Sedang aku berdiskusi dengan penyelia tentang project paper, tiba-tiba aku dapat panggilan daripada Pengetua TADIKA anakku Luqman. Setelah memberitahu bahawa aku tidak lapang waktu itu, dia berjanji untuk menelefon aku semula. Tapi dalam hati aku cuak jugak..ada apa berlaku pada Luqman.
Selesai perbincangan yang agak success..Alhamdulillah..semua ok cuma kena touch up sket2 aje. On the way aku nak ke Mines untuk membeli software SPSS yang akan aku guna untuk analyse data nanti, cikgu Liza call aku semula.
Rupa-rupanya cikgu telefon nak bagitau yang sandal Luqman hilang. Kebetulan semalam adalah hari perjumpaan dengan ibu bapa untuk mengambil report card dan fail2 sepanjang dia belajar di situ. So, ramai lah ibu2 yang membawa pengiring sampai sandal anak aku pun kena kebas.
Cikgu kelasnya dah malu nak telefon aku, sebab sebelum ni songkok Luqman juga hilang sampai ke hari ini tak jumpa. Orang lain beli songkok untuk beraya, tapi Luqman beli songkok semata2 nak amik gambar sehari selepas Deepavali bulan lepas. Ayahnya belikan songkok pada cuti Deepavali, Selasa pakai songkok untuk tangkap gambar TADIKA..Bila balik rumah, aku tengok songkok yang di bawak pulang tu bukan songkok dia, sebab aku ada tulis nama Luqman kat dalam tu. So, aku mintak Luqman pulangkan songkok tu, smapai lah cikgunya telefon aku mintak maaf dan usaha untuk mencarinya.
So, bila berlaku dua kejadian hilang tu, agaknya cikgu2 tu dah rasa malu kat aku. Aku cakap, tak kisah lagi songkok atau sandal yang hilang, jangan anak saya pulak yang hilang sudah!
No comments:
Post a Comment