Friday, November 28, 2008





Sanggupkah aku berjauhan dari hero2ku selama sebulan?

Wednesday, November 26, 2008

Atas Nama Cinta





Mengapa kita menutup mata ketika kita tidur? Ketika kita menangis? Ketika kita membayangkan sesuatu?

Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT…

Ketika kita menemui seseorang yang keunikannya SEIRING dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan CINTA.

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan…
Tetapi ingatlah… melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru.

KEBAHAGIAAN ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti & mereka yang telah mencari…serta mereka yang telah mencuba, Kerana MEREKALAH yang boleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…

CINTA yang AGUNG...
adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya. ..
adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia...
adalah ketika dia mulai MENCINTAI orang lain dan kamu MASIH boleh tersenyum seraya berkata
‘Aku turut berbahagia untukmu’.

Apabila CINTA tidak berhasil…BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui CINTA dan kehilangannya tapi ketika CINTA itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya…

Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kamu buat.

TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’,
menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’.
Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’.
Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?’.

MENCINTAI…
BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN.
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI.
BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN.
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN.

Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Dalam urusan CINTA, kita SANGAT JARANG menang.. Tetapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat MENCINTAI seseorang…LEBIH dari kamu MENCINTAI dirimu sendiri.

Akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti MENCINTAI seseorang BUKAN kerana orang itu berhenti MENCINTAI kita, MELAINKAN kerana kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Apabila kamu benar-benar MENCINTAI seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahwa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar MENCINTAI. MELAINKAN… BERJUANGLAH demi CINTAMU. Itulah CINTA SEJATI.

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan, DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu CINTAI adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah CINTA yang tidak kamu sedari.

p/s: Kepada yang sedang mencari CINTA, usah dicari..cinta akan datang sendiri. Kepada yang sedang berCINTA, jagalah ia..jangan sampai ia lari! Kepada yang baru putus CINTA, dunia belum kiamat lagiii..tak payah la terjun lombong no!!

Friday, November 21, 2008

Congrats!!

Tahniah hubby kerana berjaya memperolehi CGPA 4.0!

Jeles sih.

Lepas ni boleh la belanja kami tengok wayang yer..heheheh

Apa kata kita bawak si kecik 2 orang tu tengok Madagascar.

Dua hari lepas dah belanja dia tengok James Bond sebab aku dah dapat result IMC..walaupun takde la score mana, tapi ok laahh..

Lepas tengok Madagascar..belanja makan pulak..hahahaha

Thursday, November 20, 2008

Institut Pendidikan Tinggi..

Hangin satu badan!

Nama je IPT,institut Pengajian Tingi..tapi pemikiran tak brapa nak tinggi..tidak membina langsung dari segi pemikiran dan keterbukaan!

Aku heran, bagaimana sebuah IPT boleh menutup pemikiran dengan mengatakan mereka tidak encourage mana-mana pihak untuk membuat research di organisasi mereka? How come? Baik tak payah bukak kolej..bukak je kedai jual ayam!!

Itu baru cerita nak buat research..blom lagi bukak cerita lecturer apply nak sambung belajar ke peringkat Master atau PhD. Bukannya lecturer mintak sponsor pun, baru mintak nak sambung..tak encourage langsung!..apa kejadahnya IPT kalau macam tuh.

Lepas tu memandai pulak keluarkan arahan suruh lecturer ajar degree, HND, tapi bila lecturer nak sambung belajar dia tak bagi tingkatkan ilmu. Bila lecturer kena komplen dengan student sebab tak de pengalaman dan ilmu yang cukup, tau pulak salahkan lecturer. Setahu aku, kalau kat kolej2 atau universiti yang Memang aku tak paham!!


Itu la mentaliti kalau bukan dari akademic background..blom kita terangkan lagi, dah tutup telinga. Gamaknya masa dia belajar dulu tak pernah didedahkan dengan research kot. Ataupun dapat sijil beli je..huhuhu...memang bengang tahap gaban nih. Sabar aje lah..ini cabaran pertama buat aku.

