Gambar ehsan: Kosmo |
Alkisahnya, pada hari Jumaat yang lepas, anak ibu yang kedua Luthfil Hadi terkantoi dengan ibu. Kebetulan hari tersebut ibu mc sebab kena gastrik. So, lepas sekolah terus mereka berdua balik ke rumah.
Kebiasaannya, Luthfil cukup susah nak tidur waktu siang, tak macam abangnya Luqman yang lena je memanjang. Agaknya dia kepuasan tak de kawan nak ajak main, dia pun senyap2 naik ke tingkat atas, buat apa tak tahu lah.
Tiba2 ibu ternampak dia terhendap2 kat tangga. Bila ternampak kelibat ibu, dia mencicit lari naik semula seolah takutkan sesuatu. Instinct ibu biasanya kuat mengatakan ada 'hidden agenda' nih. So, ibu panggil dia turun ke bawah. Belum lagi sampai ke anak tangga paling bawah, dia terus membuat confession, surrender terus sebab takut kena marah sebab ada buat salah la tuuuu..
Kemudian terus dihulurnya satu benda pada ibu, katanya Dinah (kawan baik dia) yang belikan kat kedai belakang sekolah. Ibu telek2 nak pastikan apa bendanya yang diberi pada ibu, rupanya chewing gum, import dari Guangzhou China. Dah sah la memang takde tanda halal ke aper. Lagipun memang pantang ibu dengan produk2 makanan dari negara China ni sebab kebanyakan makanan yang datang dari sana mempunyai tahap bahan kimia yang tinggi dan membahayakan kesihatan.
Takde banyak cerita, ibu terus cakap pada Luthfil..ibu tak mahu anak ibu makan makanan yang takde tanda halal dan tak tentu hala nih. Kalau nak makanan apa2, mintak dengan ibu, mintak dengan ayah. Kat rumah ibu dah sediakan coklat satu tabung untuk anak2 ibu (sambil mengambil 2 biji coklair kesukaan dia). So, tak payah nak merayau keluar pergi ke kedai yang jual benda2 merapu tu, ibu tak suka. Terus diam jer dia. Pasrah dengan keputusan muktamad ibu.
Then, lewat petangnya semasa nak menjemput Wafa dari rumah pengasuh, ibu terserempak dengan ummi Dinah. Semasa berbual-bual tu, ibu tanyakan pada Dinah, betul ke Dinah belikan Luthfil chewing gum kat kedai belakang sebab masa tu jugak ibu tengok Dinah tengah mengulum chewing gum. Dinah mengaku yang dia beli. Terus kena soal dengan ummi dia. Rupanya selama ni ummi Dinah pun dah pesan jangan lagi membeli makanan kat kedai belakang sebab kedudukan agak ke belakang dari sekolah. Kalau dah namanya budak, baru2 kita pesan dia ingat la, bila kawan2 lain dok mengajak pesanan ummi/ibu ntah ke mana.
Belah malamnya, ibu mereport hal yang berlaku siang tadi pada hubby. Bila hubby dengar cerita ibu, dia mula2 dia nasihat ajer budak berdua tu. Tiba2 hubby teringat yang pernah suatu ketika dulu dia pernah warning kat budak berdua tu agar jangan merayau keluar waktu lepas sekolah, mereka perlu terus menaiki van balik ke rumah. Dan juga mereka diberi peringatan kalau ingkar perintah, hukuman roti panjang aka rotan akan dijatuhkan. Bukan sekali tapi 3 kali sebatan di tapak kaki!
Maka mengadaplah kedua2 nya di hadapan hubby menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan. Sambil kena rotan, sambil diterangkan kenapa kena rotan, kenapa tak boleh keluar main tepi jalan dan macam2 pesanan lagi. Terkebil2 jugaklah..Luqman dah merah mata. Hubby pesan, kalau buat lagi, lagi tinggi ayah angkat rotan.
So, for another grounded, diorang jugak kena buat homework paper cutting. Cari gambar dan berita tentang kemalangan jalan raya.Kalau berkesempatan, suatu hari nanti hubby nak bawa mereka melawat ke hospital melihat mangsa kemalangan jalan raya. Budak2 ni kalau orang tua bercakap jer dia susah nak lekat, kena bagi pengajaran dengan membawa mereka melihat dengan mata mereka sendiri.
Sudahnya, Luthfil Hadi tak habis2 bertanya pada ibu tentang kes kemalangan yang dia baca. Jauh la pulak imiginasi dia...adoyaiiiii.
Dan semalam hubby membawa balik beberapa paper untuk tatapan anak2nya tentang kes-kes yang berkisar budak hilang dan kes kemalangan jalan raya. Harapnya anak2 insaf dan mengingati pesanan ibu dan ayah demi keselamatan mereka semua.
No comments:
Post a Comment