N3 ni dah lama aku buat, tapi setelah beberapa kali mencuba untuk publish..asyik not connected je..boring aaa...tambah lak akhir2 nih aku bz sket..so..baru ni je berkesempatan..ok la walaupun citer nih dah basi..
BEBERAPA hari selepas muncul juara Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) tahun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar memberi pesanan kepada Mawi supaya jangan memutuskan pertunangan dengan Nordiana atau Ina, sambil berkata, “Jangan lepaskan tunang awak...” sambil jari telunjuk baginda diangkat dan digoyangnya beberapa kali di depan Mawi.Mawi yang cuma senyum sedikit mengangguk-angguk kepalanya dan kemudian apabila pihak media bertanyakan komennya berhubung pesanan Tunku Mahkota itu, Mawi dengan yakin berkata, “Insya-Allah, saya akan ingat dan junjung pesanan Tunku Mahkota sebagai azimat dan peringatan. Yang penting jaga hati... dan saya ikhlas.”
Kelmarin, apabila media melaporkan Mawi secara rasmi memutuskan pertunangannya dengan Ina, ternyata ia bercanggah dengan ikrar janji Mawi dulu. Tidak sampai setahun janji Mawi yang mengaku menjunjung nasihat Tunku Mahkota itu, akhirnya dia terpaksa ingkar. Pesanan Tunku Mahkota itu tidak boleh lagi dijadikan azimat buat Mawi.Banyak pihak dalam industri hiburan lega dengan janji Mawi itu, apatah lagi berdasarkan imej diciptanya semasa berada di AF3 dengan gaya Islamik dan ala ‘lelaki Melayu terakhir’. Sudah tentu ramai yakin janji dipegang Mawi akan dikotakannya kerana sebagai Muslim, falsafah janji itu sangat besar makna dan hikmahnya apatah membabitkan soal kahwin.Golongan media ketika itu sudah mula bimbang kerana kesan populariti yang diraih Mawi sejurus meninggalkan AF3 adalah satu kejadian luar biasa. Mawi mencipta fenomena yang tidak pernah dikecapi mana-mana artis di Malaysia sebelum ini, waima Allahyarham P Ramlee dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad pun bukannya ‘naik mendadak’ dari segi populariti seperti Mawi.Kebimbangan menjurus hal peribadinya yang sudah bertunang dengan Ina, gadis kampung yang bekerja kilang sebagai operator pengeluaran. Ini kerana status Mawi sebagai penyanyi yang begitu popular akan menghadapi laluan sukar untuk dia berada dalam landasan kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan yang tinggi kerana perbezaan darjat, status, kemewahan, gaya hidup, cita rasa, keinginan, nafsu serta dilimpahi sanjungan berlebihan.
Bukan untuk mempertikai, tetapi masa itu kita dapat jangkakan sukar bagi Mawi sebagai orang baru yang mengalami kejutan budaya mampu mengurus popularitinya yang hebat itu. Sukar baginya untuk bersikap lebih teguh pada cinta dalam ikatan pertunangan, iaitu ketika beliau ‘belum ada apa-apa’ dan tidak dikenali pun dalam industri hiburan hingga berubah menjadi rich and famous. Bukan calang-calang insan yang mampu teguh kesetiaannya seperti diharapkan itu. Sudah tentu Mawi harus ada will power untuk terus memupuk kasih, kesetiaan dan memegang janji terhadap Ina, sesudah dia berada dalam spektrum kehidupan mewah dan penuh sanjungan.
Ketika itu juga, sebenarnya ramai antara kita sudah meramalkan, tidak hairan Mawi akan kecundang dalam ikatan cintanya terhadap Ina kerana perubahan mendadak hidup Mawi selepas menjadi manusia popular sebegitu memerlukan keteguhan hati luar biasa, apatah lagi harus berkahwin dalam tempoh terdekat sebagaimana janji mereka sewaktu pertunangan. Ini ditambah imejnya yang sudah menjadi somebody berbanding tunangnya yang nobody. Malah, mungkin orang di sekelilingnya masa itu termasuk keluarga, pengurusan dan peminat fanatik pula mahukan dia supaya tidak perlu lagi berfikir soal kahwin kerana perjalanan karier dan popularitinya sedang memuncak apatah lagi usia Mawi baru 25 tahun. Sudah tentu, tidak hairan hati Mawi boleh berubah dengan mudahnya dan faktor inilah juga mungkin dilihat boleh dijadikan alasan yang tidak diisytihar.Akhirnya, ramalan senyap selama ini menjadi kebenaran. Ikatan janji menerusi pertunangan yang dibuat dengan rela dan reda tiba-tiba diputuskan dengan alasan rapuh.
