Jika minggu lepas tema juadah kami adalah minggu ayam, minggu ini tema juadah bertukar kepada ikan pula. Asyik makan ayam je muak juga rasanya. Alhamdulillah, anak2 tak berapa cerewet jika kena dengan selera mereka tambah2 lagi Abang Long. Kalau sepinggan tu zup zap jer dah licin masuk pinggan kedua pulak. Dia makan memang selalu berselera. Selalunya dia lah yang rajin bertanya kalau ibu tengah masak kat dapur.."ibu masak apa malam ni? ferevet Aman ehh?..memanjang jer faveret dia..huhu.
Setiap hari Selasa ada pasar malam (PM)di Taman Semarak, Nilai. Oleh kerana kami balik agak awal dari office, kami pun menyinggahlah nak beli apa yang patut. memang dalam kepala rasa nak makan ikan patin masak tempoyak untuk makan malam.
Yang istimewanya di PM, Nilai ini ada menjual ikan2 air tawar yang masih hidup. Memang fresh dari ladang la. Ikan2 yang dijualnya tak hanyir dan tak berbau. Kalau beli di tempat lain, kadang2 bau hanyir, bau tanah dan tak lalu nak makan. Tapi kat gerai tu alhamdulillah so far ok. Budak yang menjual tu pun sampai dah kenal hubby sebab kami selalu sangat beli ikan patin kat situ.
Kepada peminat2 ikan patin, berikut ialah resepi ikan patin masak tempoyak untuk dikongsi bersama. Selamat mencuba:-)
1 ekor ikan patin - basuh bersih2 dan rendam seketika dengan air asam jawa.
1 labu bawang merah besar
1 ulas bawang putih
1 inci hali
1 inci lengkuas
10 tangkai cili padi
Kunyit hidup sebesar ibu jari
2-3 sudu tempoyak (kalau suka pekat, boleh tambah lagi)
Semua bahan2 di atas diblend bersama air (untuk kuah secukupnya - so, tak perlu tambah air lagi)
Daun kesum
Bunga kantan
Cara buat:
1. Bersihkan ikan, toskan.
2. Masukkan bahan2 yang sudah diblend ke dalam periuk, kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan yang dibelah 4.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Biarkan sehingga mendidih dan bunga kantan lembut.
5. Masukkan ikan patin, guna api perlahan, tutup periuk. Biarkan sehingga ikan masak. Tutup api.
6. Hidang dan selamat menjamu selera.
(Kalau tempoyak tidak masam, boleh masukkan asam keping, kalau dah masam tak perlu lagi tambah asam keping)
Ikan patin masak tempoyak |
Ikan patin - kaya dengan omega 3 dan sumber protein yang baik. |
No comments:
Post a Comment