dapat 10A,12A dalam SPM boleh tersadai kat sini. Aku dengar ada yang dapat offer IPTA pun tak nak pegi...maybe dah best dok sini wallahuallam...

So, sekarang ni S dalam dilema, dalam keadaan diawang-awangan..keliru dengan diri sendiri..dan takde motivasi. Aku pun serba salah dan sedih dengan keadaan dia. Apa yang boleh aku bantu untuk menyelamatkannya??? Sekarang bukan orang yang menarik dia, tapi dia yang tertarik dengan orang lain tanpa perlu ditarik untuk terjebak dalam keadaan yang tidak elok. Setakat ni dia takde pulak bagitau aku dia buat benda yang bukan2..isap rokok ke, ganja ke, minum ke, belum lagi tahap tu kot..tapi dia sedar yang dah ada titik2 hitam dalam hatinya sebab dia dah mula meninggalkan benda2 asas kewajipan dia sebagai muslim.Aku mengucap panjang...

Kepada pembaca budiman, apa yang boleh aku lakukan untuk membantu dia kembali menjadi dia yang dahulu...misi selamatkan seorang insan!!!

Kembali

Kini aku kembali memeriahkan suasana webbloggers. Mungkin ramai yang tertanya2 kenapa dah lama aku menyepikan diri. Entah la...mungkin disebabkan oleh demam-demam yang menyerang aku seperti demam bola (aku tak minat bola!) demam Akademi Fantasia (kalau tengok aku asyik kutuk je..tak best langsung!) demam Mawi putus tunang (apa kaitannya dengan aku???)demam peperiksaan yang bakal menjelang (aku dah siap buat soklan/skema) baby aku demam (siap dengan pakej lagi..demam, batuk , selsema), CPU aku demam masuk wad..kena format balik..adeiiii...dan of course aku diserang demam sindrom 'M' (MALAS!!!!). Semalam aku dah siap tulis panjang lebar lagi..tapi ntah apa sebabnya tak leh nak publish..erkhh..memang bengang la jugak..

Last week ada jamuan perpisahan untuk kali yang keberapa ntah..tak terkira aku sebab selalu je ada orang berhenti..aku je yang tak berenti2 lagi..tunggu la sampai masa aku blah laa...aku hepi keja sini sebenarnya..kadang2 je bila tension2 tu ngamuk gak. Tapi jarang orang tengok aku mengamuk...kalau ada yang tertengok tu, maknanya kes teruk la tuh. Sebab aku bukannya jenis kaki komplen, selagi aku tahan, aku ok je. Cumanya bila masuk bab2 yang aku rasa tak munaSabah, aku bising la jugak.

Kali ni ramai gak yang terlibat dengan farewell party. Kami combine jamuan dengan School Engineering. Ramai jugak kawan2 aku yang berenti. Ada yang nak balik kampung (indonesia), ada yang nak ikut husband ke Jepun, ada yang dapat offer kat MARDI, ada yang dapat UiTM, ada yang dapat KLiUC, ada yang nak sambung belajar.So, aku wish good luck kepada semua yang pegi. Lumrah dunia..ada pertemuan, ada perpisahan. adat la kann...kalau panjang umur, kita jumpa lagi. SAYONARA!!!!