Monday, June 05, 2006

Bad Day...

Entah kenapa hari ni bermula dengan serba tak kena. Dah la aku terlewat ke oficce, my hubby lost the document tender company. Pagi tadi aku hantar hubby ke komuter.Dengan dok kalut habby nak rush train, abang long pulak sibuk nak dok seat depan, so dia angkat car seat baby letak kat belakang. Kalau tak angkat, maunya dia buat perangai dok menyelit kat tengah2 gear tu, gamaknya aku tak leh nak concentrate drive..naya je. So, masa nak angkat baby ke seat belakang, dia letak envelop tender kat atas bumbung keta. Aku tak tau dia letak kat atas tu. Pastu, aku pun berkejar la nak antar budak2 tu. Masa dah masuk simpang Pinggiran Bayu, hubby tepon suruh aku berenti tgk ada tak envelop kat atas bumbung keta. Dah sah2 la lesap. Aku tak de la bawak laju2 sangat...dalam 60km/h..kadang2 je 80km/h. Tambah pulak bawak baby kat belakang. Nak jadik cerita, handphone aku lak tengah nyawa2 ikan takde bateri..sekejap2 putus. Hubby lak mintak aku patah balik pegi ke komuter tengok kot2 ada kat tengah jalan. Aku decide nak antar baby dulu.

So, lepas antar baby aku terus ke komuter..bawak pelan2 sambil mata melilau kat tepi2 jalan. Sampai kat traffic light Batang Benar, aku nampak ada lori kontena stop kat tepi jalan dan ada sorang India tengah berjalan memegang satu envelop. Aku dah rasa berdebar. Itu ke barang yang aku tgh carik. Tapi takkan aku nak stop kat tengah2 tu kan..berderet keta kat belakang..dan nak sedapkan hati, aku assume yg env tu masih ada kat depan lagi. Aku drive terus ke komuter..ingatkn hubby nak join cari sekali, rupanya dia dah naik train ke opis. So, aku dengan abg long yg tengah tersengguk2 ngantuk (malam td dia tido pukul 1.30am tgk cartoon) terhegeh2 kat tepi jln tuh. Malangnya aku tak jumpa benda yg dicarik. Then lalu kat Pondok Polis Pajam, aku singgah la konon2nya nak tanya kot2 ada org antar brg hilang. Tapi niat terbantut sebab aku tak leh nak kontek hubby dulu..

Lepas antar Abang long ke taska, aku rush balik rumah sat amik charger h/p..then baru masuk opis. Sib baik kelas kol 11am. Masuk je opis, hangin la pulak..carik calculator takde...ilang..saper ntah 'pinjam' tak pulangkan..then aku contact hubby bgtau tak jumpa. Aku tanya dia, nak p tanya ke Balai Polis tak?..Dia kata boleh gak. So, after lunch tu, aku drive la sensorang ke Balai Polis Mantin. Dalam dok tercegat2 kat situ 3,4 minit..ada la sorang mamat polis kot (tak pakai baju uniform) tanya aku ada hal apa. So, aku bagitau la apa tujuan dan hajat aku. Punya la bluur polis tu nak paham. Terpaksa aku citer dari A-Z. Nak tau apa dia cakap..'Awak suruh je husband awk bagitau company tu antar dokumen sekali lagi'...Hampehhh!!!baik aku tak yah pegi situ. Untuk tidak pegi sia2 kat balai polis tu, aku pesan, kalau ada orang hantar barang tu, kontek la aku..itu pun aku yang offer nak letak nombor tepon. Dia tak mintak pun, tapi boleh lak dia cakap nanti kami kontek cik..!!Bluur betul la..tak kena kena slogan "Mesra, Cepat dan Betul' tu.

Balik opis, kengkawan tanya camner..aku citer la apa yang berlaku kat balai polis tuh. Dan sorang kawan aku kata..memang layanan polis mantin lembab + blurrrr..Laaa..patut la.

Semalam kami singgah lagi kat balai polis pajam...mana tau kot2 ada orang baik hati tolong serahkan barang hubby tu..tapi rezeki masih tak menyebelahi. Petang semalam kami pegi ke BBB..hubby pegi berubat dengan sorang doktor(?). Nanti aku citer kat entry lain pulak..


....pasal letak barang atas bumbung keta tuh..aku teringat citer Kak Sya yang letak dulang gula kat atas van, siap bawak ke pasar lagi tuh..

IRIS (Awie)

Lagu ni merupakan lagu faveret hubby..dan dia tujukan lagu ni untuk akew..ahakksss..

Jiwang sat noo...

p/s* sesape yang boleh tolong gue donlod lagu nie?


Kau masih ku cintai ….sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku

Kau masih Dewi hatiku….sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu

Chorus *
Cintaku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh….

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku

Ulang *

Kau masih ku cintai….sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinya pasti
Engkau milik ku..

Sunday, June 04, 2006

Jalan-jalan ke Putrajaya

Pada hari Khamis lepas, ma aku dr kampung datang sini jenjalan sambil hantar anak buah (Haqim) yg pulang bercuti ke kampung. Dia datang bersama dengan adik aku Ery dan anak Kak Ros, Fatin. So, pd Khamis mlm tu aku tido kat Shah Alam..berkampung kat situ. Jumaat malam kami decide nak bawak depa p jalan2 amik angin kat Putrajaya. Aku rasa ini kali yang ketiga aku p putrajaya kat area dataran waktu malam..malam tu sambil tunggu depa, kami pusing2 kat area tu. Aku tak penah lagi pegi jauh daripada dataran tu. Malam tu hubby bwk kami naik jambatan dan melihat kompleks2 kerajaan. cantik gak pemandangan waktu malam..dan seperti biasa..malang sungguh..aku hanya sempat snap beberapa keping gambar je buat tatapan..sebab bateri kamera ku tinggal nyawa2 ikannn..huhuhu...tension makcik!!!!

someday..aku nak ajak hubby pegi lagi...bwk sengkenit 2 orang nih..malam tu baby bad mood sket..dia ngamuk nak tido. Luqman pulak nangis2 tak nak balik. Malam tu jugak kami sempat tengok couple2 yg kena angkut dengan orang jabatan agama..perggghh...dan kol 11.30 mlm..wisel pun bunyik..soh pengunjung2 beredar pulang..