Arggghhh..pasni aku nak report kat Karam Singh Walia..biar jadi krisis komunikasi betul2..macam tajuk research aku!!

Tuesday, November 18, 2008

Cuti-cuti






Rindunya nak pegi bercuti lagi...

Saturday, November 15, 2008

Hilang

Sedang aku berdiskusi dengan penyelia tentang project paper, tiba-tiba aku dapat panggilan daripada Pengetua TADIKA anakku Luqman. Setelah memberitahu bahawa aku tidak lapang waktu itu, dia berjanji untuk menelefon aku semula. Tapi dalam hati aku cuak jugak..ada apa berlaku pada Luqman.

Selesai perbincangan yang agak success..Alhamdulillah..semua ok cuma kena touch up sket2 aje. On the way aku nak ke Mines untuk membeli software SPSS yang akan aku guna untuk analyse data nanti, cikgu Liza call aku semula.

Rupa-rupanya cikgu telefon nak bagitau yang sandal Luqman hilang. Kebetulan semalam adalah hari perjumpaan dengan ibu bapa untuk mengambil report card dan fail2 sepanjang dia belajar di situ. So, ramai lah ibu2 yang membawa pengiring sampai sandal anak aku pun kena kebas.

Cikgu kelasnya dah malu nak telefon aku, sebab sebelum ni songkok Luqman juga hilang sampai ke hari ini tak jumpa. Orang lain beli songkok untuk beraya, tapi Luqman beli songkok semata2 nak amik gambar sehari selepas Deepavali bulan lepas. Ayahnya belikan songkok pada cuti Deepavali, Selasa pakai songkok untuk tangkap gambar TADIKA..Bila balik rumah, aku tengok songkok yang di bawak pulang tu bukan songkok dia, sebab aku ada tulis nama Luqman kat dalam tu. So, aku mintak Luqman pulangkan songkok tu, smapai lah cikgunya telefon aku mintak maaf dan usaha untuk mencarinya.

So, bila berlaku dua kejadian hilang tu, agaknya cikgu2 tu dah rasa malu kat aku. Aku cakap, tak kisah lagi songkok atau sandal yang hilang, jangan anak saya pulak yang hilang sudah!

Friday, November 14, 2008

Lagu berhantu itu sentiasa menghantui aku!!

Tanpa tajuk..

Selama ini,

Hanya membaca kisah orang

Hanya menonton cerita orang

Kini kisah dan cerita aku sama seperti kisah dan cerita orang

Suatu hari nanti, jika ada kelapangan

Akan ku bukukan

Sebagai lipatan kenangan

Yang sentiasa takku lupakan

Akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.

Rajuknya masih ada

Hari ini dia akan berangkat pulang ke sisi keluarga tercinta.

Tidak pasti bila lagi akan 'bersua'.

Ketenangan yang kutemu sebelumnya, berkocak kembali bila dia memaklumkan akan menjadi pemastautin di sana..

Rasa bersalah menyelubungi aku..

Bersalah kerana membuat dia merantau jauh, berpisah jauh dari keluarga di kampung.

Berdosanya aku memisahkan mereka.

Rajuknya masih ada.

Rajuknya memberikan kekesalan yang tiada kesudahan buat aku.

Setiap kali teringatkannya..

Aku jadi pilu..hiba..tak terkata

Maafkan aku.

Thursday, November 13, 2008

Tak Bisa Memiliki

Bila waktu ku tersisa
Untuk selalu disisi
Menjaga hatimu


Aku kan slalu mencoba
Berikan yang terbaik untuk kau miliki
Tapi maafkan aku
Waktuku hanya sesaat

Aku tak bisa memiliki menjaga cintamu
Walau sesungguhnya hatiku mencintaimu, memilikimu
Aku tak ingin kau terluka mencintai aku
Hapuslah air matamu dan lupakan aku

Sungguh di batas masa
Ku hanya ingin kau bahagia
Jalani hidupmu

dedicate to : YSL

Wednesday, November 12, 2008

Kegelisahan perlu ditenteramkan, kalau tidak merana badan..
Ketenteraman takkan lahir, melainkan bersamanya keimanan..
Keimanan akan datang jika kita mengingati Tuhan..


