Friday, March 16, 2007

Family Day SOAF & SOBM


Membuat kertas kerja untuk satu-satu projek bukanlah semudah yang disangkakan. Bagi yang pertama kali melaluinya, ianya merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Bagi yang dah biasa, mungkin tidak menjadi satu masalah. Aku dalam kategori yang ke satu setengah...penah membuatnya, tetapi kalau melibatkan pengurusan yang berlainan, ia merupakan pengalaman pertama bagi aku..kadang2 rasa fed-up jugak bila ada individu2 tertentu yang terlalu menjaga protokol..lebih sudu dari kuah!


Seperti semester2 yang lepas, aku akan memberi tugasan kepada pelajar2 untuk menjalankan satu program. Tak kisah lah program apa..janji mereka dapat melalui proses pembelajaran secara praktikal. Dengan erti kata lain, apa yang mereka belajar secara teori, dapat diterjemahkan ke dalam program yang mereka rancangkan.


Jika semester2 yang lepas, pelajar memilih untuk menganjurkan Percutian ke Pulau Pangkor, dan Percutian ke Pulau Langkawi. Kali ni aku dah tak mau diaorang pegi jauh2. Jauh atau dekat tidak penting, yang penting apa pengalaman yang diorang dapat daripada perancangan program yang bakal dilaksanakan. Jadi, kali ini aku menyarankan mereka menjadi penganjur kepada Hari Keluarga Pensyarah SOAF & SOBM.


Seperti dijangka, mereka menghadapi pelbagai halangan, pelbagai karenah birokrasi. Jika sebelum ini, pengurusan diperingkat sekolah, boleh dikatakan tiada masalah, kali ni banyak pulak karenahnya.Sampaikan tajuk surat pun kena komplen. mmmm...padahal kami dah ikut prosedur dari HEP. So, nak puaskan hati dia..ikut ajelah.. (kalau tak, dia tak mau sign!!) Ntah berapa kali kena reject.


Kebetulan aku pulak tengah bizi dengan midterm, kena mark final paper, analysis result dan macam2 assignment lagi, aku lagi jadi tension dengan karenah bos aku nih. Memang kena sabar tahap cipan laa.. Kalau ikutkan malas je aku nak teruskan, tapi aku tak mahu diorang patah semangat. Buat selagi terdaya, Pelaksanaan program bukan menandakan kejayaan. Yang penting pengalaman pembelajaran mereka lalui. Pengalaman berharga mereka adalah menggunakan kemahiran berkomunikasi, preparation paperwork, how to face top management, how to handle crisis, how to handle conflict, budgeting, leadership, management and so on. Itu semua student kena kuasai.


So, setelah kehulu kehilir mengusung paperwork tu, meminda mana yang berkenaan untuk kepuasanhati semua pihak, akhirnya kertas kerja diluluskan. Alhamdulillah...setiap kesukaran, ada hikmahnya. Dan kepada individu2 tertentu yang banyak memberi sokongan, thank you so much!!


Diharap Family Day 2007 SOAF & SOBM di Pantai Sri Purnama, PD kali ini menjadi kenyataan.


Adiosss..

Tuesday, March 13, 2007

Cuti-cuti Malaysia






Last 2 weeks, aku bercuti ke Bukit Tinggi. Tak bermalam pun. Pegi pun tak dirancang..kalau rancang biasanya tak jadi. Not so bad..kuar rumah pun dah dekat tengahari..Macam biasala kalau nak jalan jauh, banyak benda kena prepare. Aku masak dulu, bawak bekal dari rumah, manalah tahu kot2 perbelanjaan di luar kemampuan..huhuhu..


Masuk highway dah tengahari terik. Silap masuk jalan lagi nak cari simpang Bukit Tinggi. Aku la yang konpiden je bagitau hubby suruh masuk simpang Kampung Bukit Tinggi, rupanya simpang satu lagi.


First, kami melawat colmar. Tengah syok2 posing, hujan turun selebat-lebatnya. Mmmm...maklumlah..dah petang2 nih. So, kami move to Japanese House We decided naik kenderaan yang disediakan. Luqman takut nak naik sebab kenderaan tu tak macam kereta biasa. kenderaan tu takde dinding.just kerusi je. Lawak je tengok muka dia yang takut2 tu. Tangannye tak lepas dari pegang baju aku. Baby steady je.dia tak takut apa pun. Setibanya kat JH, kami jalan kaki naik ke atas. Aku yang dah lama tak jalan kaki, agak semput jgak la. Kami jalan2 ke Taman Botani Tapi frust la sebab tak bayak bunga watu tu. Maybe, bukan musim bunga kot Hubby suka la dapat masuk hutan. Dia excited dok cerita kat Luqman, Baby tentang pokok2 tuh. Tapi namanya dah budak, mana dia reti.


Time kami nak move to Taman Arnab, hujan sekali lagi turun dengan lebatnya. Hujan pun hujan la.tak pegi kang rugi lak sebab termasuk dalam pakej. Kononya nak bagi chance kat Luqman main2 dgn arnab, rupanya dia takut nak pegang. Puas kami pujuk, tak mau dia..takut kena gigit Yang baby lak, sampai kuar air liur tengok arnab yang gebu2 montok...dapat je pegang telinga kena tarik kat baby. sib baik tak kena gigit.


Dalam kol 5 lebih, kami bertolak balik. Bagi sesape yang nak melawat sana, yang ada budget ciput2 je.. (cam kami arrr).aku nasihatkan bawak makanan..sebab mahal sangat kat atas tu. Harga double compared kat bawah.