Saturday, March 31, 2012

Jangan tamak~


Siang tadi kami ke Umbai, Melaka menghadiri kenduri perkahwinan saudara sebelah hubby. Bertolak lebih kurang jam 11 pagi, sampai sana jam 1 tengahari.

Seperti yang dijangka, juadah wajib orang Melaka ialah asam pedas daging. Tak berapa kick sangat sebab takde ikan masin, kalau lawan dengan ikan masin baru lah menyangkut selera..hehehe

Time nak berangkat balik, macam biasa la..salam kaut. So tuan rumah kasi la 4 goodies bag...Udah anak den 3 orang, so si Wafa la yang dapat 2. tetiba ibu lihat Luthfil Hadi ambil goodies bag tu dari tangan Wafa. So, ibu assume dia nak tolong pegang la.

Tengah dok jalan nak ke kereta..

Ibu: Luthfil, mana 1 bag lagi yang kat tangan Wafa tadi?
Luthfil: Saya dah pulangkan, dah letak dalam kotak balik.
Ibu: Laaa..nape pulak pulangkan..kan acik tu bagi kat kita.
Luthfil: Tak baik tamak ibu!
Ibu: errrrkkk...(speechlesss)..(dalam hati..'kempunan aku nak makan baulu')


Friday, March 30, 2012

Pindah~yeaayyy!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana mempermudahkan urusan ibu. Semalam petang staf SFGA dihantar ke office ibu untuk mengangkut barang dari tingkat 3 ke tingkat bawah. Pindah office je untuk sementara..hehehe..almaklumlah. Proses angkut mengangkut tidak memakan masa yang lama sebab barang2 ibu pun tak banyak, lagipun hanya untuk tempoh sementara sahaja. Isnin lepas ibu dah sesiap belikan carpet untuk dihamparkan di office. So, semasa hubby datang jemput di office, sempat jugaklah ibu mintak hubby hamparkan..mana tahu kot2 penat lenguh duduk di kerusi, boleh melepak di bawah..hehehe..ada makna tuh.

Urusan sticker kenderaan pun dah settled. Bermula 15 April 2012, pak guard akan memulakan operasi menahan mana2 kenderaan yang takde sticker daripada memasuki premis. Jenuh la nak menapak kalau kena tahan.

Pagi tadi pulak ibu ke Infotree untuk settledkan thumbprint dan manual thumbprint. In case kalau ada kelas di Blok 2 ibu tak perlu lagi terkejar2 nak punch di BLok A.

Line internet juga dah disetup, siap skali dengan sharing printer di admin office. Tinggal lagi line telefon yang belum buat. Tapi elok jugak kalau takde telefon bilik, takde orang cari..hehehe.

Carpet ini murah ajer..RM40!

Borong kat Nilai 3

Wednesday, March 28, 2012

Rajinnya anak ibu!

Rasa macam dah lama tak buat projek masak2. Hehehe..padahal last Saturday baru je buat biskut chip coklat sambil dibantu oleh Luthfil Hadi. Wah! Kemain teruja dia bila diberi peluang untuk membantu ibu..sesekali kena trust pada anak tentang keupayaan dia supaya kerajinan dia tak terbantut. Akan datang mana tahu time kita tak larat nak buat kerja, anak2 ringan tulang untuk membantu.

Hari Ahadnya pulak, ibu dan hubby ke Pasar Beranang misi mencari ulam. Ulam yang diidamkan takde pulak, so bergegas ke Pasar Mantin..punnnn takde..memang bukan rezeki lah. Walaupun takde ulam yang diidamkan tapi ibu beli jugak penggantinya iaitu si jantung pisang. Hari minggu lepas memang niat nak masak ayam kari special untuk Abang Long. Dah lama tak buat masakan bersantan sebab on diet control..hehehe..konon2nya lah kan.

Kali ini abang long pulak volunteer nak menolong di dapur. Okey..fine! Lepas dia basuh perkakas dalam sinki, ibu mintak dia tolong kacau bawang tumis kari, kopek kentang dan potong kangkung. Memula cuak jugak sebab takut membahayakan tapi ibu testing tengok dulu. Memang dia sangat excited! Konon2 dia lah yang masak kari hari tu! Dan dialah yang paling berselera sekali makan menambah2 nasi.

Rajinnya anak ibu..semoga sikap membantu ini berterusan selamanya.




Kasut Pallas

Karakter Luqman dan Luthfil agak berbeza. Si abang lebih pendiam dan tak banyak karenah berbanding dengan si adik yang lebih ramah dan banyak songeh sikit.

Baru-baru ini Luthfil (adik) balik bercerita kepada ibu (ada je cerita dia ni kalau balik sekolah):

Luthfil: Ibu, kawan saya cakap kasut saya tu kasut pompuan!
Ibu: Kasut pompuan? Mana dia tau kasut Abang Ngah tu lelaki ke pompuan? Bukannya dia tulis untuk lelaki ke pompuan..semua boleh pakai.
Luthfil: Ntah kawan saya tu.
Ibu: Tak kisah la kasut sekolah macammana pun...yang penting Abang Ngah pandai belajar, rajin belajar. Tak usah hirau sangat apa yang kawan kata. Ada orang tu lagi susah sebab tak de kasut nak pakai pergi sekolah. Kita ni kena bersyukur lah sebab ada kasut nak ke sekolah. Paham?
Luthfil: Paham ibuu...


Macam ni la lebih kurang rupa kasut Luqman dan Luthfil tahun ni..Kasut Pallas
(Sumber: Gambar Google)
 Awal tahun 2012 kami beli kasut sekolah Pallas untuk mereka berdua tu. Dua pasang untuk Luthfil dan satu pasang untuk Luqman. Kasut tahun lepas Luqman masih elok lagi. Reason kenapa kami beli kasut tak bertali ialah supaya senang nak pakai, takde terkial2 nak mengikat tali kasut. Jenis zip zap ni pun kekadang terkial2 nak memakainya terutamanya Luthfil.

