Tersedar jam 5am. Tertidor semasa menidorkan si kecil.
Baru teringat broadband tak logout, laptop, kipas, lampu tak sempat off kat ruang tamu.
Bergegas turun ke tingkat bawah. Baru teringat blom solat isya'.
Tak berani nak sambung tidur, takut terbabas Subuh dan lewat hantar Luqman g sekolah.
Ada mesej dari Sue bertanyakan tentang pakaian anak sekolah yang perlu dipakai hari ini. Semalam Luqman bagitau ada angkasawan negara nak datang ke sekolah.
Tak pulak diberitahu tentang pakaian. Bertuah sungguh!
Bila ibu kejutkan tanya, terkebil2 sambil mengangguk. Surat yang dikirim cikgu, tertinggal kat rumah mama pengasuh. Derrr...
Ibu suruh dia pakai baju t'shirt biasa, dia tak mau. Suruh pakai baju sekolah, pun tak mau. Grrrrr...sudahnya pakai baju sukan yang dah dipakai semalam. Awal2 tak mau bagitau. Hari Selasa tu dah ada Hari Sukaneka, pakai baju sukan jugak. So, malamnya sempat basuh untuk Kelas PJK hari Rabu. Hari Khamis pun kena pakai baju sukan jugak.
No comments:
Post a Comment