Hati...tenteram lah..
Jiwa..datanglah..
Ya Allah..ujiankah ini?
Pergilah kegelisahan ini jauh-jauh..
Aku inginkan ketenangan.


...melafazkan tak semudah mengharunginya..
Alhamdulillah

Semalam aku dapat sepucuk surat.

Dalam surat tu ada sekeping cek.Terima kasih.

Alhamdulillah. Allah murahkan rezeki.

Semoga Allah mempermudahkan aku dalam urusan.

dan..tenangkanlah hatiku yang tengah kalut ini!


Due date..kau semakin menghampiri!!!
Masing-masing memberi penjelasan atas apa yang berlaku.

Dulu kami tak berkesempatan dan tak berpeluang.

Anehkan..tanpa gaduh, tanpa punca yang jelas, tanpa salah, tanpa unsur-unsur negatif, tanpa halangan, tanpa tentangan, kami berpisah...dan perpisahan itu aku yang pinta. Sungguh perit! Rasa bersalah itu aku tanggung sehinggalah semalam.

Mungkin kalau dia beri aku masa..

Mungkin jika dia tidak terlalu memaksa..

Mungkin kalau dia lebih 'memahami' apa yang berada di dalam sudut hatiku..

Impian aku..

Hakikatnya..semuanya sudah lama berakhir..tiada lagi mungkin.

Masing-masing mengikut rasa.


Simpati aku dengan takdir yang menimpa keluarganya,

Semoga dia tabah dengan ujian Allah

Kalau kami ditempatnya, tak dapat nak dibayangkan

Aku kagum dengan pengorbanannya

Maaf kerana aku pernah memberi kelukaan mendalam yang tak mudah untuk kau lupakan.

Anehnya aku rasa perasaan ku sekarang..

Tuesday, November 11, 2008

Bagai mimpi..huhuhu..thanks coz masih ada ingatan pada diri ini selama ini. Walaupun aku rasakan, ingatan dia pada aku lagi kuat berbanding aku.

Terkejut dan terharu bila dia cakap masih lagi menyimpan gambar lama dan masih mengambil tahu perkembangan diri aku. Ingatkan aku jer yang tertanya2 tentang khabarnya.

Betul la teori orang2 tua..kalau kita ingat pada orang, means orang tu pun ingat pada kita..hahaha..memandai jer.


Questionnaire tak siap2 lagi..minggu ni nak kena submit kepada supervisor..

Nampak gayanya kena mintak tolong hubby brainstorming pasal ni.

Dia dah siap submit 2 assignment pada lecturernya semalam setelah beberapa hari bertungkus lumus menyiapkannya. Lepas ni boleh la kacau dia pulak.

Yang lawaknya, hubby dah dapat carrymark, tp reportnya baru nak hantar..hehehe..betapa diplomasinya lecturer tu.



Aku dah blank nih.idea pleaseee...

Monday, November 10, 2008

Akhirnya...

Huhu...akhirnya kutemui dia..

Petang tadi aku beranikan diri menelefon bertanyakan kesahihan samada dia wujud atau tidak di situ. Sah! memang ada tuan empunya nama yang kumaksudkan itu, tapi tuan punya badan pulak takde..ke Kuching menghadiri kursus seminggu. Tak apalah..sekurang-kurangnya aku sudah tahu di mana dia berada..Macam jejak kasih pulak..Kalau dia ada pun aku tak tau nak cakap apa..sure blank!

Aku tinggalkan no telefon. Tak lama kemudian, aku dapat panggilan..suara macam ku pernah kenal suatu ketika dulu..suara yang menemaniku selama lebih 7 tahun. Loghatnya masih tidak berubah. Tawanya masih sama. Guraunya masih ada..Aku cuba camkan suara..mana tau kot pelanduk dua serupa. Tapi memang betul dia..hahahaha..tatau apa perasaan waktu itu..bercampur baur semuanya ada.