Maka janji Mawi yang pernah diucapkannya: “yang penting jaga hati... dan saya ikhlas” kini menjadi slogan kosong dan tidak bererti lagi kerana Mawi sendiri yang putuskan tunangan mereka, bukan Ina.Kita menyedari soal rezeki, jodoh dan ajal maut di tangan Tuhan. Namun, setiap kejadian akan ada sebab dan musabab. Maut tidak akan datang kalau tidak ada sebab, rezeki tidak akan berhasil tanpa ada usaha dan begitu juga jodoh, ia tidak akan berlaku kalau tidak diikhtiarkan.Demikian jugalah persoalan putus tunang Mawi-Ina. Bukan faktor putus itu yang kini dipersoalkan tetapi sebab dan musabab serta punca ke arah itu yang menjadi pertanyaan dan kekecohan. Tanpa penjelasan jujur dan terbuka, sebaliknya kelihatan lebih banyak dalam nada berhelah, berteka-teki dan berdolak-dalik, pertunangan itu diputuskan hingga menimbulkan kehairanan dan tanda tanya peminat.
Ada yang marah, suka, kecewa, geram dan bersyukur. Itu hak masing-masing.Soalnya, selepas bapanya meninggal dunia, Mawi akui dia kini menjadi ketua keluarga tetapi peliknya dia serahkan soal pertunangan dia dengan Ina pada keluarga atau kakaknya untuk buat keputusan. Siapa yang hendak kahwin? Ahli keluarganya atau Mawi. Alasan longgar sebeginilah yang menjadi pelik. Kenapa Mawi tidak bersikap gentleman? Kenapa tidak ada alasan munasabah pertunangan diputuskan dan akibatnya ramai peminat nampak Mawi yang penyebabnya. Apakah ini berkait kerana sikap Mawi sudah berubah sesudah gaya hidupnya juga sudah berubah?Menerusi akhbar Metro Ahad pada 9 Julai lalu, Mawi berkata dia sudah tawar hati pada Ina dan menuduh Ina bukan lagi yang dia kenali dulu. Sebenarnya, apa kecurangan Ina sampai Mawi mahu putuskan tunang? Selama ini apa yang diketahui Ina sukar nak hubungi Mawi dan Mawi beri alasan sibuk tetapi keluar gosip dia pla sempat luangkan masa dengan artis wanita lain sampai timbul gosip. Malah, gosip Mawi dengan Diana Rafar lebih memberi kesan kalau nak dipersoal soal curang. Ina juga boleh menuduh Mawi bahawa bekas tunangnya ini juga bukan lagi Mawi yang dikenalinya dulu ketika Mawi tidak ada apa-apa dan ketika Mawi tidak jadi manusia glamor.
Tapi, Ina tidak sepopular Mawi sebab Ina bukan artis jauh lagilah orang popular, maka sukar untuk Ina meraih simpati sebagaimana Mawi yang boleh menagih simpati ribuan peminatnya, walaupun banyak kenyataan Mawi dalam isu ini sebenarnya diragui, alasan lemah dan boleh dipertikai!Soal putus tunang atau cerai di kalangan artis popular bukan benda luar biasa, malah sudah menjadi satu berita biasa yang sentiasa menjadi panas.Isu putus tunang Mawi-Ina, ia menjadi menarik dan kontroversi kerana rahsia sebenar dan sebab pertunangan itu diputuskan menjadi teka-teki, tidak ada alasan kukuh, berselindung di sebalik ‘tuduh-menuduh’ dan lebih musykil kerana ia berlaku selepas heboh Mawi digosipkan dengan Diana Rafar dan kini dikatakan pula menjalin hubungan intim dengan adik kepada seorang penyanyi dan pelakon. Kita hormati keputusan Mawi. Kita juga sanjungi ketabahan Ina dan keluarganya yang reda dalam kemelut ini. Keluarga Ina memang berduka tetapi mereka sedar dan terpaksa mengukur baju di badan mereka sendiri. Mungkin ini yang harus keluarga Ina terima kerana Mawi kini sudah berubah hidupnya, bukan lagi Mawi dulu yang sanggup diterima mereka meskipun dia tidak ada kerja tetap.Tahun lalu, masa Mawi bukan artis popular, mereka terima seadanya Mawi tetapi tahun ini sesudah Mawi popular, Mawi pula ‘membuang’ Ina. Itu pun mereka sanggup terima juga.