Masa beli awal tahun, saiz kasut untuk Luthfil ialah 7. Baru 3 bulan dia dah komplen kasutnya ketat. Kasut pun masih baru tapi dah tak muat. So, minggu lepas kami ke kedai Bata mencari kasut sekolah. nasib baik ada patern yang sama, so rembat la jugak sepasang seorang. Saiz kasut Luthfil Hadi daripada 7 dan naik ke 10! Cepat betul panjang kaki budak nih.

Tuesday, March 20, 2012

Pesan ayah

Ingat tak lagi kisah roti panjang aka rotan yang ibu pernah story dalam entry yang lepas?
Semalam adalah hari pertama persekolahan selepas seminggu anak-anak bercuti.
Balik sahaja ke rumah selepas dijemput hubby dari rumah pengasuh, Luthfil tak sabar2 bercerita kepada ibu tentang perbualan dia dengan Dinah di sekolah.

Luthfil: Ibu, tadi masa kat sekolah kan, saya cakap kat Dinah.."Ayah saya tak bagi dah pergi ke kedai belakang, nanti ada orang jahat culik, lepas tu kannn..keta langgar.

Ibu: Abis tu Dinah cakap apa kat Luthfil?

Luthfil: Entah, dia tak cakap apa pun, dia cuma cakap nanti kita beli makanan HALAL jer.

Ibu: Makanan Halal ke apa ke..ibu tak nak Luthfil ngan Abang Long pergi ke kedai tu lagi. Ingat tak ayah pesan apa hari tu? Nak kena rotan lagi?

Luthfil: Ingat ibuu..

Sunday, March 18, 2012

Chocholate muffin

Projek petang ini adalah membuat chocolate muffin special request daripada Luthfil Hadi.

So, lepas lunch tadi, ibu terus bersilat masuk ke dapur dengan dibantu oleh si Wafa dan Luthfil. Sibuk nak menolong so ibu bagi tugas susun cup aje lah. Tak susah pun nak buat muffin coklat nih..Ibu modified sikit daripada resepi asal mengikut kesesuaian dan ketersediaan bahan.

Sebelum dibakar

Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 10-15 minit


Dah siap..tadaaa!!

Hot from oven

Muffin coklat sedia untuk dimakan
 RESEPI

1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung (ibu letak minyak bunga matahari)
1 1/2 cawan gula perang (ibu hanya letak 3/4 gula perang dan 2 sudu gula biasa)
3 biji telur (ibu guna 2 biji sahaja telur gred AA)
1 1/2 tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar makan serbuk koko
1 cawan susu segar (ibu guna 1 cawan susu cair)
Cip coklat untuk hiasan

CARA BUAT:

(Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 minit)

1. Pukul gula dan butter dan kemudian masukkan minyak.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko dalam satu bekas.
4. Masukkan sedikit demi sedikit bahan ayak.
5. Selang selikan dengan susu cair.
6. Kacau sehingga sebati.
7. Masukkan dalam cup (3/4 cup) dan bakar pada suhu 180C selama 10-15 minit.


AISKRIM MALAYSIA

Ini projek malam tadi (oren) dan pagi tadi (milo)

Anak-anak tak pernah makan aiskrim Malaysia..Masa buat malam tadi diorang bukan main excited tengok ibu dok mengadap buat aiskrim dan tak sabar nak rasa. Hari ini dah tinggal separuh:-)

Aiskrim Malaysia - perisa sunquick dan milo~

Saturday, March 17, 2012

Nasi Ayam & Muffin Gula Perang

Sudah lama tak buat nasi ayam. So, malam tadi dah siap buat announcement kat anak2 yang ibu masak nasi ayam esok (hari ini). Apalagi bersorak sakan la diorang.

Ayam goreng yang diperap dengan halia, bawang putih, kicap manis, kicap masin, kicap cair, sos tiram, garam dan sedikit serbuk perasa. (ayam perlu direbus terlebih dahulu bersama dengan halia dan kiub ayam). 

Ayam kukus (perap dengan halia, bawang putih, daun sup dan sedikit garam)

RESEPI NASI AYAM

(thanks to Siti yang sudi berkongsi resei nasi ayam ini)

Nasi:
3 cup beras basmathi
Air rebusan ayam (ayam direbus dengan halia muda dan kiub ayam)
2 helai daun pandan
secubit garam

Sup:
Air rebus ayam (boleh juga masukkan kaki ayam, leher dan sayap)
halia
bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga - tumis
bawang putih yang digoreng garing
daun sup dan daun bawang
garam dan serbuk perasa

Ayam:

Seekor ayam dibelah 2. Ayam perlu direbus terlebih dahulu bersama halia dan kiub ayam (pastikan air mencukupi untuk masak nasi dan sup)
Jangan rebus terlalu lama. Angkat dan toskan.
Perap dengan : 10 ulas bawang putih, halia bersaiz ibu jari, kicap masin, kicap manis, kicap cair, sos tiram, sedikit garam dan serbuk perasa (jika suka)
Perap lebih kurang 30 minit atau lebih sebelum digoreng.

Sos cili:
3 biji bawang putih
1 labu kecil bawang besar
3 biji cili merah
5 biji cili burung
seinci halia
2 biji tomato yang dibuang biji
Jus limau nipis atau cuka makan
garam dan gula secukup rasa

Sos kicap:
Ibu hanya guna lebihan kicap perapan ayam dan hanya tambah sedikit kicap masin.

Sayuran:
Salad, timun dan tomato

Petangnya pula, ibu dibantu oleh Abang long membuat muffin gula perang. Sepatutnya resepi muffin ni perlu dikukus tapi rupanya kurang cantik dan tak berapa naik. Rasa dah okey, gebu dan lembut. So, ibu try bakar  pulak. Rasanya lebih ringan dan garing..lebih sedap. Adunan ni Abang Long yang handle sepenuhnya. Agaknya lama sangat dia putar.

