Penangan melihat drama Korea membuatkan ibu tertarik dengan satu makanan yang sangat terkenal di kalangan rakyat Korea iaitu Kimchi. Daripada kajian menunjukkan Kimchi merupakan makanan terbaik dunia kerana mempunyai pelbagai khasiat. Tidak hairanlah rakyat Korea memiliki tubuh dan fizikal yang sihat. Jarang ibu lihat orang Korea memiliki berat badan yang berlebihan. Salah satu lagi amalan orang Korea adalah pemakanan ginseng dan Korea merupakan pengeluar ginseng terbaik dunia.
Sebelum ni ibu dah pernah buat Kimchi selepas mencuba kali pertama di tempat kerja lama. Ex-offcemate memang peminat fanatik pelakon/penyanyi Korea. So, masa tu ibu just try and error je lah, main hentam ja buat. Rasanya agak pelik sebab tak tahu resepi sebenar.
Kali ini ibu berjaya mendapatkan resepi daripada bekas anak murid ibu yang selalu buat kimchi. Dia belajar buat kimchi dari sepupunya yang pernah belajar di Korea. So, rasa confident la sikit..hehehe.
Petang semalam kebetulannya hubby ajak balik awal sebab dia kurang sihat. So, kami singgah di pasar untuk beli peria. Apa lagi, ibu pun mengambil kesempatan mencari bahan-bahan untuk menyediakan kimchi. Tapi tak semua bahan ibu berjaya dapat. Jadinya, ibu guna sahaja bahan-bahan yang terdapat di dapur. Flexible ingredients giteww..
Malamnya, sambil memarking paper ibu sempat menyediakan kimchi.
Bahan-bahannya:
2 biji sawi panjang
2 biji cili besar merah (boleh jugak kalau nak guna cili kering) - blend
1 labu kecil bawang putih - blend
Halia muda sebesar ibu kaki (lupa lak nak ukur- main agak2 jer) - blend
4-5 tangkai daun bawang - potong
1 biji lobak merah (saiz kecil) - sagat/hiris kecil
1 biji lobak putih
Sos ikan (ibu guna hilal)
Garam dan sedikit gula (ibu dah tak letak garam sebab dah masin)
Cara buat:
1. Basuh sawi, belah 4 atau selai2
2. Lumur garam @ rendam jer dengan garam yang banyak.
3. Bila dah layu, basuh bersih2 dan toskan.
4. Lumurkan dengan bahan2 yang diblend.
5. Masukkan daun bawang dan lobak.
6. Last sekali kacau dan perap dalam tupperware bertutup seeloknya kedap udara.
Rendam sawi dengan air garam |
Bahan2 kimchi yang lain |
Blend bawang putih, halia dan cili merah |
Basuh dan toskan |
Potong daun bawang |
Lumurkan dengan bahan blend |
Taburkan daun bawang dan lobak merah secara berselang |
Sedia untuk diperap, masukkan dalam peti |
Rupa kimchi yang diperap semalaman |
1 comment:
mmmm..rasanya tak sesuaikot utk org mesia yg takleh lekang gn nasi !!! best lagi makan laksam !!!
Post a Comment