Syabas pada keluarga Ina. Ini hikmah besar buat Ina.Namun, menganalisis tempoh pertunangan suci yang terjalin tidak sampai satu setengah tahun ini, ia mengundang banyak kemusykilan bukan saja masyarakat dan peminat, malah pihak media sendiri. Mawi dan keluarganya tidak boleh lari dengan kehendak dan perhatian media yang terus memberi tumpuan pada isu putus tunang Mawi-Ina atas alasan itu soal peribadi. Status Mawi sebagai artis paling popular di Malaysia ketika ini tidak akan dibiarkan begitu saja terutama menyentuh hal peribadinya, malah mana-mana artis popular di negara lain juga, cerita peribadi seperti ini akan terus dijadikan bualan, bahan siaran dan polemik kerana ia sememangnya fitrah kehidupan, cerita begini sentiasa mahu diketahui masyarakat dan peminat.Dalam konsep skrip drama, konflik sebegini cukup menarik untuk membina dramatik menerusi kemelut dua watak utama yang berdepan persoalan hati dan perasaan. Ia agak beza berbanding kisah hampir sama sebagaimana dalam filem Gila-Gila Pengantin Popular arahan dan karya Aziz M Osman yang ditayangkan tahun lalu apabila watak utama wanita yang menang pertandingan menyanyi dan menjadi popular dalam sekelip mata melupakan tunangnya di kampung kerana status diri sudah berubah kerana glamor dan pihak pengurusannya cuba menghapuskan pertunangan yang sudah termaktub. Namun, dalam filem itu digambarkan selepas si tunang wanita tadi bangki dan mampu membina namanya sendiri (popular), barulah keinsafan berlaku pada watak penyanyi itu dan ketulenan cinta akhirnya menjelma juga akhirnya.
Namun, bersandarkan realiti dihadapi Mawi-Ina, kemungkinan sebagaimana ending filem itu, ia agak mustahil. Mawi dalam kenyataannya menerusi Metro Ahad minggu lalu juga meluahkan hasratnya, paling penting selepas ini beliau mahu mencari teman hidup yang menerimanya bukan kerana popularitinya. Alasan itu melucukan kerana sekarang Mawi sudah menjadi artis popular dan tentulah elemen itu akan menjadi faktor untuk mana-mana gadis lain menjadi teman hidupnya. Cinta suci Ina pada Mawi adalah bukti jelas kerana Ina memilihnya secara tulen, bukan kerana popular, sebaliknya Mawi ketika itu cuma pemuda simple dari kampung Felda Taib Andak yang masih menganggur, tercari-cari arah hidup dan banyak dibantu Ina. Ina terima Mawi seadanya.
Namun, hati manusia siapa yang menyangka. Kalau Mawi mahu pandangan dan tindakannya dihormati orang, beliau juga harus hormati teguran, nasihat dan kritikan yang orang lain berikan terhadapnya. Mawi walaupun dah popular tetapi masih dalam kategori ‘budak mentah’ dalam dunia hiburan dan sesekali dia kena to’maninah sambil bermuhasabah diri. Salam takziah buat Mawi.Kata orang, kerbau diikat dengan tali, manusia diikat pada janji, Mawi terikat dek populariti...
-~Ini bukan aku yang tulis..aku cuma copy paste dari Hip yang dicoretkan oleh akmel@bharian.com.my.
Untuk pengetahuan u all, Mawi pernah datang ke opis aku,KLM (kalau tak silap 2 bulan lepas..) untuk membuat penggambaran dan rakaman Belia Benci Dadah. Mengikut cerita orang-orang yang membontoti dia semasa penggambaran berlangsung..dia tidaklah 'seperti yang digambarkan' oleh kebanyakan peminat2nya..Aku yang dah sedia nipis minat padanya, bila tahu perkara tu..terus terbantut dan terhakis minat tu~(Sorry ya Mawi FC...jangan marah no..psssstttt...ini blog kiter..diulang 18 juta x)Adiossss!!!
No comments:
Post a Comment