Muffin gula perang

Friday, March 16, 2012

Isu maid...yang tidak masuk akal!

Ibu tak tahu lah nak kata idea ni idea bodoh, tak masuk akal dan melampau tentang penyelesaian pembantu rumah daripada Indonesia nih. Hakikatnya ibu memang takde maid, tapi setiap kali isu maid dibangkitkan membuatkan ibu hot ajer.

Hari ini ibu baca kat paper tentang penyelesaian kerajaan malaysia dan indonesia yang mengatakan seorang maid hanya boleh melakukan satu tugas khas sahaja dengan bayaran RM700 sebulan, cuti sehari seminggu dan passport dipegang oleh maid. Dengan erti kata lain, kalau majikan ambil maid untuk menjaga anak, dia tak boleh buat kerja mengemas, memasak dan menjaga orang tua. Apasal tak bagi sekali pakej percutian ke luar negara ditanggung sepenuhnya oleh majikan!

Jika diperhalusi, kita yang bekerja biasa pun buat macam2 kerja. Kalau kerja kerani sekalipun bukan dia buat 1 kerja sahaja...ada yang multitasking tapi gaji banyak tu juga. Kalau pun tukang masak di restoren, dia memang buat kerja memasak jer, tapi memasak dari start masuk kerja sehinggalah habis waktu kerja (assume masuk kol 10am -10pm). Tapi kalau maid yang kerja memasak kat rumah yang hanya menjaga 1 keluarga sahaja, dan  tempoh memasak hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja, berbaloikah dengan bayaran RM700? Itupun memasak hanya untuk sarapan pagi dan makan malam. Waktu siang suami isteri dan anak2 tidak ada di rumah, keluar bekerja dan ke sekolah. Di mana logiknya idea penyelesaian isu pembantu rumah ini???

Nampak gayanya CEUPACS dan MTUC kena fight kepada kerajaan untuk memberi elaun pembantu rumah kepada pekerja2. Setahu ibu, selama ini hanya pegawai tinggi sahaja yang mempunyai elaun pembantu rumah sedangkan gaji mereka dah cukup tinggi berbanding pekerja biasa yang lebih memerlukan. Orang kaya sahajakah yang berhak hidup selesa dan tenang di Malaysia ini? TIdak terfiirkah difikiran orang yang membuat keputusan itu tentang nasib rakyat kebanyakan??

Apa2 pun ibu sangat bersimpati kepada nasib rakyat malaysia yang tersepit dan tertekan dengan isu ini. Dan tidak mustahil akan ada isu baru yang akan muncul. Contohnya, akan ada ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai terpaksa meninggalkan anak2 di rumah menjaga diri mereka sendiri kerana tidak mampu membayar kos pembantu rumah, atau pengasuh. Maka akan timbul pulak isu keselamatan anak2 yang terbiar tanpa pengawasan orang dewasa. JIka terjadi sesuatu yang tidak diingini, ibu bapa juga yang akan disalahkan. Salah ibubapakah kerana tidak mampu? Dan jika si ibu mengambil keputusan berhenti kerja, timbul pulak isu kekurangan perbelanjaan menampung kos hidup. Rata2 perempuan sekarang mempunyai tugas dwikerjaya. Cukuplah dengan bebanan dan tekanan yang ditanggung sekarang, jangan timbul lagi isu maid yang memeningkan kepala...takut nanti statistik rakyat malaysia yang mengalami tekanan jiwa meningkat berkali ganda pada masa akan datang.

Walau apapun, diharap isu maid ini akan dikaji semula. Jangan pulak kerajaan mengabaikan kepentingan rakyat sendiri hanya untuk menjaga hati jiran negara sahaja. Kerajaan perlu mempertimbangkan win-win situation bukannya win-loose situation.


Amah buat satu kerja gaji RM700


2012/03/16

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.



Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia, di sini semalam.
Beliau berkata, 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai semalam dengan kemahiran khusus masing-masing, manakala majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing.

Dr Reyna berkata, kesepakatan dalam soal jawatan khusus itu diharap dapat mengelakkan sebarang masalah seperti yang berlaku pada masa lalu.

Katanya, pada masa ini 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan, manakala lima daripada 221 agensi di Malaysia bersedia menguruskan penempatan mereka dengan majikan di Malaysia.

“Pada masa ini sebahagian besar daripada calon pembantu rumah berkenaan sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia. 
Beliau berkata, selepas pengiriman kumpulan pertama 106 pembantu rumah itu, ribuan lagi akan dihantar ke Malaysia dengan anggaran 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.

Setakat ini belum ada pembantu rumah Indonesia dihantar secara rasmi ke Malaysia sejak negara itu menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumah ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu. Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu negara itu oleh majikan Malaysia.
Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai adalah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja kepada agensi pekerjaan. Selain itu, pembantu rumah diberi sehari cuti setiap minggu dan dibenarkan memegang pasport sendiri. – BERNAMA



Wednesday, March 14, 2012

Santapan istimewa ~ ubi kayu rebus & mee goreng mamak special

Wallahh...syukur alhamdulillah dengan nikmat dan kurnia rezeki yang diberikan oleh Allah Taala.

Malam tadi kami berkesempatan menikmati juadah istimewa kami iaitu ibu rebus yang dicicah dengan kelapa parut. Sungguh penuh penghayatan kami berdua makan. Teringat nostalgia masa zaman kanak-kanak especially waktu musim tengkujuh apabila sarapan pagi kami banyak disuakan dengan ubi..tak kira lah ubi kayu ke, ubi keledek ke, ubi itik ke atau ubi badak.