Kami masing2 bertanya khabar..tentang diri dan keluarga. Aku direct berterus terang kenapa aku berusaha mencarinya..aku pun tak faham kenapa, tapi hati ni meronta2 untuk mencarinya..mengetahui sesuatu tentang dirinya. Mungkin ini petanda hayatku tak lama..Wallahuallam!

Bukan niatku untuk menyambung kasih kembali. hehehe..poyo! Kami bahagia dengan keluarga yang kami ada. Cuma kadang2 aku dipagut rasa bersalah jer..citer lama!Dah takde jodoh...

Anyway, akhirnya aku berjaya menjejak 'orang' yang sekian lama ku cari dan pernah kusayangi suatu ketika dulu....hahaha..thanks to ICT!

Inilah manfaat teknologi yang berjaya menyambung kembali tali silaturrahim yang terputus selama 12 tahun dulu..ewaahhhh.

Luqman Dapat Anugerah Emas?

Semalam kami menghadiri Majlis Hari Kecemerlangan Tadika Cahaya Nurani (TCN) Luqman yang diadakan di Alson Klana, BBN.

Jemputan kami telah terima 2 minggu sebelumnya..bersama2 dengan permohonan sumbangan untuk menjayakan majlis berkenaan. Hulur jugaklah sikit..

So, hari Selasa sebelum majlis, kami sekali lagi mendapat kad jemputan rasmi menghadiri majlis anugerah tersebut. Aku tertanya2 jugak, hari kecemerlangan apa sebenarnya? Biasanya nak adakan hari kecemerlangan atau anugerah ni untuk penyampaian hadiah atau itu tanda nak cuti sekolah. Kebetulan one day, hubby menghantar sendiri Luqman ke TADIKA. Aku mintak dia tanyakan cikgu sekolah, bila exam akan diadakan, sebab senyap sunyi jer tak tau khabar berita..surat takde pulak memaklumkan murid2 akan menghadapi exam, alih2 dah buat majlis kecemerlangan..curious jugak la.

Rupa-rupanya menurut hubby, exam dah lepas lama..bertuah betul! Luqman pulak bukannya jenis budak2 lain yang suka mereport atau bercerita apa yang berlaku di sekolah..kalau ayahnya tak tanya, takde dicakap. Kalau tanya pun dia tak reti macammn nak cakap. So, aku pun takleh nak agakla..macammana dia jawab exam. Macam aku jugak ke? hehehe..

Kalau diperhatikan dari tahap kerajinan dia kat umah tu..tengok atas mood dia. Kalau datang mood dia nak buat keja sekolah, dia akan buat. kalau datang mood dia nak melukis, habis dinding rumah diconteng..pantang lepa mata..penuh dinding ditulis A,B,C, 1,2,3 dan kartun2 kesukaannya. Selebihnya dia banyak belajar dari tv daripada belajar dalam buku. Banyak words yang aku dengar dia guna, sebut dengan betul. Walaupun kadang aku naik angin jugak tengok cara dia tengok tv tu..macam nak masuk dalam peti tv tu jer..kadang naik penat bercakap, hanger la kn libas kat betis.

Semalam, semasa pendaftaran ibu bapa, kami diberikan aturcara majlis. Dalam tu ada disertakan senarai pelajar bersama2 anugerah yang diterima. Aku tengok Luqman dapat Anugerah Emas..Ehhh..macam tak caya jer..musykil nih. Takkan kot! Apa yang dia dah buat..kot2 memang stail sekolah tu yang beri semua anugerah untuk semua pelajar2. Tapi ada jugak budak2 yang dapat Perak, Gangsa dan langsung tak dapat apa.

Dulu pernah aku bertanya cikgu kelasnya tentang pencapaian Luqman. Menurut cikgu, Luqman jenis lambat nak capture attention...lambat buat keja..orang lain dah nak siap, dia masih tercari2 rentak, terjenguk2 orang buat...feedback tu lambat..Tapi menurut cikgu, keja dia kemas, tulisan cantik dan teratur..waaahh..bangga sekejap. Dalam masa yang sama, cuak jugak la..kot2 anak aku ni ada penyakit 'Autisme'. Tapi bila tengok sejarah ayahnya, mmg ayahnya jenis macam tu dulu masa kecik2..lambat bercakap, pendiam. Tapi dah besar, ok jer..dapat jugak masuk Univ buat PhD. So, aku cuba think positif.

