Sedang aku sibuk mengemaskini laporan kedatangan pelajar, datang seorang pelajar ke mejaku.
Dia : Madam, semalam madam bagi soalan revision kat kelas eh..
Aku : Yup. Kenapa?
Dia : Saya nak mintak dan buat boleh tak? Semalam saya tak datang kelas. Saya tak boleh bangun tido.
semalam kelas aku hari Khamis jam 2-4 petang, dan pelajar ni selalu ponteng kelas kononnya susah bangun pagi! kelas aku paling awal kol 11am dan 2pm sahaja).
Aku : Soal awak tak bangun tido, itu bukan masalah saya..(langsung aku tidak memandang mukanya, serius)
Dia : Ala..boleh la madammm...(buat2 muka kesian dan suara manja depan aku-lelaki!).
Aku: (diam tanpa berkata apa2 dan menyambung kerja)
Dia yang kemalu-maluan depan kengkawannya (bawak kuncu2 mengiringi 3,4 orang), terus blah angkat kaki bila aku buat tak layan.
So, salahkan pensyarahkah kalau pelajar gagal?
Aku bukan lah orang yang kejam sangat.
Aku bukan lah orang yang tidak berperikemanusiaan.
Aku masih ada timbangrasa.
Tapi..jika kali pertama membuat kesalahan/kesilapan, aku masih boleh terima dan maafkan.tetapi tidak untuk kali yang ke3, 4,5 dan seterusnya. Itu mengambil kesempatan atas kebaikan dan peluang yang diberikan.
Untuk apa dilayan orang yang tidak tahu menghargai saat dirinya disayangi dan dipeduli.
Lu fikirlah sendiri!
No comments:
Post a Comment