Thursday, December 28, 2006

Geramnyer aku...

Dari malam tadi aku geram sebenarnya sampai susah nak tidur. Orang kata, sebelum kita tidur, kita kena maafkan semua kesalahan orang pada kita. Aku dah maafkan, istighfar dan cuba lupakan..tapi otak aku tidak dapat berhenti dari terus berfikir. Memang orang yang lahir bulan September nih kuat berfikir kot sampai aku takleh tido!!

Puncanya..aku diberi tugas untuk mengajar subjek ITB yang aku tak suka sebab aku rasa aku tak boleh. Selain dari subjek ni baru bagi aku, aku bukannya ada background business. AKu geram sebab diorang tak bincang dulu dengan lecturer, tanya boleh ke tak boleh..ini main pakai passing je...mana boleh macam tuh!. Kalau ye pun nak train multitasking lecturer, tapi takkan sampai nak memperjudikan nasib budak2..Ish geram la aku. Bos aku cakap kat aku, sahut cabaran, aku boleh buat..macam la dia yang lebih tahu pasal keupayaan aku lebih dari diri aku. Kalau macam tuh, nape tak bagi je subjek enggineering kat aku suruh aku ajar. BOleh je ajar sebab ada nota..aku masuk kelas..bla..bla..bla..then blahhh!..Lantak la budak2 tuh nak jadi macammana. Tapi itu bukan cara aku..aku tak suka buat keja tak sepenuh hati. Stail aku, buat keja mesti sempurna..teratur, and everything in my hand. Tapi macammana aku nak sepenuh hati..sedangkan aku sendiri tak yakin dengan diri aku..n knowlegde yang aku ada tentang subjek nih..ish..geram laa...

Aku bukan menolak tugas, malahan dari dulu lagi aku mintak tukar untuk ajar subjek BC program X. Ini bidang aku..aku sambung belajar pun sebab aku minat bidang nih...then bila aku tanya coordinator, dia bgtau bukan dia yang buat keputusan..kata keputusan bersama..Ewaahh-ewaaahh..main passing2 pulak tak nak tanggungjwab..apa peranan dia sebagai coordinator..gunakanlah kuasa yang diberi untuk menentukan subjek n bidang lecturer. Kat lecturer lain dia boleh pulak cakap sebab lecturer tu tak boleh ajar subjek lain..abih yang aku nih bukan bidang aku boleh pulak dia beri..tak fair langsung!! Wehhh..geram sihhh...sib baik aku nih jenis yang bila bangun tido, peratus geram aku dah semakin menurun...tapi kalau dah terpaksa aku ajar, aku redah je la..jangan pulak aku disalahkan kalau result student tak perform!!!

2 comments:

Idham said...

:) suka baca ur cerita2...cabaran seorang wanita; ibu, anak,isteri, tugas dan tanggung jawap.

best kan bila berkelah....bersama org yg kita sayang!

best wihes ....

bro idham

tHe sTorY aBOUt uS... said...

a'ah..memang banyak cabarannya..dan memerlukan kesabaran. Nanti nak belajar lagi nih lagi kena kuat semangat..tak mau berhenti di pertengahan jalan. Alang2 berjuang,biar menang!! Doakan untuk saya k..