Bila majlis selesai, aku jumpa cikgu. Aku tanya, atas kapasiti apa Luqman dapat Anugerah Emas? Cikgu memberitahu, Luqman berjaya menjawab kesemua paper (4 paper) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Math dan Sains dan semuanya fullmark. Ha? Biar betul..aku macam tak caya jer..hehe..but at the same time, i'm proud of him. Menurut cikgunya, so far pencapaian Luqman dah semakin baik berbanding mula2 dulu. Dia dah semakin ligat dan banyak bertanya dalam kelas. Cuma yang aku risau, dia ni terlalu banyak yang ingin dia tahu, aku tahu banyak benda dalam kepala yang dia fikir...kadang tak reti dia nak describe macammana. Dari segi kepetahan bercakap, Luthfil lagi cepat dan lancar bercakap. Luqman bercakap pun masih lagi tunggang langggang dan selalu guna terms yang salah...like apa, siapa, kenapa,di mana...huhuhu..ikut sapa tuuuu?

Tahun depan dah 6 tahun usianya. Maybe sekarang ni kami tak terlalu mengongkong dan strict sangat lagi dalam study dia. Tahun depan no more main2. Lagipun next year aku dah free sket, so bolehlah aku concentrate study dia pulak.

As a motivation to him and proud of his achievement, we all celebrated dengan membeli kesukaannya. Luthfil punya turn, next month ok!..skali dengan celebration ibu!

Saturday, November 08, 2008

Ingat2 kenangan lama

Aku berpandangan bahawa setiap dari kita, manusia normal..mempunyai kenangan silam..yang mungkin juga agar sukar untuk dilupakan. Bohong la kalau cakap takde kenangan..kecuali kalau hilang ingatan yg mana storage memory yg lama2 tu dah blackout atau tercabut. Waima, kalau kata dah takde apa yang nak dikenangkan, sesekali ia menjengah jugak di fikiran kan?..samada nak atau tak nak je melayan kenangan itu.

Kenangan pulak ada macam2. ada kenangan manis, mungkin juga kenangan pahit. Kenangan manis akan buat kita tersenyum, kenangan pahit buat kita terkulat2..tapi mungkin juga kepedihan sudah tak berapa nak terasa. Terpulang la apa yang nak dikenangkan samada orang, peristiwa atau perkara.

Aku sebagai manusia juga ada kenangan. Kenangan pada seseorang. Tak tau la manis ke pahit..tengah2 kot..huhu..manis bagi aku, pahit bagi dia...hahahaha..

Kenapa aku terkenangkannya? Entah lah..mungkin sebab dia orang pertama yang hadir mengajar aku erti dewasa, kehidupan dan kasih sayang. Sepanjang perkenalan, kami tak pernah bergaduh, dia tak pernah marah pada aku, sentiasa memaafkan aku, sentiasa melayan rajukku, sentiasa mengikut kehendakku. Siapa yang tak sayang perhubungan 8 tahun? Dia lah 'penjaga' aku..dia la borderline aku zaman sekolah dulu..sampai takde chance orang lain nak dekat.huhuhu..Walau kami dipisahkan oleh beberapa benua, tapi dia masih mengambil berat, bertanya khabar, berutus surat. Saat paling menggembirakan apabila mendapat surat yang berhelai-helai dan berjela2..maklumlah..bekalan untuk sebulan yang akan datang. Kadang tulis surat tak sempat habis, blh pulak sambung2 esok..hahaha..Kalau sampai kat umah, mak aku yang baca dulu..aku tak risau pun, sebab takde apa yang pelik2 dia tulis.

Mungkin kalau ditanya sekarang, sayang atau tidak lagi..aku berani mengatakan sayang hanya atas dasar kenalan lama yang saling mengambil berat suatu ketika dulu.Cuma ada peristiwa yang membuat aku sangat2 terkilan. Puncanya dari aku juga..itu yang membuatkan aku lagi rasa bersalah..Sebenarnya ia masih boleh bertahan lama kalau tak wujud 'proposal'. Nak buat macammana..kehendak kami tak sama. Aku perlu buat keputusan dan menetapkan pendirian aku sendiri.