Luqman dan Luthfil hanya memandang je tengok kami makan berselera..bila di offer semua tak mau..rugi2..:)

Pokok ubi ini adalah hasil tuaian di belakang rumah. Semasa balik bercuti tahun lepas, ibu bawak benih dari kampung sebab tujuannya nak makan pucuknyer ajer. Tapi tak sangka cepat betul dia membiak sampaikan melepasti pagar. Sempat jugak lah 4-5 kali merasa pucuknya. Tapi ibu rimas dengan serangga putih yang banyak dibawah daun2 ubi tu. so, ibu mintak hubby cabut pokoknya kot2 ada isi yang boleh dimakan. Alhamdulillah, dapat gak 7-8 ketul sebesar lengan Wafa.

Ini lah hasilnya dan menjadi santapan makan malam kami..

Ubi kayu rebus dicicah dengan kelapa muda

Sedap dimakan ketika masih panas
 Ini pulak juadah untuk anak-anak


Mee goreng special


RESEPI MEE GORENG MAMAK:
(Untuk 5 orang makan)

5 keping mee segera (beli yang plain tanpa perencah) - rendam dalam air panas dan toskan.
1 keping daging cincang
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci hali - ditumbuk
1 labu bawang besar - dipotong dadu kecil
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu cili boh (tak letak pun takpe)
1 ketul tauhu - goreng dan potong dadu
Timun dan lobak merah - disagat
Sedikit taugeh
Kicap cair dan garam secukup rasa

CARA2:
1. Tumis bawang putih dan halia, setelah naik bau masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
2. Masukkan serbuk kari, kacau sehingga naik bau, guna api perlahan untuk elak dari hangit.
3. Masukkan daging cincang, biarkan seketika sehingga daging empuk. (boleh masukkan sedikit air jika nampak kering), kemudian masukkan tauhu yang telah dipotong dadu.
4. Masukkan kicap cair dan garam.
5. Masukkan mee, kacau, dan kemudian masukkan sayuran. kacau mee sehingga sekata.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, March 13, 2012

Tart telur~2nd round

Tart telur
Kali pertama ibu buat tart telur, rasa shell kurang umphh sebab memandai jer p tukar guna gula icing kepada gula castor. Tapi habis gak la sebab ada penggemar tart yang tolong makan.

Untuk memuaskan hati, ibu try guna resepi yang ibu dapat daripada kawan. Sementelah pulak fillingnya masih banyak lagi tersimpan dalam peti. Kali kedua barulah menjadi tart telur ni dan hubby pun thumbs up!

Lain kali nak cuba filling ngan cheese & blueberry pulak.

Monday, March 12, 2012

Roti panjang aka rotan!

Gambar ehsan: Kosmo
Gambar pakcik di atas tidak ada kena mengena dengan entry ini, tapi ia ada kena mengena dengan produk yang ditunjukkan.

Alkisahnya, pada hari Jumaat yang lepas, anak ibu yang kedua Luthfil Hadi terkantoi dengan ibu. Kebetulan hari tersebut ibu mc sebab kena gastrik. So, lepas sekolah terus mereka berdua balik ke rumah.

Kebiasaannya, Luthfil cukup susah nak tidur waktu siang, tak macam abangnya Luqman yang lena je memanjang. Agaknya dia kepuasan tak de kawan nak ajak main, dia pun senyap2 naik ke tingkat atas, buat apa tak tahu lah.

Tiba2 ibu ternampak dia terhendap2 kat tangga. Bila ternampak kelibat ibu, dia mencicit lari naik semula seolah takutkan sesuatu. Instinct ibu biasanya kuat mengatakan ada 'hidden agenda' nih. So, ibu panggil dia turun ke bawah. Belum lagi sampai ke anak tangga paling bawah, dia terus membuat confession, surrender terus sebab takut kena marah sebab ada buat salah la tuuuu..

Kemudian terus dihulurnya satu benda pada ibu, katanya Dinah (kawan baik dia) yang belikan kat kedai belakang sekolah. Ibu telek2 nak pastikan apa bendanya yang diberi pada ibu, rupanya chewing gum, import dari Guangzhou China. Dah sah la memang takde tanda halal ke aper. Lagipun memang pantang ibu dengan produk2 makanan dari negara China ni sebab kebanyakan makanan yang datang dari sana mempunyai tahap bahan kimia yang tinggi dan membahayakan kesihatan.

Takde banyak cerita, ibu terus cakap pada Luthfil..ibu tak mahu anak ibu makan makanan yang takde tanda halal dan tak tentu hala nih. Kalau nak makanan apa2, mintak dengan ibu, mintak dengan ayah. Kat rumah ibu dah sediakan coklat satu tabung untuk anak2 ibu (sambil mengambil 2 biji coklair kesukaan dia). So, tak payah nak merayau keluar pergi ke kedai yang jual benda2 merapu tu, ibu tak suka. Terus diam jer dia. Pasrah dengan keputusan muktamad ibu.

Then, lewat petangnya semasa nak menjemput Wafa dari rumah pengasuh, ibu terserempak dengan ummi Dinah. Semasa berbual-bual tu, ibu tanyakan pada Dinah, betul ke Dinah belikan Luthfil chewing gum kat kedai belakang sebab masa tu jugak ibu tengok Dinah tengah mengulum chewing gum. Dinah mengaku yang dia beli. Terus kena soal dengan ummi dia. Rupanya selama ni ummi Dinah pun dah pesan jangan lagi membeli makanan kat kedai belakang sebab kedudukan agak ke belakang dari sekolah. Kalau dah namanya budak, baru2 kita pesan dia ingat la, bila kawan2 lain dok mengajak pesanan ummi/ibu ntah ke mana.

