Entry kali ni aku nak berkongsi dengan pembaca semua tentang kisah student aku yang mempunyai masalah 'Konflik Diri'. Aku namakan dia 'S'(Lelaki).Pagi tadi aku telah menghantar SMS bertanya khabar kepada S kenapa dah lama dia tak datang ke kuliah, malah kuiz 2 pun dia tak datang buat. Dia balas SMS aku mengatakan dia demam, dah 2 hari. Last week nenek dia meninggal.So, aku mintak dia datang jumpa bila dia dah sihat. Mulanya dia bagitau nak datang belah petang, tapi tak lama lepas tu dia datang jumpa aku kat opis.
S yang aku kenali sejak aku mula mengajar dia awal April dulu adalah seorang student yang bijak (dulu dapat biasiswa Petronas),bersekolah di asrama penuh yang terkenal di Sarawak, rajin, hormat orang tua, sopan dan petah berbicara. Ramai lecturer yang sukakan dia. Boleh dikatakan dia ni dalam kategori budak baik dan mat surau. Bagi yang baru mengenalinya, ramai beranggapan yang S ni adalah orang yang dah penah keja, melihat kepada cara berpakaiannya yang kemas, kepetahannya bertutur dalam Bahasa Inggeris dan perwatakannya yang agak menarik. Aku dulu agak terkejut bila dapat tahu yang umurnya baru mencecah 19 tahun!!
Sejak kebelakangan ni, aku perhatikan dia kerap ponteng kelas. Bila ditanya pada kawan2, ramai yang tidak tahu. Dikalangan kawan2nya, dia jadi guru dan tempat rujukan apabila mereka tidak paham tentang sesuatu subjek. Aku jadi heran kerana setahu aku, S bukan kaki ponteng. Walau macammana penat dia baru balik dari kampung (naik flight) dia masih datang ke kelas aku. Aku mula bertanya pada lecturer lain. Mereka juga mengadu perkara yang sama..S tak hadir ke kelas dah banyak kali. Kalau dulu orang tanya dia, sekarang dia yang kena tanya orang sebab banyak ketinggalan, takleh nak catch up subjek.Aku rasa mesti ada sesuatu yang berlaku.
Jadi tadi, aku ambil kesempatan untuk mengetahui kedudukan sebenar dari mulut dia sendiri. Apa masalah S?..Dia mula bercerita pada aku. Katanya dia rasa bosan belajar di sini..aku terkejut dan tanya kenapa? Dia tak boleh bagi jawapan..aku cuba tanya lagi sikit2 sampai la dia berani buka mulut. Dan aku dapati dia ada masalah konflik dengan diri dia sendiri. Dia tertekan dengan expectation orang yang terlampau tinggi pada dia. Dia nak kena maintain segala2nya yang dia capai sekarang. Parents dia expect terlalu tinggi, dan dia tak boleh buat silap. Aku dapat detect dia ni rasa lonely, takde kawan yang boleh challenge dia..sebab classmate dia rata2 jenis'sederhana' dan 'rendah' saja tahap akademik mereka. Orang kata cukup2 makan je... Jadi dia macam takde saingan. Dia takde masalah dengan orang, masalah kewangan (duit belanja mengalahkan orang yang dah keja) takde masalah keluarga, malah takde masalah girlfren pun, sebab dia takde girlfren lagi!! Dulu hobi dia adalah baca buku..dan membaca ibarat makanan bagi dia..selalu mengaji, bangun malam buat solat hajat, pegi surau, malah tak penah tinggal solat. Sekarang dah mula tinggal solat, tidor awal dan bangun lambat, duit terlampau banyak sehinggakan dia kata, dia nak beli apa, pegi mana, buat apa..semua dia boleh buat dengan duit yang dia ada..tapi aku perhatikan dia tak penah berlagak kaya., stail anak orang kaya tu ada la..anak businessman kat Sarawak. Aku dah mula naik risau takut dia terjebak dengan perkara2 negatif. Sekarang macam2 benda boleh berlaku. Student2 lain bermasalah sebab takde duit nak belajar, dia pulak ada segala2nya tapi nak mencuba buat benda2 tak baik. Just for trying!!! Aku dah penah cakap dalam kelas..hidup dalam dunia sekarang.." EVERYTHING IS MONEY, BUT MONEY IS NOT EVERYTHING!!!..dan dia akui kebenaran kata2 itu tekena pada dia sendiri.
Apa yang menyebabkan dia jadi macam tu..punca2 nya dia sendiri tak dapat jawab. tapi yang pasti dia teringin nak cuba buat benda2 yang budak2 lain buat..contohnya ponteng kelas..kalau dia ponteng, adakah lecturer akan sedar dan ambil tindakan? Lecturer akan care tak?So, aku tanya..adakah apa yang dia cari tu dia dah dapat sekarang? Dia hanya terdiam..dan lebih aku bingung, dia cakap dia tahu apa yang dia buat tu adalah salah. Dan dia nak kembali menjadi diri dia yang dulu...dia dah mula takut dengan diri dia sekarang..tetapi dia tak tahu macammana dia nak kembali pada keadaan asal sebelum semuanya terlambat. Dia ada bagitau aku, bila dia bersembang dengan rakannya tentang masa depan, mereka hanya dapat result cukup2 makan pun jadi lah..bila dah habis belajar, mintak keja..seolah2 takde apa yang boleh dibanggakan. Sedangkan dia pulak cita2 tinggi..lepas ni nak belajar kat oversea, sekarang dia dapat CGPA4.0!!Nak keja best2..tapi bila dengar kengkawan sekitar gitu2 je..dia jadi takde motivasi...takde saingan..dia takde benchmark yang dia boleh lawan. Aku akui, majoriti budak2 kat sini bukan la budak2 terror macam dia. Dan aku pun heran macammana orang macam dia dan beberapa lagi yang dapat 10A,12A dalam SPM boleh tersadai kat sini. Aku dengar ada yang dapat offer IPTA pun tak nak pegi...maybe dah best dok sini wallahuallam...
So, sekarang ni S dalam dilema, dalam keadaan diawang-awangan..keliru dengan diri sendiri..dan takde motivasi. Aku pun serba salah dan sedih dengan keadaan dia. Apa yang boleh aku bantu untuk menyelamatkannya??? Sekarang bukan orang yang menarik dia, tapi dia yang tertarik dengan orang lain tanpa perlu ditarik untuk terjebak dalam keadaan yang tidak elok. Setakat ni dia takde pulak bagitau aku dia buat benda yang bukan2..isap rokok ke, ganja ke, minum ke, belum lagi tahap tu kot..tapi dia sedar yang dah ada titik2 hitam dalam hatinya sebab dia dah mula meninggalkan benda2 asas kewajipan dia sebagai muslim.Aku mengucap panjang...
Kepada pembaca budiman, apa yang boleh aku lakukan untuk membantu dia kembali menjadi dia yang dahulu...misi selamatkan seorang insan!!!
No comments:
Post a Comment