Kadang2 teringat jugak, tapi sekadar mengingat dia untuk mengetahui perkembangan semasa dia. Sudah terubatkah kekecewaan dan kepedihan yang aku berikan suatu ketika dulu? huhuhu..masih ingatkah pada diri aku ini..orang kata kalau kita ingatkan seseorang, dia juga ada ingatkan kita..ntah betul atau tidak aku pun tak tahu.

Zaman kemudahan ICT yang ada sekarang ni, aku maanfaatkan sepenuhnya. Bukan aku tidak pernah menggoogle..penah dulu cuba. Tapi tak de hasil. Hari ni aku menggoogle lagi. Jangan salah paham, bukan lah aku beria sangat pun, tapi tak salahkan untuk kita menyambung kembali pertalian persaudaraan yang sudah terputus hampir 12 tahun.

Google punya google, aku terjumpa tempat dia bekerja..dengan berpandukan klu yang samar2, dengan input yang tak seberapa, akhirnya aku dapat jugak tahu di mana dia berada. Nampaknya dia masih berada di seberang sana... Merajuk benar dia sehingga jadi pemastautin kat sana. Mungkin dah jumpa kebahagian yang dia cari. Aku sentiasa mendoakan dari jauh dia berbahagia bersama keluarga tercinta untuk selama-lamanya.

Kerinduan - Sheila Majid

Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jika ku mencinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku

Semua terwujud, saat kau singgah
Panasi cinta, untuk setia merindu

Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu ku rasa
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan, apa yang ku pinta
Kau mengingatku dalam cinta
Temaniku dalam…
Setia (jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan
Cinta lain datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku

Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau suluhkan api cinta diriku

Wednesday, November 05, 2008

Semoga tiang Arash tidak lagi bergegar..

Sejak kebelakangan ini media massa banyak membuat liputan tentang krisis rumahtangga Abby-Norman. Bagi aku yang tengah buat projek paper tentang topik krisis komunikasi, aku clasifiedkan kes Abby-Norman ini juga sebagai krisis. Ini kerana isu ini melibatkan public figure, mendapat liputan media yang meluas,mempunyai nilai berita, menjatuhkan reputasi dan imej artis serta berlaku secara tiba-tiba dan penuh emosi..dan melibatkan pelbagai pihak.

Aku tumpang simpati dengan nasib yang menimpa mereka. Apa yang buat aku terkilan ialah kenapa tak diadakan perbincangan tertutup di antara mereka berdua. Norman sepatutnya tak perlu nak menjawab media, tak menyelesaikan masalah pun. Lagi banyak jawab, lagi banyak isu akan keluar. Kalau dia cakap suruh pihak media hormati perasaan dia waktu itu, beri dia ruang dan peluang kepada dia dan Abby untuk berbincang, media tak boleh nak kata apa.Media kena hormati itu. Dia kena ada strategi. Dia artis..ada news value. Dia kena banyak belajar PR lagi tu.

Abby pulak aku takde la nak salahkan jugak, orang tengah kecewa, memang la macam2 datang dalam fikiran. lepas bersalin pulak tu. Silap haribulan dah tension sgt, boleh kena meroyan.Dia dah nekad, hati dia dah kering..saper tak kecewa jika suami mempertahankan perempuan lain. memang tak masuk akal betul Norman tuh. Tidak malukah mereka menjadi bahan berita dan tontonan orang ramai, tidak kesiankan mereka pada anak-anak yang masih kecil? Cuba bayangkan jika ada anak-anak menonton apa yang mereka sedang lakukan, menonton drama yang telah menjadi realiti..'melihat papa dan mama berlakon'..pelakon yang tidak lagi berlakon.mama dan papa bergaduh di tepi jalan, mama mohon dilepaskan, papa sibuk dengan perempuan lain...mesti mereka bertiga meranung-raung kesedihan..kenapa berlaku sedemikian..tidak sayangkah lagi papa dan mama kepada kepada kami?..raung si anak. Lihat si kecil yang tidak berdosa..lihat si comel yang pulus..lihat dan renungkan mata mereka..fikirkan masa depan mereka..segala tindak tanduk ibu bapa hari ini akan menjadi sejarah luka pada anak-anak. Bagaimana nasib mereka di masa hadapan?