Belah malamnya, ibu mereport hal yang berlaku siang tadi pada hubby. Bila hubby dengar cerita ibu, dia mula2 dia nasihat ajer budak berdua tu. Tiba2 hubby teringat yang pernah suatu ketika dulu dia pernah warning kat budak berdua tu agar jangan merayau keluar waktu lepas sekolah, mereka perlu terus menaiki van balik ke rumah. Dan juga mereka diberi peringatan kalau ingkar perintah, hukuman roti panjang aka rotan akan dijatuhkan. Bukan sekali tapi 3 kali sebatan di tapak kaki!

Maka mengadaplah kedua2 nya di hadapan hubby menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan. Sambil kena rotan, sambil diterangkan kenapa kena rotan, kenapa tak boleh keluar main tepi jalan dan macam2 pesanan lagi. Terkebil2 jugaklah..Luqman dah merah mata. Hubby pesan, kalau buat lagi, lagi tinggi ayah angkat rotan.

So, for another grounded, diorang jugak kena buat homework paper cutting. Cari gambar dan berita tentang kemalangan jalan raya.Kalau berkesempatan, suatu hari nanti hubby nak bawa mereka melawat ke hospital melihat mangsa kemalangan jalan raya. Budak2 ni kalau orang tua bercakap jer dia susah nak lekat, kena bagi pengajaran dengan membawa mereka melihat dengan mata mereka sendiri.

Sudahnya, Luthfil Hadi tak habis2 bertanya pada ibu tentang kes kemalangan yang dia baca. Jauh la pulak imiginasi dia...adoyaiiiii.

Dan semalam hubby membawa balik beberapa paper untuk tatapan anak2nya tentang kes-kes yang berkisar budak hilang dan kes kemalangan jalan raya. Harapnya anak2 insaf dan mengingati pesanan ibu dan ayah demi keselamatan mereka semua.

Saturday, March 10, 2012

Garlic Bread Baked with Wildmushroom Soup

It's so yummyyyy...!

Walaupun sakit di tangan belum kebah akibat dicucuk jarum, namun gian nak mencuba resepi baru tetap berkobar-kobar.

Ini dinner ibu dan hubby malam tadi. Dinner yang sesuai untuk orang yang control diet..*sigh*

Garlic bread yang dibakar dan ditabur sedikit oregano

Sedap dimakan bersama-sama dengan sup cendawan liar

Sambil2 menyiapkan roti bakar, ibu sempat menguli doh untuk membuat tart telur. Ini percubaan pertama. Perlu improvement dari segi doh sebab dalam resepi sepatutnya guna tepung superfine, ibu main belasah guna tepung gandum biasa sebab lupa nak beli.

Apapun, anak2 tetap layan gak.


Tart telur

Friday, March 09, 2012

Gastrik


Semalaman ibu tak dapat melelapkan mata. Bila sakit datang terus terjaga dan asyik berulang alik ke toilet. Sudah lama tak rasa sakit di ulu hati semenjak pembedahan membuang hempedu pada tahun 2008 dulu. Kali ini gastrik menyerang lagi. Anehnya, malam tadi ibu ada menjamah sedikit nasi dan minum segelas susu sebelum tidur, tetapi masih lagi diserang gastrik.

Risau jugak memikirkan orang yang kat dalam tu..doa ibu tak putus-putus agar tidak ada apa2 yang buruk berlaku. Mahu mengajak hubby ke hospital, kesian pulak nak tinggalkan anak2 yang sedang lena. Sudahnya sampai ke siang ibu tak lena tidur.

Pagi2 lagi kami ke klinik. Menurut doktor perut ibu terlalu banyak asid dan itu yang menyebabkan ibu terkena gastrik. Doktor juga mensyaki ibu terkena food poisoning sebab ibu juga mengalami muntah2 dan cirit birit. Sudahnya kena masukkan air ke dalam badan sebab takut dehidration. Tekak pun dah tak mampu nak menelan makanan dan minuman.

Alhamdulillah, sepanjang 1 jam dimasukkan air dan ubat tahan sakit, ibu dapat melelapkan mata untuk rehat.

Thursday, March 08, 2012

Kimchi lagi~

the ingredients

Carrot, lobak putit & daun bawang


Patin Masak Asam Tepoyak~

Entry ni sepatutnya ibu post semalam, memandangkan agak bizi dengan course file, tak sempat nak update.

Jika minggu lepas tema juadah kami adalah minggu ayam, minggu ini tema juadah bertukar kepada ikan pula. Asyik makan ayam je muak juga rasanya. Alhamdulillah, anak2 tak berapa cerewet jika kena dengan selera mereka tambah2 lagi Abang Long. Kalau sepinggan tu zup zap jer dah licin masuk pinggan kedua pulak. Dia makan memang selalu berselera. Selalunya dia lah yang rajin bertanya kalau ibu tengah masak kat dapur.."ibu masak apa malam ni? ferevet Aman ehh?..memanjang jer faveret dia..huhu.

Setiap hari Selasa ada pasar malam (PM)di Taman Semarak, Nilai. Oleh kerana kami balik agak awal dari office, kami pun menyinggahlah nak beli apa yang patut. memang dalam kepala rasa nak makan ikan patin masak tempoyak untuk makan malam.

Yang istimewanya di PM, Nilai ini ada menjual ikan2 air tawar yang masih hidup. Memang fresh dari ladang la. Ikan2 yang dijualnya tak hanyir dan tak berbau. Kalau beli di tempat lain, kadang2 bau hanyir, bau tanah dan tak lalu nak makan. Tapi kat gerai tu alhamdulillah so far ok. Budak yang menjual tu pun sampai dah kenal hubby sebab kami selalu sangat beli ikan patin kat situ.

Kepada peminat2 ikan patin, berikut ialah resepi ikan patin masak tempoyak untuk dikongsi bersama. Selamat mencuba:-)

1 ekor ikan patin - basuh bersih2 dan rendam seketika dengan air asam jawa.
1 labu bawang merah besar
1 ulas bawang putih
1 inci hali
1 inci lengkuas
10 tangkai cili padi
Kunyit hidup sebesar ibu jari
2-3 sudu tempoyak (kalau suka pekat, boleh tambah lagi)
Semua bahan2 di atas diblend bersama air (untuk kuah secukupnya - so, tak perlu tambah air lagi)
Daun kesum
Bunga kantan

Cara buat:
1. Bersihkan ikan, toskan.
2. Masukkan bahan2 yang sudah diblend ke dalam periuk, kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan yang dibelah 4.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Biarkan sehingga mendidih dan bunga kantan lembut.
5. Masukkan ikan patin, guna api perlahan, tutup periuk. Biarkan sehingga ikan masak. Tutup api.
6. Hidang dan selamat menjamu selera.

(Kalau tempoyak tidak masam, boleh masukkan asam keping, kalau dah masam tak perlu lagi tambah asam keping)
Ikan patin masak tempoyak

Ikan patin - kaya dengan omega 3 dan sumber protein yang baik.

Tuesday, March 06, 2012

Sandwich Daging + Mozarella cheese

Sandwich daging mozarella cheese

Sangat sedap dimakan ketika masih panas dan rangup

Bahan:

Roti Gardenier
Daging cincang
Bawang besar - potong dadu
Bawang putih - cincang
Tomato - buang biji & dipotong dadu
Carrot
Daun sup
Halia
Lada putih
Oregano
Garam secukup rasa
Taburkan cheese sebelum bakar dalam sandwich maker

Because I'm A Girl

Clip video yang sangat owesome..


Kisah Nabi Luth dan Misteri Laut Mati

Posting hari ini ibu lencongkan sedikit kepada isu lain memandangkan posting2 sebelum ini mendera perasaan pembaca2 sekelian dengan juadah masakan yang tidak boleh diratah sebaliknya hanya boleh ditatap. Hehehe..ampunnn.

Sudah agak lama tidak membuka email. Hari ini tergerak hati untuk melihat apa dan siapa yang selalu mengutus email buat ibu. Mak aiiiii..fengsan nak mendeletenya..ada lebih kurang 7000 lebih email yang masih belum dibuka. Kebanyakkannya forward email daripada orang yang tak dikenali.

Daripada banyak2 email itu, ibu tertarik dengan satu forward email yang boleh dikongsi bersama iaitu tentang Kisah Nabi Luth dan Misteri Laut Mati. Selama ini pernah jugak dengar cerita tentang Laut Mati, tetapi tidak arif sangat detailnya. Jom sama2 menambah ilmu tentang kisah2 dahulu yang sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada pembaca semua.

Laut Mati

Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.


Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Pemandangan Laut Mati yang diambil pada tahun 1989 dari Columbia Space Shuttle (STS-28). Bahagian selatan terpisah daripada separuh bahagian utara akibat kemerosotan paras air laut.
Pemandangan Laut Mati hampir 12 tahun kemudian (STS-102). Bahagian utara dan bahagian kecil tenggara telah bertambah dan kolam poligon besar terbahagi ke beberapa bahagian.


Pemandangan Laut Mati di waktu senja



Tiang yang terbentuk daripada garam karang dipanggil ‘isteri Luth’ di Gunung Sodom, Israel

Terapung di Laut Mati





Kaitan kisah Nabi Luth dan Laut Mati

LUTH bin Haran bin Tarah (Azar) adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Luth adalah antara orang beriman yang mengikut Nabi Ibrahim berpindah dari Babylon ke Palestin dan Mesir. Kemudian Nabi Luth mendiami kota Sadum (Sodom) di wilayah Jordan.

Namun, penduduk kota itu berakhlak keji, malah mereka derhaka dan kufur dengan nikmat Tuhan. Kegiatan merompak barangan yang dibawa kafilah dan mengunjungi pusat maksiat menjadi darah daging mereka. Lebih menjijikkan mereka mengamalkan liwat (homoseks).

Nabi Luth menasihati kaumnya supaya meninggalkan perkara maksiat, Sebaliknya beriman kepada Allah, Selain mengingati mereka mengenai azab yang bakal diturunkan jika terus bergelumang dengan perbuatan keji itu. Kaumnya tidak pedulikan nasihat itu, Malah berani memberi amaran kepada Nabi Luth: “Jika kamu tidak berhenti memperlekehkan kami, kami akan mengusirmu dari negeri ini.” Luth berkata: “Sesungguh aku mengingkari dan benci perbuatan yang kamu lakukan.”

Seterusnya mereka mencabar Nabi Luth dengan berkata: “Jika benar dengan azab yang kamu ancam ke atas kami, segerakanlah dan datangkan ia kepada kami.”

Mendengar perkataan mereka, Nabi Luth berdoa kepada Allah. Dalam al-Quran dijelaskan, maksudnya: “Luth berdoa, wahai Tuhanku, tolonglah aku dengan menimpakan azab ke atas kaum yang melakukan kebinasaan itu.” Doa Nabi Luth diterima Allah, lalu diutuskan-Nya beberapa malaikat untuk menurunkan azab ke atas kaumnya.

Sebelum itu, malaikat berkenaan mengunjungi Nabi Ibrahim dan memberitahu tujuan kedatangan mereka. Nabi Ibrahim berkata: “Ya Allah, di dalam negeri itu ada Luth dan
bagaimana dengan beliau jika negeri itu dimusnahkan.”

Perkara ini dapat diperhatikan melalui al-Quran, maksudnya: “Berkata Ibrahim; sesungguhnya di kota itu ada Luth. Malaikat berkata: “Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami akan menyelamatkan dia dan pengikutnya, melainkan isterinya, dia termasuk orang yang tertinggal, dibinasakan.”

Setelah mengunjungi Nabi Ibrahim, tidak berapa lama selepas itu malaikat dengan menyamar sebagai lelaki yang tampan pergi ke Sadum. Sampai di Sadum, mereka berjumpa dengan anak perempuan Luth.

“Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.

Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.

Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.

“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali.

“Oh tidak. Tapi... bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth. Nabi Luth yang pada mulanya tidak mengetahui tetamu itu adalah malaikat berasa cemas kerana bimbang mereka yang berwajah lelaki begitu tampan itu menjadi mangsa kaumnya yang bernafsu gila, iaitu homoseks.

Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.

Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya. Berita kedatangan tetamu (malaikat) itu diketahui kaumnya, lalu ramai kalangan mereka pergi ke rumah Nabi Luth, semata-mata untuk melakukan perbuatan terkutuk itu dengan tetamu Nabi Luth.

Apabila kaumnya berkumpul di pekarangan rumahnya, Nabi Luth cuba menghalang mereka daripada melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menawarkan anak perempuannya untuk diperisterikan, supaya tetamunya itu tidak diusik. Kaum Luth langsung tidak mengendahkan larangannya, malah berkata: “Sesungguhnya kamu tahu kami tidak mempunyai selera sedikit pun terhadap anak perempuan kamu. Sesungguhnya tidak ragu-ragu lagi, kamu tahu apa yang kami inginkan.”

Seketika keadaan di pekarangan rumah Nabi Luth kacau-bilau. Nabi Luth gagal mententeramkan kaumnya yang dahagakan hubungan sejenis daripada tetamunya itu. Tanpa berlengah malaikat yang menyamar sebagai tetamu itu terus membutakan mata mereka. Perkara ini diceritakan al-Quran: “Dan sesungguhnya mereka telah memujuknya (agar menyerahkan) tetamunya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-Ku.”

Selepas itu tetamu berkenaan memperkenalkan diri kepada Nabi Luth mereka sebenarnya malaikat. Kedatangan mereka semata-mata untuk menghancurkan kaum Luth. Ketika itu juga Luth diminta membawa bersama ahli keluarganya keluar dari negeri berkenaan pada waktu malam.

Al-Quran memperjelaskan: “Utusan malaikat berkata; wahai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan Tuhanmu. Sekali-kali mereka tidak dapat mengganggu kamu. Oleh itu, pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu pada lewat malam. Dan janganlah ada seorang pun antara kamu yang tertinggal, melainkan isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab kerana saat jatuhnya azab ke atas mereka adalah pada waktu Subuh. Bukankah Subuh itu sudah dekat?”
Kaum Luth ditelan bumi

Kemudian azab yang ditunggu kaum Luth menimpa mereka. Kehancuran mereka pada waktu Subuh dalam keadaan sungguh dahsyat kerana bumi negeri itu diterbalikkan. Mereka turut ditimpa batu daripada tanah keras dan terbakar. Al-Quran menyebut azab yang menimpa mereka: “Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”



Ustaz Azhar Idrus bercakap tentang Laut Mati

Dalam ilmu fardhu ain fiqih tentang masalah hukum air, disebutkan senarai air makruh yang terbagi kepada tiga iaitu air yang sangat hangat, air yang sangat sejuk dan air yang terjemur pada suatu wilayah yang sangat panas.

Air yang sangat hangat dan sejuk itu jadi makruh digunakan disebabkan ia boleh menimbulkan merasa sakit pada badan ketika menggunakan air itu, dan pendapat para ahli kesihatan menggunakan air yang sangat hangat akibat terjemur itu dapat menyebabkan penyakit kulit, dan tidak makruh memakai air yang sedang hangatnya atau sejuknya.

Air yang sangat hangat itu makruh digunakannya dengan empat syarat iaitu :
❀ air yang terjemur pada negeri atau wilayah yang bercuaca sangat panas seperti di kota mekah.
❀ air yang terjemur yang menggunakan tempat atau wajan yang terkena tukul, seperti gayung dan sebagainya yang terbuat dari besi, tembaga dan sebagainya. Selain dari emas, perak, tanah, batu dan kayu.
❀ air bekas terpakai pada badan manusia sekalipun bekas memandikan mayit, bekas mandi kuda atau hewan sejenisnya selain babi dan anjing, serta bekas orang yang berpenyakit kulit.
❀ 
Dan makruh memakai air dan tanahnya yang dimurkai, dibenci kaumnya atau penduduknya seperti air pada kaum negeri Samud, air kaum Luth, air telaga Barhud, air kaum negeri Babil dan air telaga Dzarra.

Tempat-tempat yang kena laknat oleh Allah Taala bukanlah tempat untuk kita berseronok seperti bermandi-manda dan bermain lumpur. Pada zaman sahabat dulu, para sahabat dilarang untuk pergi ke Laut Mati kerana ianya telah dilaknat Allah. Jika terpaksa melalui kawasan Laut Mati pun, mereka akan menundukkan kepala supaya mereka tidak melihat ke kawasan yang berair itu. Jadikanlah tempat yang tiada hidupan di dalamnya itu sebagai iktibar dan lambang kebesaran Allah Taala, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

Monday, March 05, 2012

Recycle Day~

Project recycle day keluarga adalah hasil idea hubby dan sudah lama dipraktikkan kepada anak-anak untuk mendidik mereka tentang cintai alam sekitar serta belajar untuk menabung. Almaklumlah, ayahnya orang alam sekitar.

Budak yang paling teruja dengan project ni tentulah Abang Long. Dia lah yang rajin mengumpul botol2 plastik especially bekas susu, bekas sabun ibu dan juga menyusun surat khabar lama. Pantang dengar ada lori apek lalu untuk beli surat khabar lama atau barang2 lama, dia pun mulalah sibuk nak menjual, walhal barang yang dikumpul tak seberapa. Hubby jugak tolong diorang untuk kumpul dan satukan di dalam plastik beg.

So, semalam kebetulan ada lori apek lalu semasa ibu kat luar rumah tengah sidai baju. Barang2 yang terkumpul pun dah agak banyak kat belakang rumah, mata pun dah menyemak tengok longgokan barang2 tu. So, budak2 bertiga tu pun bekerjasama lah mengangkut ke depan untuk menjualnya. Si Wafa tukang sibuk je ke hulu ke hilir mengekor abang2nya mengangkat surat kharar dan botol2 plastik.





Tokey surat khabar tengah menimbang botol. Tak sempat nak snap gambar surat khabar, dah kena angkut dengan pembantunya.

Hoyyeeehhh...saat yang ditunggu. Mari kita lihat berapa yang dapat.

"Ini je tokey yang saya dapat? Banyak botol dan surat khabar yang saya jual tadi.."
"Ayyyaa adik, lu jual surat khabar lama, botol plastik ajaaa...kumpul manyak2 lagi ya, nanti jual kat uncle lagi!"

(Huhuhu..dialog rekaan ibu sahaja. Dapat la RM2.10. Hubby suruh bahagi 3 untuk masuk dalam tabung, so dapat lah Abang Long singgit, abang ngah singgit dan adik 10 sen sebab dia menyibuk ajer..hehehehe)


The weekend project~Ketupat Sotong

Alhamdulillah...untuk projek minggu ini ibu berjaya jugak buat ketupat sotong. Kebetulan kakak ibu dari Saujana Putra datang bertandang, dia lah yang jadi tok gurunya.

Ketupat sotong ni sangat mavelousssssss...sudah lamaaaaaaaaaaaaaa tak makan. Tak ingat bilakah kali terakhir ibu makan, padahal kalau membuatnya bukan lah rumit sangat. Sonang ajor.

Ada satu kisah lucu semasa kami tetengah buat ketupat sotong ni. Kakak ibu bercerita, anak buah husbandnya yang tinggal di KL teringin nak makan ketupat sotong. Anak buahnya tu lelaki. Masa tu bulan puasa. Dia pun pergilah ke pasar Ramadhan. Kebetulan terjumpalah anak buahnnya tu dengan sorang makcik yang menjual ketupat sotong..punyalah dia excited nak beli..tapi..cup2..tanya harga dulu.

Anak buah: Makcik, berapa harga seketul ketupat sotong nih?
Makcik penjual: 6 hinggit satu.
Anak buah: Ha?????? takpelah makcik, makcik makan lah sendirik!!

Ibu yang dengar jawapan anak buah tu terus ketawa geli hati tak tahan dengan jawapan dia yang sinis. Mungkin malam tu makcik penjual tu tak lena tidur dok teringat kata2 anak buah yang sinis tuh. Ye lah makcik tu pun, agak2 la...


Sotong fresh yang lengkap anggota badannya:-)

Beras pulut yang direndam di dalam santan & secubit garam

Sotong yang sudah dimasukkan beras pulut (1/3 sukatan), then cucuk dengan lidi, masukkan dalam periuk, letak santan, daun pandan dan manisan/gula merah. Masak sehingga kuah pekat dan hampir kering

Inilah hasilnya. Sotong yang besar td sudah bertukar saiz 3x ganda mengecil..hehe

Saturday, March 03, 2012

Ayam Masak Kicap

Dalam banyak2 masakan, ibu paling tak pandai nak masak ayam masak kicap. Oleh kerana dah ketandusan idea nak masak apa hari ini, maka termasak lah jugak ayam masak kicap. Nasib baik anak2 dan hubby pun suka.

BAHAN-BAHAN:

10 ketul ayam
1 labu bawang merah besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dititik
1 inci halia dimayang
1 batang kulit kayu manis
1 batang lobak merah
1 biji tomato (saiz besar)
1 tangkai cili merah
1 tangkai daun sup
3 sudu sos tiram
5 sudu kicap manis (cap kipas udang)
Garam secukup rasa

CARA BUAT:
Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan halia sehingga naik bau.
Masukkan sos tiram, kicap dan garam
Masukkan sedikit air supaya berkuah.
Masukkan ayam, kacau dan biarkan sehingga ayam masak
Masukkan lobak, tomato dan daun sup
Biarkan seketika sehingga lobak merah empuk, then angkat

Sangat mudah bukan??

Selamat mencuba!

Campak semua bahan dalam kuali

Done!

Solok Peria VS Solok Lada

Explorasi ibu terhadap dunia masakan semakin menjadi-jadi sejak akhir2 ini..ceewahh..macam la dasyat sangat..wakakaka. 

Sekadar ingin memenuhi keinginan untuk mencuba sendiri memasaknya. Kepuasan menyediakan sendiri dan makan sendiri:)

Resepi kali ini adalah Solok Peria dan Solok Lada. Sebenarnya ibu main taramnya buat solok peria ni sebab ada lebihan inti untuk buat solok lada. Maka jadilah solok peria. Kerabu peria pun ada jugak ibu buat.

Kalau solok lada, kena masak dalam periuk yang mengandungi santan, tapi solok peria ni ibu cuma stim sahaja untuk mengekalkan rasa rangup dan mengelakkan dr menggunakan banyak santan.

RESEPI INTI

3 ekor selayang mentah 
2 genggam kelapa parut (putih)
1 labu bawang besar merah
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa

CARA BUAT:

Asingkan isi ikan mentah daripada tulang
Tumbuk bersama bawang, halia dan kelapa
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Sumbat ke dalam peria (celur 1/2 masak bersama air garam)/ lada yang dipotong dan dibuang bijinya (then rendam dengan air sekejap)
Then peria di stim kan sehingga inti masak.
Lada pulak, masukkan dalam periuk, then masukkan santan separa dengan lada, guna api perlahan sehingga masak.
Solok lada sangat sedap dimakan bersama dengan nasi kerabu..


Peria yang dah dimasukkan isi ikan+kelapa

Selepas di stim

Lada yang dah disumbat dengan isi ikan+kelapa

Solok lada yang sudah siap dimasak bersama santan