Kalau betul la mereka ni sayang anak-anak, cuba bawak ketiga-tiga anak2nya ke tempat kejadian. Biar Abby dan Norman tengok muka anak2. Tergamak tak..ada hati perut tak..bawak pompuan tak malu tu skali..suruh dia tengok muka anak-anak kecil tu..tengok samada dia sebagai bakal ibu ada perasaan atau tidak..tergamak memisahkan anak dengan bapa mereka. Aku cukup kasihan dengan Abby..baru je lepas bersalin, perut pun tak habis sakit lagi, bius pun tak hilang lagi, tapi suami dah buat perangai..donia..donia...

Tidak adakah sekelumit rasa kasih sayang terhadap wanita yang berkongsi susah senang selama ini? Kenapa mesti ada orang ketiga? Dulu janji sehidup semati..kenapa mudah benar melupakan janji-janji yang dimeterai..meruntuhkan apa yang telah dibina sangat mudah..tapi membina apa yang telah runtuh sangat payah.

Yang paling aku musykilkan...di mana kedua-dua ibu bapa Abby dan Norman? Di saat anak-anak sedang berantakan, sepatutnya hulurkanlah bantuan, berbincang...nasihat dan menasihati..fikir-fikirkan..cukup2 la tu Abby dan Norman.

Jauh di sudut hati, aku doakan semoga Allah memberi mereka berdua kekuatan dalam menghadapi ujian. Semoga tiang Arash tidak lagi bergegar untuk kali kedua..

Sleepy...zzzZZzz..

Malam tadi stay up sampai jam 4 pagi. Sebelum tidur kemas baju anak2 dulu. Mana tahu kot2 terbabas tak sedar nak bangun.

Pukul 6.30am aku terjaga. Tapi susahnya nak bukak mata..sambung tido lagi. Sib baik aku on leave.

Hari ini pulak jadual pack sangat.Kelas bermula jam 9-11am, then sambung 11-1pm, then 2-4pm..kering tekak hari ni. Malam ni ada kelas ganti lagi untuk last week.

Sebelum ke kelas, aku sempat siapkan soalan kuiz untuk subjek management Jumaat petang ni..tapi nampak gayanya kena postponed ke minggu depan sebab nak kena jumpa supervisor pada Jumaat petang..takut tak sempat nak rush balik sebelum 4pm.

Soalan Final exam dan supplementary exam belum submit lagi walaupun dah siap..date line pun dah lepas. Kali ni kami kena siapkan sekaligus soalan2 untuk supplementary..keja tak effective..buang masa..buang kertas sahaja. Aku terpaksa siapkan 8 set soalan yang berlainan untuk program yang berlainan...tambah supplementary exam..lagi 8. So 16 copy soklan + skema.

Giloosss..Dioarng ni actually takut lecturer resign takde orang ganti yang boleh buat soalan supplement..tu yang sampai menyusahkan semua orang. Padahal kalau semua student lulus, soalan supplement tak perlu nak prepare pun. Efective but not efficient!

Arghhh..aku tengah sedih..kawan yang sama join ngan aku masuk Legenda 16 Jun 2001 dah nak resign..waaaaaa...tinggal la aku sensorg. Takpalah..dah rezeki dia sampai..esok lusa mana tahu Allah murahkan rezki aku pulak. Amiiinnnn...

Ok laaa..nak sambung buat keja...walaupun tengah ngantuk giler nih...

Aku Wanita

Best pulak memalam melayan lagu-lagu yang diputarkan di corong radio kecilku.. menemaniku ketika bersengkang mata menyiapkan project paper.

Layaaaannnn...


Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Chorus:
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Satu yang ku mahu
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami